Monday, May 24, 2010

Akhirnya....

Akhirnya dapat juga aku tengok wayang ngan Buddiey.Walaupun lambat beberapa minit disebabkan tren delay dan hujan lebat serta kehabisan kredit untuk telefon Kak Liza (even hari tu besday aku dapat call out nombor maxis free tapi Kak Liza guna Celcom)....

Seram giler aku tengok movie nightmare ne tapi yang tak bestnya tergantung je ceritanya sebab mesti dia ada nak wat sambungan lagi.

arda n buddiey


thanxz to kak liza sebab sudi temankan arda..skema gler ayat..


Wednesday, May 19, 2010

Farewell Rizal

haiiii u olllsss... (dgn nada gedix)

Bersamaan dengan tarikh di bawah, Unit aku buat farewell untuk officer-officer yang pindah ke department lain. Dah banyak kali nak curi masa dengan diaorang, Last-last sorang je yang dapat datang iaitu Mr. Rizal.Tapi kira ok la ada wakil.Tak payah la aku nak taip panjang-panjang.Korang tengok pic ne ok?


Sila abaikan tulisan yang agak kreatif ne,tulisan PA yang suka hati dan suka 'bersosial'..hahaha

Juling mata aku nak pilih barang yang sesuai untuk Rizal, last-last pilih tie warna biru ne.Ok ke?



Reserved.Makan ayam tak ingat ko.


Apa aku nak ckp.Ok.Men talk... :P


arda-kak liza-wani

Kak Maiza n Kak Maya...~Sporting r..

* Perut dah kenyang, malas nak taip panjang-panjang.hahahahaha..


Monday, May 17, 2010

Kadang-kadang kita terlalu mengharap.

Amacam.sadis tak entry aku kali ne.Rentetan peristiwa diri sendiri yang mcm mak kucing hilang anak.Mak kucing?tak sesuai langsung.

Kita selalu mengharap pada benda atau kejadian yang kita sendiri tak pasti.Tidak salah mempunyai impian dan harapan tapi biarlah berpada-pada bergantung pada situasi dan keadaan.
Kadang-kadang aku selalu merungut itu dan ini tapi rungutan itu sebenarnya umpama melepaskan beban atau tekanan yang aku hadapi.Sedikit sebanyak memberi ruang untuk aku berfikir.

So, meluahkan masalah bukanlah untuk orang yang bermasalah.Lebih baik mempunyai perasaan daripada tidak peka dengan perasaan orang lain.

Aku perlu bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang lebih menghormati dan menyayangi aku walaupun aku ada kekurangan sebab mereka tidak pernah mengeluh mendengar rungutan aku.

Thats why i love my frensss..



Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru ♥

Hari Guru 16 May...

Special dedicated to all teachers at:

1. Tadika Kemas Taman Kenanga,especially Pn. Mariam (selalu pergi kelas naik vespa dengan husband dia).Kalau dengar bunyi motor vespa tu cepat-cepat aku masuk dalam tadika ok.Kalau tidak, main jongkang-jongket (eyh..betol ke aku eja ne?) dekat belakang tadika.Syuhada ne suka duduk dalam bilik mainan, tak mahu kuar-kuar sbb aku tak suka belajar.Nak tahu sebab apa?
Sebab kawan-kawan aku semua pandai-pandai.So, aku terasa la sgt rendah diri.Main menatang lego lagi bagus,tak pun aku tak pergi langsung tadika.

2. Sekolah Rendah Perumahan S.E.D.C. Jangan tanya aku S.E.D.C tu singkatan untuk apa sbb aku sendiri pun tak tau.Karang satu keje pulak aku nak interview orang-orang lama yang duk situ.Masa ne aku paling ingat Cikgu Marsila, cikgu paling havoc ala-ala mak datin kat sekolah aku.Kereta sport merah dia je dah buat aku kena pakai cermin mata hitam kalau nak lalu kat parking sekolah tu.Kawan baik cikgu ne ialah ROTAN, bila cikgu-cikgu lain bawak barang berat-berat, aku tunjuk-tunjuk la rajin sket tlg bawakkan sampai masuk kelas tapi kalau Cikgu Marsila ne awal-awal lagi aku dah lari.Bukannya apa, aku ngeri r tgk rotan dia.Berapa ramai dah mangsa-mangsa dia...hehehe..

