Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru ♥

Hari Guru 16 May...

Special dedicated to all teachers at:

1. Tadika Kemas Taman Kenanga,especially Pn. Mariam (selalu pergi kelas naik vespa dengan husband dia).Kalau dengar bunyi motor vespa tu cepat-cepat aku masuk dalam tadika ok.Kalau tidak, main jongkang-jongket (eyh..betol ke aku eja ne?) dekat belakang tadika.Syuhada ne suka duduk dalam bilik mainan, tak mahu kuar-kuar sbb aku tak suka belajar.Nak tahu sebab apa?
Sebab kawan-kawan aku semua pandai-pandai.So, aku terasa la sgt rendah diri.Main menatang lego lagi bagus,tak pun aku tak pergi langsung tadika.

2. Sekolah Rendah Perumahan S.E.D.C. Jangan tanya aku S.E.D.C tu singkatan untuk apa sbb aku sendiri pun tak tau.Karang satu keje pulak aku nak interview orang-orang lama yang duk situ.Masa ne aku paling ingat Cikgu Marsila, cikgu paling havoc ala-ala mak datin kat sekolah aku.Kereta sport merah dia je dah buat aku kena pakai cermin mata hitam kalau nak lalu kat parking sekolah tu.Kawan baik cikgu ne ialah ROTAN, bila cikgu-cikgu lain bawak barang berat-berat, aku tunjuk-tunjuk la rajin sket tlg bawakkan sampai masuk kelas tapi kalau Cikgu Marsila ne awal-awal lagi aku dah lari.Bukannya apa, aku ngeri r tgk rotan dia.Berapa ramai dah mangsa-mangsa dia...hehehe..

3. Sekolah Menengah Sri Rahmat, Tampoi. Ramai cikgu-cikgu yang paling aku hormat.Kerana disebabkan terlalu ramai, maka aku simpulkan untuk semua (alasan org yang lupa nama cikgu).Hahahaha.Tetapi saya paling suka Cikgu Matematik walaupun dia banyak guna Bahasa Mandarin (buat-buat paham) tapi saya tetap bersabar memahamkan formula yang dia conteng-conteng.Hasilnya tetap dapat A. Cikgu Sejarah saya iaitu Cikgu Bani, saya suka spek mata cikgu.Macam orang-orang dulu..Cikgu baca buku teks untuk kami semua sampai saya boleh belajar 2 subjek dalam satu masa.Hasilnya saya tetap dapat A.Cikgu Suzila cikgu Biologi saya, saya suka part nyanyi lagu Besday utk cikgu, siap nyanyi lagu Flop Poppy tajuk Suzila lagi untuk cikgu.Dan yang last sekali Cikgu Shanti, saya suka sari Cikgu.Semua orang asyik tanya cikgu orang apa sebab muka cikgu Chinese tapi cikgu pakai sari, rupanya cikgu Cindian =)

4. Cikgu tuition saya: Cikgu Kamariah (ingat nama cikgu sebab sama nama dengan mak saya).Saya tahu cikgu suka baca tulisan saya pastu cikgu akan ckp, "Syuhada awk ok tak hari ne?"Rupa-rupanya cikgu tengok tulisan je dh tau tahap emosi saya sampai mana.Hehehe.Baru saya dapat tau yang cikgu pandai Baca tulisan orang mengikut tahap emosi dan personaliti seseorang.Masa cikgu tanya tu saya tengah marah dengan bapak saya sebab selalu buat-buat lupa nak hantar saya pergi tuition sebab dia akan buat-buat bz pergi pasar time sy ada tuition.Itu bapak saya!


dan tak lupa juga saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat My auntie: Cikgu Khamisah dan juga to My Uncle: Cikgu Othman (Guru Besar).


di sini saya nak letak juga gambar saya dengan kawan sekelas, 5 Bestari 1.Ok.Cari tak jumpa gambar masa tingkatan 5, saya letak gambar masa Tingkatan 1.Muka masa muda-muda.Cuba teka mana saya?Hehehehehe...So sweet.Blh masak ikan sweet sour...


Untuk mengelakkan korang pening cari aku, aku letak la picture di bawah ne.Walaupun ada yang tak setuju malu-malu nak mengaku muka dia zaman muda-muda dulu, aku tetap letak ok.Ada aku kesah?Sapa suh jadi kawan aku.Hahaha..
















2 comments: