Wednesday, September 29, 2010

Teater Muzikal Che Det Terbaik!




Hai readers!

Last nite, my housemate, Kak Linda and i go to teater muzikal about Tun Mahathir at Istana Budaya. Tiket dibeli dengan harga RM110 utk dua orang katanya tapi i just pay RM50 only to Kak Linda. Thanxz akk for discount.Heeeee..

We arrived half an hour early, so harus baca bahan-bahan ilmiah yang disediakan berhampiran pintu masuk. Khusyuk betul Kak Linda baca informasi mengenai Che Det.


Dah nama sampai awal, orang-orang pun tak ramai lagi. Sempat la juga ambil gambar untuk simpan kenangan dalam netbook. :)

Tu dia barisan pelakon untuk teater Che Det. Mereka sangat-sangat berbakat especially pelakon yang bawa watak Che Det dari kecil hingga dewasa. Ada juga unsur-unsur lawak yang cuba diketengahkan iaitu watak kawan-kawan Che Det semasa menampal kertas mengenai Malayan Union. Props dan kareografi sangat-sangat menarik.



Moment yang paling aku suka bila tengok Tun bawa anak-anak dia bersiar-siar naik kapal. Terasa kasih sayang seorang bapa walaupun bapak aku tak ada kapal yang direka sendiri. LOL!



But yang paling last sekali ialah watak Erra Fazira. Ramai juga yang komen dia macam menjaga keanggunan muka atau dia macam cover2 cun gitu walaupun dia memang cun. ahaks.


Dalam sibuk-sibuk nak beratur tu, terserempak pulak dengan Hans Isaac. Dia sorang-sorang je ok dan jalan dengan gaya yang sangat laju. Tak sempat nak beramah mesra :)

Lepas ni nak tengok teater Natrah pulak. Ada sapa-sapa yang nak joint?


No comments:

Post a Comment