Monday, December 19, 2011

Team Building di Selesa Resort Bukit Tinggi.

Entry ni ditaip sambil makan rojak dan tengok tv. Kau mampu?

Salam uolsss..

Minggu lepas aku pergi teambuilding yang tak mendapat sambutan hangat. Hanya orang-orang tertentu je yang pergi. Aku suka sebab teambuilding kali ni santai. Tak ada aktiviti-aktiviti yang berat.

Mula-mula masuk dewan, fasilitator kasi kad uno. Ingatkan fasi kasi kad untuk bahagikan kumpulan ikut warna kad uno tapi fasi kata setiap kali jawab dapat kad uno. Jadinya boleh dapat hadiah hamper. Semua dah jadi hyperactive sebab nak dapat hamper.


Masa untuk memperkenalkan diri fasi masing-masing aku terkejut ok. Muka ketua fasi tu macam muka ex-boss aku. Huhuhuhu.




Pastu ada sorang staff tu muka macam orang yang paling rapat dalam hidup aku. Aku suka tengok dia. *gatai*

Kitaorang dapat apartmen. Satu apartment, dua bilik.





Dekat resort tu ada orang yang menetap tetap dekat situ sebab ada yang beli apartment. Macam hari tu, sebelah rumah ada budak-budak maintenance resort. So, tak ada la rasa sunyi ke apa.








Tapi rasa tak selesa sebab depan apartment tu ada kelawar ke burung layang-layang.




Ha.... Ni pemandangan dekat belakang apartment, nampak la highway Karak.




Ni rate dekat resort tu : rate resort.

Tapi duduk dekat resort ni memang santai la. Ramai orang jepun datang sebab nak main golf. Makanan tak beberapa sangat sebab tak ada dessert. Hehehe.

Ok la, tu je review.



Ni game yang last. Domino!

Tapi tak jadi sebab ada sorang grooup aku terjatuh kan satu domino pastu semua jatuh. Penat aku dengan Hafzan susun comey-comey.


Tuesday, December 6, 2011

Gambar penyewa payung lace.

Salam to readers.

Ok. Kali ni nak buat entry special to penyewa yang sewa payung lace saya. Ececece. tetiba tukar panggilan saya T__T

Penyewa pertama : Berry and her husband, Nahar.









Ini gambar masa photoshoot pre wedding.
She nice and her husband tak lokek dengan senyuman.
Nice to meet both of u.

Next penyewa : Liza.





Cantik kan baju liza. My peberet kaler. Suka sangat. T__T

Penyewa lagi satu Kak Ramlah. Akak ramlah guna payung untuk buat pelamin tapi dia belum emel lagi gambar tu. Sibuk kot.

and lastly SELAMAT PENGANTIN BARU TO BERRY AND LIZA




Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Aminnnnn.

Wednesday, November 30, 2011

Guna token la pulak

Semalam aku naik komuter berhenti dekat stesen bank negara pastu naik lrt dekat Stesen Bandaraya. Berpeluh aku dibuatnya. Dah la satu kerja panjat tangga jejantas tu. Tapi tak pe, dah biasa dah sebab aku kerja dekat area tu nak dekat 2 thn. Orang lain tercungap-cungap tapi aku boleh nyanyi-nyanyi lagi. Ecececece.

Sampai dekat stesen lrt aku tengok kaunter semua tutup pastu pekerja sume sibuk kira duit syiling ketung ketang bunyi.

Aku terus pergi dekat mesin. Harga tiket RM1.20 tapi aku masukkan RM5.00, mesin reject duit aku. Dah sudah. Ni baru first time gua guna beb. Sekali tengok hanya duit kertas RM1.00 je yang diterima. Malu aku >.< Dah la belakang aku line panjang beratur.

Aku gagahkan jugak la pergi kaunter dengan muka hangin mintak tukar duit syiling. Brader tu terlebih kasi 20 posen la plak. Dah sampai dekat mesin baru perasan. Aku tak larat nak pergi dekat kaunter balik sebab beratur panjang. Bila nak touch dekat tempat tiket tu semua orang duk terkial-kial. Baru first time guna la katakan.




Ni la token yang ganti sistem tiket sekarang. Felling dia rasa macam nak men game dekat fun fair.

Masa aku beli token ni ada sorang budak promote beli pass rapidkl yang guna sistem touch n go. Dah la dia cakap kuat gila. Satu lrt stesen tu dengar tertoleh-toleh tengok aku dengan budak tu.

Tak pasal-pasal balik ofis aku terus pergi KL Sentral rupa kad touch n go dah hilang. Dah berbulan-bulan baru nak report. Sampai dekat branch Touch n go aku nak report kad aku hilang. Dia tanya nombor siri. Aku tak ingat then dia tanya nombor ic.

