Thursday, November 25, 2010

isu housemate. (Part 1)

Salam readers.

Kelmarin aku ada terbaca status kawan aku di facebook. Kawan masa aku study dulu dekat poly.

Statusnya berkait dengan isu:

Dapur yang tak dilap dan lantai berminyak gara-gara kwn serumah memasak.

Mungkin kawan aku dah hilang had kesabaran sebab kawan serumah dia tak nak kemas lepas masak. Isu macam ni memang tak boleh elak.

Lagi satu isu aku ada terbaca dalam satu blog :

Kereta aku selalu kena parking kat luar, kereta kau sedap je parking ada berbumbung. Jiran sampai tanya kenapa aku je selalu kena parking dekat luar, siap kasi nasihat lagi suruh tolak ansur.

Lepas balik kerja, 2 jam aku duduk dekat dalam kereta tak keluar-keluar sebab pikir masalah ni...

Lebih kurang macam gitu la luah perasaan budak ne.

Aku punya reaksi :

Wadefak. Ada juga orang macam gini.

Kalau aku jadi dia, dah lama aku sound : Macam ko sorang je bayar duit sewa rumah sampai parking berbumbung depan rumah asyik kereta kau je dekat situ.

Kalau lah, kalaulah aku jadi mangsa buli macam tu.

Since dah kena tinggal berjauhan dengan family ni, aku terpaksa survive sorang-sorang dan cari rumah yang sesuai untuk disewa.

Nasib aku baik sebab dapat jumpa orang sekampung walaupun bukan satu kampung. Kak teha dari Pontian, Johor dan aku dari Johor Bahru. Thanxz god because aku boleh jumpa dia masa mula-mula kursus masuk kerja dulu.

And now dah genap 2 tahun aku tinggal dengan mereka. Macam-macam pengalaman yang aku dapat bila tinggal dengan kawan serumah ni. Tambah pula aku dah menyewa luar sejak zaman study lagi. Hampir setahun.

Maknanya aku dah ada pengalaman 3 tahun duduk menyewa.

Selalu orang tanya aku.

Encik A : Duduk satu rumah berapa orang?

Aku : 6 orang.

Encik A : Ishhh.. ramainya. Tak sempit ke?

Aku : Tak de la. Ok je. Satu bilik 2 orang.

Encik A : Kan tak ada privacy tu. Kalau saya, saya tak boleh duduk ramai-ramai ni. Tu sebab saya selesa duduk sorang-sorang.

Dalam hati aku, tu kau. Ni aku. Kenapa pulak kau nak samakan aku dengan kau.

Soal privacy, pada aku tak ada masalah. Sebab aku bukannya jenis manusia yang suka duduk sorang-sorang dan soal privacy tu tak timbul sebab aku ada kawan serumah yang memahami.

Aku akan jadi manusia yang lebih matang sebab aku boleh kongsi saat-saat sedih dan gembira dengan rakan yang sentiasa "ada di depan mata aku"

sometimes aku perlukan rakan yang boleh dengar masalah aku.

they always listening what im say.
(sangat beruntung aku rasa).

Tapi biasalah......kalau hidup semuanya manis, aku boleh kena penyakit kencing manis. hahahaha. ok. tak lawak.

Dalam hidup mesti ada pahit manisnya.

Manisnya bila:

Lepas masing-masing balik kampung je mesti ada bawa balik macam-macam.

Sorang bawa kek, sorang bawa lauk mak masak dari rumah, sorang bawa kuih, sorang bawa beras, sorang bawa cerita movie yang dah download dari kampus.

Sangat best. Masa ni memang aku suka.

Sekarang ni, kami akan adakan satu aktiviti keluar ramai-ramai.

Tak caya? Tengok picture ni :)



Baju hijau tu adik Kak Ija dan Kak Linda. Weekend je dia lepak rumah kitaorang. Best sebab dia la yang selalu bawa balik movie. Masa ni kami pergi Port Dickson mandi manda.



Sambut birthday aku & yuk sebab besday kami sama. 22 May 1988.
Kak teha belanja makan secret recipe. Syok2!


Kenduri kawin kakak Yana. Aku selalu lari tema. Huhuhu.





Buka pose dekat Midvalley. The Chicken Rice Shop.


Kenduri kawin Harlimi. Our fren.


ICT SHAH ALAM.




Kursus Induksi 9 Ogos 2009.

Tu lah saat-saat indah dalam hidup aku. Siapa kata hidup dengan housemate ni selalu tak best?
I can prove it. :)

Nanti sambung part 2 sebab aku ada kerja nak buat. heeeee.

See u when i see u :)


No comments:

Post a Comment