Monday, September 27, 2010

Filem Magika dan Belanga.

Haiii semua...

Korang dah tengok citer magika ke belum? Last week aku pergi tengok dengan housemate aku kat Midvalley. Thanxz to Mek Siti Yuk sebab belikan tiket Jumaat lepas, so kitaorang decide tengok movie hari Sabtu sebab kalau pergi Hari Ahad tak dapat tengok Melodi. Nanti dah ketinggalan sumber gosip artis untuk aku share. Muahaha..Dasar Kepochi!

Yuk, nasib ofis ko dekat je dengan Midvalley. So, next time kau tolong belikan lagi eh. Tapi kan aku dapat tau, ofis ko pun kena pindah gak..Lepas tu kan, aku dapat tau yang ko kena pindah satu building dengan aku.... Ehehehe..Siap sedia je la...

Ok..Entry kali ne bukan aku nak citer pasal kami akan pindah ofis tahun depan tapi aku nak cerita weekend aku yang terasa la semangat setiakawan sebab kami berempat pergi tengok cerita Magika.







Disebabkan kitaorang datang sejam lebih awal, so kami breakfast dulu dekat restoran Belanga Midvalley. Mek Yuk pernah datang sini sebelum ni dan dia respond not bad so why not we try first. Decoration restaurant cantik sebab terasa makan dekat rumah sendiri dan yang penting servis tip top, makanan sampai awal, tak payah tunggu lama-lama. Tak pe la kalau harga mahal sikit tapi yang penting SEDAPPPP...



Sebahagian menu yang ada dekat Restoran Belanga ne.. Tapi gambar yang dekat bawah ne tak ada dalam menu hokay..Hak hak hak.



Kami dengan makanan masing-masing.

Coppp..Kenapa aku senyum tu..Oooo..Lupa lak..Lipstik baru. :) Wink.
Ni aku order Nasi Lemak + Ayam Goreng = Bertambah-tambah lemak dalam badan aku.



Mek Yuk dengan Nasi Kerabu + Ayam Percik.

Yana dengan Nasi Lemak Ayam Herba. Minah ne kau kasi la makan banyak mana pun tapi badan dia tetap maintain youuuu...


Ne Fateha pun makan sama menu dengan Yana. Tapi kan..aku rasa mesti Yana tiru Fateha punya menu. :)

Dah kenyang makan, kita pergi tengok wayang. Mula-mula beratur dulu ambil gambar. Cepat kak, ambil gambar kami dulu sebab tudung sama.


Harus gambar aku sorang sebab nset aku.

Lepas habis tengok movie Magika tu aku rasa hampa. Harapan movie terbitan KRU ne boleh membuatkan aku kembali pada zaman kanak-kanak iaitu cerita fiksyen tapi tersekat dengan lagu-lagu yang terlalu banyak, memang betul cerita ini berdasarkan muzikal tapi permulaan cerita je best sebab kita dapat menikmati keindahan hutan dan ada Maya Karin yang muka semua sama. Lepas tu, feel aku tersekat-sekat sebab Diana Dianelle banyak terlompat-lompat nak cari adik dia yang hilang tu. Part yang paling best aku tengok bila ada 3 batang pokok yang menyanyi lagu pasal adik beradik. Suara pun suara kumpulan KRU, memang sampai mesej dia.

Dalam 5 bintang aku kasi 2 bintang. Orait la tu ada bintang juga. Bila fikir balik, memang kita kena support Filem Melayu tapi rasa macam tak berbaloi duit tiket aku tu.

Lepas ne, confirm aku tolak 100% cerita Melayu tapi kalau cerita action aku kena fikir lebih sekali.

Tadi kannn..aku ada dapat jemputan kahwin anak kepada bos tapi yang aku rasa ragu-ragu bila ada perkataan...

NOOR SYUHADA BT AHMAD JAMIL & SUAMI

Lepas ni aku nak kene cari suami aku dowhhhh..Baru boleh pergi jemputan kahwin ni. Siapa nak jadi suami saya angkat tangan!!! Tettttt..Confirm kena lempang free je dengan mak aku.







No comments:

Post a Comment