Thursday, November 19, 2009

Lake Toba & Yellowstone

RENUNGKAN SEPOTONG AYAT AL-QURAN:

Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil). Sedangkan Kami
memandangnya dekat (pasti terjadi).Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak. Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan) , (QS. 70:6-9)

Kita semua tahu betapa dahsyatnya apabila gunung berapi meletup. Lihat
sahaja kesan letusan St Helen di Amerika dan Pinatubo di Filipina. Jika letupan terjadi di kawasan berpenduduk, beribu-ribu orang yang tinggal berdekatan atau di lereng gunung akan terbunuh. Tetapi letupan gunung-gunung berapi ini hanyalah permainan bunga api kecil jika dibandingkan dengan letupan gunung berapi "super"(super volcanoes).

Super volcanoes adalah punca kemusnahan bumi yang paling merbahaya selain
hentaman asteroid. Ianya boleh meletus dengan kekuatan beribu-ribu kali ganda dari kekuatan gunung berapi biasa. Ia boleh diam beratus-ratus ribu tahun dan mengumpul magma yang banyak di dalamnya sehingga meletup dengan dahsyat yang boleh memusnahkan benua dan mengakibatkan kepupusan sejagat. Kajian menunujukkan letupan terakhir setakat ini terjadi lebihkurang 75,000 tahun yang lalu di kawasan Toba, Sumatera. Ianya 10,000 kali ganda lebih kuat dari letupan Mt St Helens dan menghamburkan beribu-ribu km isipadu abu ke udara sehingga seluruh dunia menjadi malam berbulan-bulan.

Dianggarkan
letupan hebat ini telah hampir memupuskan manusia dimana jumlah penduduk dunia tinggal dua ribu orang sahaja. nKajian genetik menunjukkan semua manusia sekarang adalah keturunan dari kelompok manusia yang selamat ini. Kini saintis bimbang Toba akan meletup lagi. Kejadian gegaran demi gegaran di Sumatera sekarang mungkin pencetus atau petanda Toba kembali aktif.

Jika Toba meletup, kita semua di Malaysia hampir pasti akan mati. Semua
kehidupan 1,000km sekitar letupan akan mati serta-merta. Kemudian, suhu dunia akan jatuh mendadak kerana sinar matahari akan dihalang oleh abu di angkasa selama berbulan-bulan. Banyak spesis binatang dan tumbuhan pupus akibat perubahan suhu ini. Abu tebal akan meliputi mukabumi sehingga India dan China. Tsunami raksaksa akan menghentam pantai timur Afrika, India, Asia Tenggara dan Australia. Satu lagi super volcano yang perlu diawasi adalah Yellowstone di Amerika Syarikat. Tanda-tanda menunjukkan kawasan ini sudah kembali aktif sejak beberapa tahun lalu.

Permukaan bumi kawasan ini sudah mula menggelembung.
Ada kawasan sekitar Yellowstone National Park sudah ditutup sejak 2003 kepada awam kerana suhu permukaan yang terlalu tinggi. Pokok-pokok sudah mati dan haiwan liar kelihatan sudah berpindah dari kawasan ini. Di dasar Tasik Yellowstone, gelembung tanah setinggi 70m telah muncul. Ikan-ikan tasik mati dan timbul memenuhi permukaan. Kajian menunjukkan Yellowstone meletup setiap 600,000 tahun sekali. Letupan terakhir adalah 640,000 tahun yang lalu. Kita sudah diberi 40,000 tahun perlepasan oleh Allah SWT. Mungkinkah Yellowstone akan meletup tidak lama lagi? Mengapakah pihak berkuasa Amerika dan media mereka "tutup mulut" mengenai kemungkinan bencana besar ini yang boleh membunuh berbillion-billion manusia?

Now, renungkanlah. .. apakah
selama ini kita hidup dengan selesa akan terus selesa dari bencana Allah? Renungkan amal dan dosa kita selama ini. Renungkan insan-insan yang pernah kita berbuat dosa kepadanya.. mungkin kini masa untuk kita bermaafan dengan mereka. Dosa dengan Allah? Segeralah bertaubat kerana pabila nafas telah di halkum segalanya telah terlewat.

No comments:

Post a Comment