Monday, December 27, 2010

anugerah skrin tv3 2010

Firstly im present u............


*


*


*



*


the tickets. heee.. i got this ticket from budiey. dia baik hati kasi aku dua tiket. so aku berbesar hati la ambil tanpa segan silu. sorry ye kawan-kawan. tak dapat ajak kawan-kawan lain.

kebetulan masa tu nak dekat besday Cik teha, so ajak la dia kira present yang tak seberapa dari aku. Masa tu ingat dah lambat sebab member aku ajak keluar pergi teman dia makan.

Lepas tu dia "tak siuman" pergi lalu dekat Bukit Bintang padahal boleh je lalu dekat tempat yang tak jem. Mengada-gada je. Bila aku cakap dah lambat dia kata bila masa aku bagi tau dia aku nak keluar pukul 6 ptg. chet. Saja je cari pasal.

Dengan muka merah padam aku cakap tak payah pergi habis cerita. Tapi dalam hati berharap juga. Budiey minta ambil tiket pukul 6 ptg.

Sampai PWTC nak dekat pukul 8 mlm. Nasib baik sempat. Fuhhhhh.

Kitaorang parking kereta dekat Bank Negara je sebab malas nak bersesak-sesak nanti takut jem. Lambat la apa la. So, pakai glamer-glamer naik tren :)

Sampai dekat PWTC terserempak dengan Sherah, kelam-kabut minah tu masuk dewan.

Teha tanya tu sapa, aku jawab Sherah dia tak kenal.

Last-last aku cakap, "Alaaa.. yang pelakon Halimah Jongang tu....Haaa ingat?"

Pelakon yang lain-lain semua teha nampak. Aku macam slow sikit je nak ingat yang mana satu.
Asal teha suruh aku ambil gambar dia. Aku pun nak jugakkkkk tu. * tak mahu kalah*




Si putih melepak.

Julia sangat baik hati dan peramah. Dia pula yang say thank u.

Si tinggi lampai.





Sangat slumber dia ni, asyik senyum je. :)





Terlalu bergantung kepada skrip sampai tersasul-sasul sebut word yang simple.
*macam bagus je komen macam ni*




Lepas tu turn kami pulak duduk dalam tv. Terpaksa tundukkan badan padahal tinggi sama je dengan teha. Heee... rasa tertipu tak?

Lepas dah rasa feeling DIVA, balik la ke pangkal jalan. Punya la cuak takut dah tak sempat naik lrt tapi masuk-masuk je boleh kira ok berapa orang je yang naik lrt. *takut*

Dah pergi event ini, hasilnya..............................................



.Muka puas hati.

Tuesday, December 21, 2010

Saya suka yang ni.

Hari ni macam santai je.

Lunch dekat Sogo makan spageti carbonara.

Mentang-mentang dapat gaji makan yang sodap sikit. RM 10.50.




Pastu kenyang senang hati. Sampai ofis wani panggil.

Arda. Tradewinds kasi cenderahati.

Mana? mana?



Tapi kena share.

Ohhhh..sebab ofis kita dah nak pindah eh?

Pastu rini dengan wani duk sibuk bahagia-bahagia. Eh silap. Bahagi-bahagi sama rata.

Dapat lah sorang 3 ketul. Tu pun muka masing-masing dah syukur sangat.





Wednesday, December 15, 2010

Morning Motivation

When I woke up this morning lying in bed,

I was asking myself;

What are some of the secrets of success in life?

I found the answer right there,

in my very room.


AND NOT TO FORGET,


THE CARPET
SAID...
KNEEL DOWN
AND PRAY.


Carry a Heart that Never Hates.
Carry a Smile that Never Fades.
Carry a
Touch that Never Hurts.

Friday, December 10, 2010

Isu housemate Part 2.

~JANGAN BACA KALAU KECIK HATI~
ini hanyalah sebuah pengalaman

Korang tau tak macam mana nak kekalkan perhubungan dengan rakan-rakan serumah tanpa.....
pergaduhan air mata dan suara yang tinggi?

Mungkin cara aku ni boleh membantu.

Kawan-kawan. Sila take note apa yang aku cuba sampaikan ini ok.