Tetiba dia cakap :

kad touch n go awak dah batal tapi kad awak dah digunakan dalam mykad seseorang.

respond aku :

whattt? *ala-ala terkejut* pastu baru ingat aku baru tukar mykad daaaaaaaaaa. Terus cakap nak reload touch n go sebab nak cover malu.

Sekian terima kasih.

Macam cerita malu bersiri pulak.

Wednesday, November 16, 2011

Bukit Merah Laketown Resort.




Minggu lepas ada seminar dekat Bukit Merah Laketown Resort.

Kitaorang pergi satu kereta je, aku ambil kak Liza dengan kak Wani dekat stesen Lrt Bangsar then ambil Kak Miza dekat restoran jejantas Sg. Buloh. Neves jugak lalu dekat situ sebab aku baru first time drive ke Utara. Nasib baik Kak Miza ada, so dia la yang alert jalan-jalan ke sana.

Masa dekat Highway Utara-Selatan tu aku drive 110km/j je... Rasa-rasa macam ada speedtrap.

Tiba-tiba kereta bertentangan kasi lampu high beam. Memang betul la ada speedtrap ni.

Pastu ada polis dekat depan. Hehehe. Kereta depan aku semua dia kasi lepas, tiba turn aku polis tu tahan. Dia semak dekat kertas. Aku rasa macam dah nak kena saman je.

Lepas polis tu semak dekat kertas, dia tengok aku, dia kasi jalan.

Waaaaaa. Nasib tak kena saman.

Tapi kereta belakang aku memang kena tahan sebab daripada cermin belakang aku nampak dia drive laju. Setiap kali ada speedtrap je mesti kereta depan or belakang aku yang kena tahan.
Kira aku bernasib baik la kot.

Kitaorang bertolak dalam kul 8pg smpai dalam kul 12.00tgh hari. Kira 4 jam la perjalanan dari KL-Perak.

Sampai-sampai je mesti semua orang ada simpan perasaan.

Jangan la hotel buruk sangat.

dan tibanya ke kami dekat receptionist disambut dengan trainee hotel nama dia apa entah. aku dah lupa tapi indian la.

Layanan dia ni serupa dengan perempuan ada masalah anak ramai i told u. Bila kita explain dekat dia terus dia cut cakap kita pastu buat-buat pandai dia.

Contoh macam kami duduk satu bilik 2 orang tapi fokus dekat sini ialah office aku booking bilik yang memang untuk 4 orang. So, bilangan bilik tu tak jadi masalah sebab memang kami kena duduk 2 orang je satu bilik. Trainee ni seboleh-boleh nak tempatkan 4 orang.

Daripada situ, dah nampak staff dekat situ tak bagi kerjasama.

Bila kami minta bantuan troli dan tolong hantar barang-barang dari lobi ke dewan, receptionist tu boleh cakap : "banyak sangat ke barang nak angkat?"

Nak je aku jawab, kalau tak banyak saya boleh angkat kaki macam timbang bola tu. Haaaa. tetiba je kan. Tapi aku senyum lagi. Tak pe tak pe. Kau tak tau aku tulis dekat sini pasal kebiadapan ko tu.

Aku dengan urusetia lain dah rasa mula nak marah. Kitaorang tunggu peserta dari tengah hari ke petang dengan tempat panas tak nak pasang aircond. Aircond rosak ke apa entah. Tapi apa kejadah technian datang tekan-tekan button remote tu. Kalau macam tu aku pun boleh.



Masa ni muka penuh kesabaran lagi.

Layanan "mesra" receptionist kalau ada 10 bintang aku kasi 0.5 bintang je.

Lepas check-in tu aku dengar bilik sebelah aku ada lipas. Bilik aku tak nampak pulak serangga tu. Dalam bilik karpet memang tak ada, pakai lantai mozek tu je. Bila pijak rasa melekit-lekit je. Dah tak selesa la kan kalau solat. Tak tau pulak aku kalau yang melekit tu sebab dia mop lantai tu pakai cecair macam ajax fabuloso tu ke. Malas nak fikir kan.


Sebelum nak tunggu check in tu sempat la round-round dulu. Tapi sebelum tu kena tengok pakej mana yang menarik.





Terserlah aku yang paling eksited sebab berdiri depan sekali.

Dan pilihan pertama dan paling fleksibel ialah naik skylift. Ehhh. Naik chairlift.




Tak secure kan. Parents yang ada anak hyperactive tidak digalakkan menaikinya :)




Bukan main kau gayat semacam je. Dah la pakai selipar. Rasa selipar longgar je, kalau kena dekat kepala orang nasib la.




