Thursday, July 15, 2010

Adat Pertandingan.

♪♫ten, nine, eight, seven-six-five-four, three, two, one, one..♫Get ready for the showdown¸¸.•*¨*•♫♪


Malam tadi aku dengan housemate tgk channel ne, sapa yang tak tengok memang rugi la. Rasa realize tension gak tengok group-group ne menari. Walaupun final tinggal 3 group je. Wakaka, Giller Battle Crew dengan Floor Fever.

Masa mula-mula aku sokong group Wakaka sebab support budak-budak Johor, memandangkan aku dengan Teha (housemate) orang Johor, maka kitaorang yang jerit gila-gila kat rumah tu. Teha siap vote sms lagi. Ko memang supporter penting la kak. Tapi aku beralih angin bila tengok GBC buat performance pakai shadow dengan kerusi merah, aku dah cair..Memang gila-gila havoc!



Lepas Floor Fever terkeluar, group GBC dengan Wakaka battle. Masa ne memang nampak diaorang bersungguh-sungguh nak menang. Semangat tu yang penting sebenarnya.



Tapi yang paling aku terharu bila Hafiz umumkan pemenang,

Wakaka Crew.

Berjaya jugak Alam tunjukkan pada orang kampung yang menari ni boleh dijadikan sebagai kerjaya, seni dan minat yang mendalam boleh menjadikan seseorang itu menjadi artis yang berjaya.



Walaupun GBC tak menang, aku anggap ini adat permainan. Mana boleh dua-dua group jadi juara, haru pulak karang nak bahagi dua 50k tu.

Apa yang penting, gua tetap supporter penting WaKaKa Crew. Hidup Johor!!!


Wednesday, July 7, 2010

Kursus Lagi.

Fuhhhhh...
Dah lama tak update blog.Sampai terbersin-bersin nak mulakan blog sebab dah lama berhabuk dan bersawang. Minggu ne memang aku sibuk sikit, sebab kena jadi urusetia kursus dan peserta kursus. Kursus nya tak ada la jauh mana pun, dekat KWSP, Bangi dan dekat INTAN, Jln Elmu.

Kursus Rekabentuk PDS.
Kursus ni unit aku yang uruskan dan untuk tambah pengalaman kerja, aku minta la jadi urusetia kursus (ye la, selalunya PA duduk ofis). Nak pergi Bangi memang tak ada masalah sebab sebelum kursus aku dah pergi tengok tempat dulu. Aku kan ada penyakit selalu je sesat jalan. Orang baru dekat KL.Baru tak baru dah 2 tahun aku duk sini.Heehe..




Barang-barang yang perlu dibawa untuk pergi ke tempat kursus.
Notebook-harus.
wiggy- harus.
novel-harus.
jadual kursus- harus!
Barang-barang hiburan harus dibawa.Hahaha.




Kursus INTAN, Jln Elmu.
Kursus ini aku panggil kursus AJAIB sebabnya orang yang daftar awal tahun je yang dapat masuk kursus ne. Tu pun nasib-nasib je, tak silap aku, aku mohon kursus ne masa bulan 4. Agaknya berkat bos aku yang beria-ria PA nya nak g kursus, sangkut la nama aku.
Tapi pengalaman yang aku tak boleh lupa masa kursus ne ialah masa hari pertama nak pergi sana. Memandangkan kursus hari Isnin, maka aku pun tak sempat la nak g tengok jalan.
Dengan muka yang konfiden, aku redah je la pagi-pagi buta tu sorang-sorang.
Pusing punya pusing, aku tak jumpa la pulak pusat kursus ne, tak boleh jadi kena tanya orang gak. Dari jauh aku dah nampak dekat 'bus stop' ada seorang auntie cina tua dan seorang budak melayu muda. Minta-minta budak yang melayu ne boleh tunjuk jalan dekat aku. Dialog nya bunyi macam ne.

aku : dik, ini jalan universiti kan?
bdk melayu : ha ah.ne la jalan universiti.
aku : akak cari pusat latihan intan, tau tak kat mana?
bdk melayu : tak tahu la saya (dengan muka sengal).
auntie cina tua : u lalu federal highway? i mau tumpang.
aku : tak lalu pun. i nak g dekat-dekat sini je. (dlm hati : ko hengat aku teksi sapu ke?)

sabauuuu je la aku. Nasib baik pusing-pusing situ jumpa tempat kursus nya.
Tu la orang kata, kalo malu bertanya sesat jalan tapi aku dah salah tanya orang.Hehehe..





Aku tak tau apa motif aku letak gambar bilik bos aku kat atas ne. Adakah aku nak bagi tahu semua yang bosku sudah berpindah atau aku nak bagi tahu yang bos pergi tanpa pengganti?
Huh...Kesimpulannya, bau minyak wangi bos tak hilang-hilang lagi kat dalam bilik tu membuatkan saya terasa-rasa yang bos ada dekat dalam bilik ne. So scary......


Apa-apa pun, kalo bos baca entry saya ne, saya nak minta maaf kalau saya ni tak dengar arahan bos dengan sepenuh hati sebab saya sangat lah tidak dapat bekerja dengan 24 jam. Akhir kata,
bekerja hanya waktu pejabat sahaja dan bekerja secara sistematik dan berniatlah dengan ikhlas kerja itu adalah satu ibadat. Bukan hanya untuk mengejar populariti. Peace!