Pertama sekali ialah :

PERASAAN BERTIMBANG RASA YANG TINGGI

Perasaan ni amatlah penting dalam membina sesebuah hubungan yang harmoni (dah macam dato' fadzilah kamsah dah). Cuba la korang bayangkan contohnya. Contohnya la ye kalau kau demam atau selsema. Kemudian kawan sebilik kau ni kebetulan gaduh dengan bf dia. Mestilah memekak macam nak mampus kan. Bergaduh mana ada cakap lembut-lembut. Pulak tu bergaduh yang berjam-jam dekat telefon sampai aku tengok telefon tu macam dah nak masuk dalam telinga.

Kau dah nampak kawan kau tu tak sihat or penat gila vavi, kau keluar la wei cakap dekat ruang tamu ke. atau kalau rasa satu flat nak dengar, kau cakap la dekat balkoni.

Ni yang kau memekak dekat telinga dia buat apa wei? Nak aku lumurkan hingus ni dekat muka kau ke biar rasa sakit demam macam mana.

Tolongggg la rasa kesian sikit. Kadang-kadang aku tengok kawan tu feel down sangat-sangat lepas tu stress pulak pasal kerja, kau boleh menyembang dengan kawan lain sampai suara mengalahkan Ning Baizura. Cakap pelan-pelan sudah lah weiiii. Bukannya kawan kau tu pekak pun. Gilosss betul cakap kuat-kuat ni.



JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN RUMAH.

Kebersihan tu melambangkan peribadi seseorang, kalau dia pengotor mesti dia pemalas. Maksud aku kalau dia suka makan meggi lepas tu biarkan je mangkuk meggi selama beberapa hari, lepas tu buat pulak air milo, esok dan esoknya minum air milo yang sama dia buat hari tu. dahsyat bukan?

Inilah realiti kawan aku masa dia kongsi bilik dengan junior kami dekat poly dulu. Aku yang taip ni pun nak termuntah. Pernah sekali aku lalu depan bilik dia (masa ni kawan aku tak register lagi), air kuah apa ntah meleleh keluar daripada pintu bilik dia. Boleh pitam hokayyyy aku lalu sampai budak-budak ni sanggup berlakon konon-konon nak buat pinjam charger padahal nak tengok dia hidup lagi ke tak kat dalam bilik tu. Yelaaaa. takut juga kalau dia mati kejung sorang-sorang ke kat dalam tu.

Lepas tu ada juga sorang mahluk Allah ni yang sangat confident tinggi yang badan dia tak berbau. Konon-konon feeling duduk dekat negara Arab sana. Balik kelas, baju terus jemur dekat tingkap lepas tu terus masuk dalam almari.

Halooooooooo...ko ingat iklim Malaysia sama dengan negara Arab ke?

Dekat arab iklim panas kering. Dekat sini iklim panas lembap la LEMBAPPPP.

Dah la nak pergi kelas tu menapak sampai basah ketiak lepas tu kau boleh buat baju tu stok untuk pakai minggu depan.

Ayooooo.

Tu kisah duduk asrama.

Ohhh ye. Aku ni jenis bangsa yang sakit mata kalau tengok lama-lama.

Kalau duduk rumah sewa?

Kalau dah agak-agak kau rasa toilet tu berkarat, rajin-rajinkanlah tangan tu nak mengangkat berus jamban tu.

Kasi berus sikit apa yang patut.

Ke aku nak test kasi berus dekat bulu mata kau biar nampak sikit yang toilet tu kotor.

Balik-balik orang yang sama je basuh toilet tu. Apa kejadah ntah.

Ok. Ni lagi satu. Memang banyak kali laaaaaa aku nampak.

Kalau dah duduk ramai-ramai dan penduduknya muda-mudi mesti la nak masak pun fikir 10 kali kan. Almaklumlah.... dah keje.

Bila dah beli makanan bungkus tu mesti kau letak dalam mangkuk. Bila dah nak transfer kuah tu ke mangkuk mesti ada tumpah-tumpah sikit. Kalau dah tertumpah/terpercik tu kau lap la sayang oiiii. Tisu tu beli berlambak. Boleh pulak buat-buat lupa. feeling ada bibik kah? Ke aku nak bibik kan kau terjerit-jerit suruh lap kuah tu?