Kitaorang macam-macam aksi nak ambil gambar dari atas tapi yang depan ni...


daripada start sampai nak habis, tak gerak-gerak.


Pemandangan dari atas.


Bila dah huahuahuahua naik skylift tu kitaorang cari tempat makan. Masuk bubble restaurant.

Rasa menyesal pulak tak bawak bekal daripada rumah sebabnya bila order nasi goreng, kasinya dalam tupperware lutsinar yang baru dipanaskan dari microwave. T___T




Dah lapar, makan je la.

Lepas malam tu baru ada dinner dekat cafe Le Lac. Aku mula-mula tak tau nama dia. Dengar macam cafe De Lalu pastu bila malam tu baru tau. Habis kena gelak. Ya ampun, aku memang tak dengar masa staff dia bagi tau.

Makanan dekat situ pun tak sanggup rasanya nak komen. Kitaorang makan tak ada la beria-ria macam makan dekat hotel kan. Bila kunyah tu rasanya komen macam :

"Chef ni tak dapat naik gaji ke atau marah dengan bos dia?"

Huwawawa. Memang rasa masakan tu tak ikhlas. First time makan daging rebus yang dihiris halus dengan Nasi Lemak ikan bilis keras.

Hasilnya daging aku makan sikit je sebab pure rasa daging tak de perasa.

Kreatiffff la sangat agaknya chef tu fikir nak impress orang luar tapi apakejadahrasamacamnaktermuntahpunada. Ha...engkau. Bahasa kemain lagi kan. T__T

Lepas esok tu kitaorang ada masa free sikit pergi tengok dekat waterpark. Tengok nak main slide kena pakai swimming suit kalau tak ada free show.



Hehehehehe. Kalau nak naik atas ballon tu, 6 orang sekali masuk. Terkinja-kinja dekat atas tu dalam beberapa minit dan kena keluar. Kalau nak masuk lagi kena beratur macam tengok wayang. Balloon tu tinggi dan masa tu semua orang dapat cuci mata.




See... 6 orang je kan boleh masuk.


Lepas tengok orang tu kitaorang lepak dekat tepi tasik pulak.



Dekat sini cantik jugak kalau shoot untuk pre-wedding. Ecececece.


Gambar kawang-kawang.



Gambar teratai layu di tasik madu ;)


Malam tu dah start seminar tapi kami yang urusetia untuk pendaftaran ni just stay dekat luar. Bawa je notebook tu tapi tak best sebab tak ada wifi.



Duduk je la dekat situ sampai seminar habis. Balik bilik je terus pejam mata tapi still tak boleh lelap sebab orang kata pertukaran tempat tidur. Hari pertama je tak boleh tidur, esoknya terus tidur sampai tak sedar apa.

Esok seminar macam biasa. Aku malas nak letak gambar dekat sini. Nanti termasuk pulak orang mana yang tak berkenaan atau yang tidak berkenan. Kikikiki.






Masa ni makan yang lunch nak balik dah. Aku tak ambil sayur pun sebab nampak brokoli terapung pastu kuah tepung jagung terlebih-lebih macam....entah la. tak tau nak describe macam mana.



Gambar yang last ni aku suka tapi kak miza tak ada pulak.

Dan ending ialah misteri. Siapakah yang memanggil nama Kak wani di luar bilik menggunakan suara aku sedangkan pada masa tu aku sedap membuta. Curlassss nak guna suara aku gak!

Thursday, September 22, 2011

Karokssss Kay.

Hari ni Kak Liza ratu karaoke ajak aku pergi Redbox.

Dan dan dan aku setuju.

Tuptuptup Kak Miza dengan Kak Wani pun nak joint.

Lagi ramai lagi meriah.

Macam jamuan hari raya.

Aku dengan Kak Liza datang awal. Tengok la Kak Liza ni memang bz duplohempat jam. Sejak ada bf baru ni aku kau lupakan. Sobsobsob.



Mesej en. anuar dulu buat report duty.



Pening kepala nak buat ayat apa. Harharharhar.



Lepas tu aku suruh dia duduk bawak bertenang. Mari tangkap gambar dulu.


Mereka dah sampai baru boleh check in. Cheh. Macam check in hotel pulak.

Sekarang redbox sogo dah tak pakai remote. Pakai touch screen. Lagi advance T___T

Semua berlagak nak pilih lagu. Dulu duk terkial-kial tekan butang remote.


Macam biasa Ratu kena intro dulu.

Pastu kasi yang senior-senior.hehehehe. Gigih kan nak pilih lagu yang mana.


