Tuesday, October 5, 2010

Mandi manda di Starhill Golf and Country Club







Hai frens.

Hari sabtu lepas aku dengan adik beradik aku pergi Starhill. Nak mandi kolam katanya. Kebetulan eda nak belajar berenang. Aku pun tak faham apa kena mengena study course Tourism tapi kena belajar berenang. Memang kena tau berenang eh kalau nak ambil course tourism. Adik-adik aku kata best pergi sana. Siap tunjuk video yang abang umar ambil lagi. Nak tak nak aku pergi je la sebab nak support eda belajar berenang. Support la kononnya.



Kalau jadi adik ni best sebab semua kakak yang uruskan. Kasi duit je, lepas tu dia sendiri yang pergi kaunter bayarkan.

Kak Long gelak besar sebab dia gumbira la tu tunang tersayang sanggup datang dari Port Dickson ke JB semata-mata nak jumpa dia.

Harga tiket sorang dalam Rm15 lebih. Dah bayar, dapat gelang yang tak seberapa ne.



Ok. Dah siap pakai. Sila abaikan selipar jepun aku.


Terserlah muka-muka excited nak mandi macam tak pernah mandi kat swimming pool.




Pakai baju ne terus terjun swimming pool tapi adik aku...


Adik : uda, nak pakai baju ne ke?
Aku : ye la, pakai baju ne.

Adik : uda nak pakai baju ne?

Aku : ye la. apa masalah ko ne tanya banyak kali. Nak pelempang?

Adik : tak nak (buat muka slumber)

Entah apa masalah ntah aku pakai baju ne.


ANTARA VIEW-VIEW MENARIK KAT SINI.




Lepas berenang dekat sini, aku dengan yang lain-lain malas nak pergi mandi dekat shower.


Lepas baju dah kering, kita balik rumah. Lagipun dari rumah aku ke Starhill tu tak sampai 15 minit.


Sesapa yang bosan-bosan hujung minggu tu tak tau nak pergi mana, boleh la mandi manda dekat sini. Tiket harga Rm15 lebih.

Starhill Golf and Country Club
Jalan Kampung Maju Jaya
Kempas Lama, Johor Bahru, Johor



No comments:

Post a Comment