Bila rasa nak masak tu tak apa lah. tapi biasa la, orang perempuan ni kalau memasak mesti nak gaya hebat ala-ala chef wan kan. Yang aku pelik tu, kenapa lepas masak tak nak kemas/lap mana-mana yang patut ek? Style senduk letak atas dapur gas. Sampai berminyak-minyak dah dapur tu tapiiiii biarkan je. Agaknya nak tunggu orang naik minyak baru terhegeh-hegeh nak lap.



BERTOLAK ANSUR/TIDAK TERLAMPAU BERKIRA

Sampah dan sampah. Dulu aku pernah jadi isu sampah ni masa zaman study dulu. Bak kata kawan aku, tak kan la kita nak asing-asingkan sampah ikut nama. Nampak pelik hokayyy.

Tapi aku rasa menyirap bila sampah berlonggok-longgok lepas tu semua tunggu orang ni la buang nanti, orang ni la buang nanti. Sampai kiamat pun tak terbuang. Berulat pun boleh jadi sampah tu.

Oleh itu, jangan lah berkira sangat nak mengangkut sampah tu buang. Buang sampah boleh sama-sama, tak kan lah nak angkut sampah pun tak boleh? Agak-agak kau nak feeling DIVA, belilah tong sampah sendiri. Dengan kau kau aku masukkan dalam tong sampah tu.

Bab peralatan/barang peribadi. Yang ini memang aku sanjung tinggi budak-budak rumah aku.
gua respek lu la beb. Nak pinjam ni boleh?

Hamikkkk la. Aku tak pakai pun tapi hari Jumaat aku nak pakai okay.



ehhh...minyak wangi ko ni aku nak test jap. Boleh tak?


Tudung ni matching tak dengan baju aku? Nak pinjam boleh?

Haaa.. Seee.. budak-budak ni kalau nak pinjam barang diaorang bagi tau. I like!

Kami citarasa lebih kurang sama tapi citarasa boyfriend tak sama ok. Kau takot aku amik bf ko kah? Ngehngehngeh.

So, jangan la pelik kalau ternampak bajuku lebih kurang sama macam baju dia. Dia yang tiru aku. Teettttttttt.

Special about us is can share makeup stuff. Asal beli je mesti balik nak bagi tau. Dah macam duta produk dah. tapi aku suka.

KELUAR JALAN BERSAMA-SAMA

Sesekali tu keluar la jalan sama-sama. Pergi cinema ke, pergi bercuti dekat Port Dickson ke? Ececece. Sebelum nak buat plan tu bincang la mana yang patut. Macam share-share duit minyak ke. Belanja driver makan ke. Driver??? tetiba terasa pulak kan. Siapa lagi nak drive kalau bukan aku di antara yang berempat ni.


JANGAN MEMBAZIR.

Membazir ini amalan syaitooonnn. Duduk menyewa mestilah banyak berkongsi. Jimatlah penggunaan sesuatu yang kita bayar bersama-sama.

Contohnya penggunaan air:

Apa motif kau mandi lama-lama dalam bilik air waktu pagi? Tak sejukkah?

Penggunaan elektrik. Kalau nak keluar rumah tu, tolong lah ye cik adik manis tutup lampu/kipas.

Kalau tak nak tengok tv, tolong tutup. Kalo caj laptop, agak-agak la ye. Tak kan la satu laptop lebih 4 jam kot ko nak caj. Jangan over ok.




TAHAP MENTAL DAN EMOSI YANG TINGGI.

Akhir kata, duduk di rumah sewa ini memerlukan tahap kekebalan yang kuat sebab kita aku menempuh macam-macam perangai. Mestilah sebab bukan adik beradik kau, tu sebab tak boleh nak sound direct. Kadang-kadang kena jaga perasaan sesama umat tapi bagi aku, kau dah besar and pandai fikir sendiri tapi biasaaaaaa la. Nama pun manusia. Kalo dia tersalah buat / perangai yang menjelikkan ke, kau tegur la dia elok-elok.

Tapi aku ni style ikutkan je dulu tapi kalau sekali aku dah sembur memang non-stop.

Sekian, terima kasih.