Aku gigih makan LAMB. Sedap sampai tak toleh kiri kanan. Pastu ada suara-suara nyanyian merdu. Seriussss. Macam makan dekat hotel. Aauuuuuu.


Ni makanan dyeorang. Masih suci lagi, aku dah ngap awal dah.


Dah kenyang makan baru ambil feel nyanyi. Amik lagu omputeh kau tak tahannnnn nak speaking jugak. Last-last Skipppp please. Music tak best. Alasan....



Lagu ni lagu faveret kak liza. Agnes Monica. Budak redbox ni masuk-masuk amik order terus jerit. "wahhhh. kak agnes, nanti letak no. telefon dekat kaunter eh...." dan-dan kau panggil kak agnes. Tergelak besar aku dengan Kak wani.

AND THE LAST PICTURE ISSSSS



ada ciri-ciri mak datinss tak? T_____T


Tuesday, September 6, 2011

Tragedi 4 Syawal

Salam.

Tahun ni adalah tahun yang aku rasa paling tragik.

Kalau nak diikutkan, aku cucu yang paling cepat balik tapi tahun ni aku lengah-lengah nak balik KL. Aku fikir balik KL hari Sabtu raya Ke-5 terus pergi kenduri kahwin kawan dekat Putrajaya petang tu. Dalam masa yang sama boleh beraya sekali rumah member-member.

Tapi hari Jumaat petang tu, makcik aku satu family ditimpa kemalangan jalan raya.

Masa cousin aku pergi masjid, aku tengok dekat luar hujan panas. Rasa tak sedap hati.

Cousin aku bergegas nak balik sebab nak uruskan kemasukan register kolej dekat Uitm. Masa nak bertolak biasalah salam peluk cium.

Aku sempat tegur makcik aku bagi tahu baju anak dia yang bongsu dah kering dekat ampaian. Nanti tertinggal.

Dia kata, "tak pe la, nanti kami pulang balik...."

Sebelum diaorang bertolak, aku dengan nenek sempat bagi tahu makcik bungkus kuih raya tapi dia nampak macam nak tak nak je. Mungkin makcik aku penat kot.

Diaorang bertolak dalam pukul 3 petang. Lepas tu aku terus ambil bantal nak tidur. Belum sempat lelap lagi aku dengar bunyi telefon. Mungkin sedara belah nenek telefon nak datang beraya. Aku dah senang hati sebab lauk dah siap tinggal nak hidang je.

Sekali tu dengar nenek aku menjerit "Ya Allah..Dekat mana tu?..."

Aku terus lari dekat nenek tanya kenapa.


Cousin aku satu family eksiden. Rasa macam nak pengsan dengar.

Nenek aku terus jerit bagi tahu nak pergi Hospital Temerloh. Aku macam blur-blur tak tahu nak buat apa.

Kali kedua cousin aku call aku angkat. Dengar cousin aku yang kecik tu melalak. Dengan bunyi orang ramai bising nak tolong. Aku rasa nak nanges masa tu.

Dengan baju tshirt, aku terus capai sweater dengan handbeg. Bajet kena tidur hospital jaga orang sakit.


On d way nak pergi hospital tu nenek aku boleh buat lawak. Mula-mula dia cakap gigi palsu dia tertinggal, baru dia ingat dia nak pergi hospital je bukan nak pergi mengorat. Pastu sepanjang jalan dia bagi tahu aku suh tengok dekat tepi jalan kalau-kalau ternampak gulai daging sebab tengah hari tu makcik aku bungkus lauk. Dia sibuk nak tahu kawasan kemalangan.

Dalam cemas-cemas tu pun nenek aku sempat buat lawak.

Sampai-sampai hospital je tunggu pakcik aku dengan anak dia sebab diaorang balik rumah awal dulu sebab pakcik aku keje. Aku tunggu tengok cousin aku tak ada pun. Tak kan tak sampai hospital lagi kot.

Dalam duk menunggu tu kami nampak ambulans datang. Bila pintu terbukak je aku nampak cousin aku berdarah-darah dekat muka, dekat baju. Cousin yang kecik tu pengsan. Adik-adik dia ada yang patah kaki, ada yang kaki terseliuh, ada yang luka berjahit dekat kepala.

Aku tak tau nak tengok yang mana satu. Dah la masa tu tinggal aku dengan nenek je. Rasanya kalau orang tengok aku masa tu dah macam orang gila. Kejap-kejap aku pergi tanya cousin aku.

"Ni darah sapa kat baju ni?"


"Darah mak...."

