Tuesday, January 18, 2011

25 perkara yang kau tak tau tentang aku.

Ini adalah hasil tag kawan seopis aku @ kawan seperjuangan di ofis. Ececece.

Cik ruby, here i go.

1. Aku sangat allergik dengan orang yang biasa tapi berlagak kaya dan orang yang tak tau tapi berlagak dia tau semua.

2. Kaki aku secara automatiknya akan mengigil apabila aku drive kereta dekat Jalan Bukit Bintang. Fobia barangkali sebab aku telah menyebabkan 2 kali kejadian kereta di sebelah aku kena langgar bumper sebab aku suka/terpaksa masuk line mereka secara tiba-tiba *mati la kalau bapak aku tau*

3. Aku sangat tidak suka makan di kedai mamak sebab selalu terbayang bulu-bulu di tangan mamak itu ketika mengunyah roti canai.

4. Aku tak minum air Anggur sebab aku akan pening lalat selepas itu.

5. Aku selalu lempar buku latihan atau buku sekolah kakak aku dari tingkat 3 rumah kami bila kakak aku buat dajal dengan aku. Kalau tak lempar, aku koyak buku dia sampai aku puas. *keji*

6. Masa kecik aku suka gaduh dengan orang iaitu dengan cara menguris tangan mereka menggunakan kuku aku. Dengan melihat corak di tangan mereka aku rasa puas. *gila*

7. Aku pernah menulis surat mohon maaf kepada mak aku lepas tu selit dekat bawah bantal mak aku sebab aku rasa bersalah dan membuatkan mak aku menangis-nangis baca surat aku.


8. Jiwa aku lebih kepada ingin menjadi polis tapi adalah sangat tidak adil bagi aku bila bapak aku buat-buat tak dengar bila aku mintak tolong dia ambilkan borang Polis. Sudahnya aku jadi Setiausaha yang sentiasa berusaha.

9. Aku ada 2 kakak dan dua adik perempuan tapi aku tak pernah muat pakai baju mereka. Size baju mereka hanya S, S dan SSSSSSSSSS sahaja. Mak fedup tau.

10. Berat badan aku adalah sangat tidak teratur. Sila beri tekanan yang melampau pada aku, aku boleh turun hampir 10 kg.

11. Aku akan termuntah-muntah dan nafsu makan yang melampau bila nak datang bulan.

12. Aku senang nak maafkan orang tapi aku susah nak lupa apa yang dah orang buat dekat aku.

13. Jiwa aku lebih kepada seni. Aku suka tengok lukisan dan mendengar muzik. Pernah bercita-cita untuk menjadi ahli muzik iaitu pemain biola. *sila muntah hijau sekarang*

14. Aku tak ada kampung halaman yang tetap sebab atuk aku dari negara seberang, Indonesia. Moyang aku berbangsa cina dari Perak dan nenek aku lahir di Selangor dan menetap di Pahang ikut rancangan Felda. Aku lahir di Pahang dan terus menetap di Johor selama berbelas tahun.
Kalau cikgu tanya aku dari mana aku akan diam macam budak bisu. *mengong*

15. Orang pertama yang kena tampar dengan bapak aku sebab jadi kanak-kanak yang paling nakal.

16. Masa darjah 5, aku pernah menghabiskan masa dan duit di cyber cafe iaitu dengan menghabiskan duit sebanyak RM5 x 1 jam. Aku lepak dekat cyber cafe semata-mata nak chatting dekat forum mamak. Paling lama aku duduk dekat situ 4 jam. Satu hari aku boleh masa RM20. *kerja gila*

17. Aku pernah kena sound direct oleh Ustazah sekolah rendah semata-mata aku tak pakai tudung masa pergi kedai beli barang mak aku pesan. Sudahnya ustazah bagi tazkirah dekat depan kelas.

18. Percaya atau tidak, seorang guru Bahasa Melayu masa aku Form 1 tak suka tengok muka aku. Dia selalu kenakan aku dengan bertanya soalan yang menyebabkan orang tak boleh jawab. Mungkin muka aku sama dengan bakal adik ipar tak jadi beliau.

19. Aku akan cop orang yang pengotor secara automatik kalau nampak orang korek hidung depan aku.

20. Bila terlampau banyak berfikir, aku memang tak dengar orang sebelah tanya/bercakap dengan aku. kalau aku diam maknanya memang aku tak dengar.

21. Aku akan terlalu sayang pada seseorang dan akan menjadi terlalu benci pada seseorang.

22. Kalau aku rasa sangat stress dan terlalu rimas, tapak tangan dan tapak kaki aku akan berpeluh. Aku terpaksa bawa sapu tangan yang tebal setiap kali ada exam.

23. Aku pernah menukar kad pengenalan 3 kali gara-gara salah nama ejaan nama dan salah alamat.

24. Sekarang ni masih mencuba menjadi teman yang setia walaupun banyak kali sakit hati. Pernah dulu aku tipu seorang budak sosial yang nak berkawan dengan aku, alasan mak aku tak kasi kawan dengan dia padahalllllll mak aku tak pernah ambil port pun aku kawan dengan sapa.

25. Aku sekarang suka menyanyi-nyanyi dalam kereta sambil goyang kepala dengar lagu rock lepas balik kerja. Puas barangkali? Tersedar bila stop di traffic light, brader kereta sebelah pandang sambil senyum2. Kenapa? nak joint sekali?

Sekarang ni, aku nak tag Kak Linda pulak. Kak Linda... Apa lagi? Sila buat entry tag ini ok.

2 comments:

  1. bravo bebeh! aku suka nombo 25..akan dipraktikkan :D

    ReplyDelete
  2. hahaha.. tak de duit nak nyanyi kat redbox. kompangggg.. dalam kete pun bolehhhh...

    ReplyDelete