3. Sekolah Menengah Sri Rahmat, Tampoi. Ramai cikgu-cikgu yang paling aku hormat.Kerana disebabkan terlalu ramai, maka aku simpulkan untuk semua (alasan org yang lupa nama cikgu).Hahahaha.Tetapi saya paling suka Cikgu Matematik walaupun dia banyak guna Bahasa Mandarin (buat-buat paham) tapi saya tetap bersabar memahamkan formula yang dia conteng-conteng.Hasilnya tetap dapat A. Cikgu Sejarah saya iaitu Cikgu Bani, saya suka spek mata cikgu.Macam orang-orang dulu..Cikgu baca buku teks untuk kami semua sampai saya boleh belajar 2 subjek dalam satu masa.Hasilnya saya tetap dapat A.Cikgu Suzila cikgu Biologi saya, saya suka part nyanyi lagu Besday utk cikgu, siap nyanyi lagu Flop Poppy tajuk Suzila lagi untuk cikgu.Dan yang last sekali Cikgu Shanti, saya suka sari Cikgu.Semua orang asyik tanya cikgu orang apa sebab muka cikgu Chinese tapi cikgu pakai sari, rupanya cikgu Cindian =)

4. Cikgu tuition saya: Cikgu Kamariah (ingat nama cikgu sebab sama nama dengan mak saya).Saya tahu cikgu suka baca tulisan saya pastu cikgu akan ckp, "Syuhada awk ok tak hari ne?"Rupa-rupanya cikgu tengok tulisan je dh tau tahap emosi saya sampai mana.Hehehe.Baru saya dapat tau yang cikgu pandai Baca tulisan orang mengikut tahap emosi dan personaliti seseorang.Masa cikgu tanya tu saya tengah marah dengan bapak saya sebab selalu buat-buat lupa nak hantar saya pergi tuition sebab dia akan buat-buat bz pergi pasar time sy ada tuition.Itu bapak saya!


dan tak lupa juga saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat My auntie: Cikgu Khamisah dan juga to My Uncle: Cikgu Othman (Guru Besar).


di sini saya nak letak juga gambar saya dengan kawan sekelas, 5 Bestari 1.Ok.Cari tak jumpa gambar masa tingkatan 5, saya letak gambar masa Tingkatan 1.Muka masa muda-muda.Cuba teka mana saya?Hehehehehe...So sweet.Blh masak ikan sweet sour...


Untuk mengelakkan korang pening cari aku, aku letak la picture di bawah ne.Walaupun ada yang tak setuju malu-malu nak mengaku muka dia zaman muda-muda dulu, aku tetap letak ok.Ada aku kesah?Sapa suh jadi kawan aku.Hahaha..
















Monday, May 10, 2010

Mcm Haram Naik Komuter...



Pehhh..hari ne ngam2 lg msuk opis..WP2 waktu opis kul 8 pg ok.Pukul 7 aku dh tercongok kat stesen komuter Pantai Dlm tu sbb nak samakan waktu bekerja ngan bos kan.Dlm duk hari-hari aku nek komuter ne, ada la jugak aku merasa spesies2 manusia yang tak reti bahasa atau wat2 bodoh...

1. Bile prmpuan pregnant, ada jugak yg wat2 buta tak nmpk especially jantan2 yg gagah perkasa ne duduk biarkan prmpuan pregnant berdiri dpn mata je.Kdg2 nmpk je muka macho,dh smart dh pkai pakaian office tp otak low class la brader.

2. Spesies manusia yang suke berdiri kat tgh2 pintu masa org sibuk nak kuar,kalo yg ne mmg ari2 kene sound ngan aku. Dah tau org sibuk nak kuar, apa salahnya ko kuar kejap kasi yang len kuar.Ne tak, ko sanggup duk langgar bahu ngan org.Spesies ne mmg slalu la kene sound ngan aku especially time aku period sbb emosi dh tak stabil~hahaha...

3. Spesies duk berlonggok kat pintu, tak penuhkan ruang tengah.Rasa-rasa kalo aku dh tak waras nak je aku jerit "WEIIII..KO HENGAT KO SORANG JE KE YG BYR DUIT TIKET!!!" Pastu leh wat muka suci lg smbil tgk org behimpit2 kat pintu.Aku anggap spesies ne cacat penglihatan :p

4. Spesies ketiak busuk.Hahaha.Korang pernah dgr "body odour"? Dah tu ketiak tu agak2 berbau tak payah la engkau angkat tangan tu tinggi melangit.Waduhhh..muka aku blh bertukar hijau kalo berdiri sebelah spesies ne.

Body odour

Written by Dr Hilary Jones

Body odour is never pleasant, and we've all been crammed on a train or been in a busy shopping centre and noticed the distinctive smell of stale sweat.

Men sweat more than women, so it's no surprise they are the worst offenders. But is it a case of poor hygiene or do some people have a medical condition that makes them sweat more than average?

A blind spot for smells
Strange as it may seem, many people with bad body odour are unaware that they smell.
Scientific research has shown that some people cannot detect certain molecules. Their nostrils may be able to register the smell of garlic or curry, but not the smell emanating from their armpits.