Aku lupa pasal makcik aku. Patut la tak nampak dia tadi. Bila tanya-tanya baru tahu dia sampai hospital awal sebab kecederaan parah dekat kepala.

Nenek aku cakap kalau dah teruk baru call sedara mara. Masalahnya kulit kepala makcik aku dah nampak isi kot. Aku tak tengok sebab takut.

Baru la terhegeh-hegeh nak call sedara mara. Orang first aku call ialah abah. Nangis-nangis jugak la aku call orang tua tu bagi tahu sekarang ada dekat hospital. Lepas tu aku call yang lain. Penat jugak nak bagi tahu sebab nak kena cerita dari awal sampai akhir. Makcik aku yang lain satu family bergegas balik dari Batu Pahat ke Pahang.

Daripada pukul 4 petang sampai pukul 11 mlm kami dekat hospital. Tengah malam tu makcik aku dari Batu Pahat terus pergi hospital. Aku sampai rumah pukul 12 lebih. Bila aku nak lelap dalam pukul 1 pagi tu aku dengar bising-bising. Rupanya cousin aku dengan adik-adik dia dah boleh keluar hospital. Yang tinggal makcik aku dengan anak dia yang no. 5 sebab patah kaki.

Aku dengan nenek dah boleh tarik nafas sebab makcik aku tolong tengok-tengokkan diaorang.

Yang kelakarnya nenek aku bagi tahu darah tinggi dia dah naik sambil terbaring dekat katil.

Lepas tu aku menyampuk, bukan darah tinggi opah je yang naik, uda pun dah hampir kena darah tinggi.

Terbaring la nenek dengan cucu dekat katil mengalahkan orang yang sakit. Demam aku dengan nenek pun makin teruk masa tu.

Esoknya terus lawat makcik aku. Tak sampai hati nak tangkap gambar. Kakak-kakak aku sibuk suruh ambil gambar tapi aku tak kuat nak tengok dia. Sedih.......


Bila aku pergi dekat wad kanak-kanak tu baru aku perasaan kaki si kecik tu tak simen lagi. Meraung la dia kena masuk bilik tu sebab doktor nak tarik kaki dia baru simen. Kesian aku dengar sebab aku tunggu dekat depan bilik tu ;(


Lepas dah simen tu doktor kasi balik rumah. Pakcik dia belah sana nak angkat si kecik tu pun meraung-raung dia sebab sakit.

Alhamdullilah semua dah boleh balik rumah kecuali makcik aku.

Semalam x-ray baru tahu tulang rusuk dia patah.

* tolong doakan dia cepat sembuh*

Dekat bawah ni gambar kereta yang sempat orang lain snap. Aku tak ada kekutan nak tengok.







Thursday, August 25, 2011

Bersesak di Jln TAR.

Finally, dapat juga pergi Jln TAR dengan perasaan yang bercampur baur.

Bukan apa, tahun lepas office dkt Jln TAR, boleh kata hari-hari aku dengan Kak Liza pergi. Sampai boleh tahu kedai mana yang murah, kedai mana yang mahal. Sekarang nak pergi sana pun kena naik lrt.

Dah sampai sana memang fokus nak beli baju melayu abah je pun. Dengan tangan bawak pita pengukur je. Macam dekat kedai baju tu tak ada kan. Tapi kesian la tengok budak yang jual tu, lemah je. Tanya sepatah, sepatah jawab. Memang aku tak beli la. Lagipun macam layan customer nak tak nak je. Tak pe la. Banyak lagi kedai lain.


Last-last beli baju melayu kaler biru. Abah bagi tahu dia selesa pakai baju melayu Johor. Dah berabad duk Johor mesti dah selesa pun.




Baju melayu biru torquise

Dah settle beli ni ingat nak pergi cari tudung tapi nak termuntah pulak sesak-sesak. Dengan parents bawak stroller budak lagi. Ehhh. kalau dah tau sesak-sesak pun still nak bawa stroller ke? Kalau jenis yang reti bawak stroller beradab tu tak pe, ni jenis main langgar je orang. Tapi kalau dah terlanggar bahu tu adat la. Dah nama pun Jalan TAR. Tadi aku terlanggar bahu brader ni. Ala, terlanggar sikit je pun. Dia pandang aku atas bawah. Nasib baik aku tak sound dia, "bang, kalau tak nak langgar bahu pergi Pavillion la." tapiiiiii tak manis lak dah pakai baju kurung sound-sound orang kan :) Langgar bahu sikit pun tak boleh. Lain la kalau muka kau hensemmmmm..

Opsss. terkutuk pulak.

Ok la. Bulan puasa ni tak baik la mengumpatsss. Kalau tak puasa tu lain la. Hehehehe.