Tuesday, January 18, 2011

Friendship never end.



Gambar salingan, donut ni hasil tangan mak kepada yuk. Sedapppp....



Orang yang kita sayang mesti dia akan pergi dulu.

Ni bukan entry kesedihan melampau tapi just nak bagi tahu yang department aku banyak rombakan. Ramai staff yang kena tukar sebab nak ikut kepakaran masing-masing.

Sampai terkeluar dialog aku dengan sorang staff ni,

aku : ko memang nak tukar ke? *ayat sedih*

dia : tak ada la. ko ingat aku suka ke kena tukar?

aku : abes tu muka ko gembira je.

dia : ye la.. dah nama pun kerja, terpaksa la aku ikut orang atasan.

aku dengan staff lain panggil aku kau je. Dah macam abang kandung pulak kan.

tu lelaki tau, muka dah sedih. Kalau nak diikutkan muka aku je la yang staff yang bertahan.

Sekejap je masa berlalu. Staff baru masuk, staff lama keluar pastu masuk balik datang sini.

Tapiiiiiiii setiap kali staff baru masuk mesti aku dah tak senang duduk.

Banyak sangat fikir. Nanti dia macam mana. Senang ke nak deal dengan dia? Dia tu cerewet ke?

So far, yang tak betul tu ada la dua, tiga orang yang aku jumpa.

Masalah dalaman atau emosi tak stabil kot. Ada yang mengarah lebih daripada boss pun ada.

Pendek kata, bossy.

Kadang-kadang ikutkan mulut ni, nak je sound setepek dua tapi sebab selalu kena ingat.

Kerana mulut badan binasa. Jangan cakap lebih-lebih sebab apa yang kita cakap tu kadang-kadang orang boleh buat jadi dendam.


Sekarang ni dah la main kerja santau-menyantau. Cikpatik siap bagi lagi doa-doa dgn petua supaya tak kena santau tapi aku ni biasa la kan. Cakap sepuluh kali pun tak dengar, dah kena baru nak ingat.

Sebelum mereka-mereka tu pergi kitaorang memang ada buat farewell. Makan-makan tu wajib la bagi aku. Siap bawa cheese cake dari Midvalley lagi tapi kurang asam la. Dulu cheese cake tu RM10 tau, sekarang dah jadi RM12. Naik RM2, 2 hengget pun berharga.

Buat majlis makan-makan ni ada la jemput department lain. Kebetulan masa tu aku nak ambilkan cheese cake tu untuk member aku. Dan dan la pulak ada senior staff ni tanya aku buat ke beli cake tu. Aku jawab la beli je.

Boleh tak dia cakap cake tu tak sedap. Bagus eh. Orang dah jemput kau, cakap la terima kasih. Dan dan kau siap kutuk lagi makanan tuan rumah. Orang macam ni memang tak reti bersyukur.


Aku memang dah nak tercakap,

Itu orang tua macam encik ni memang rasa makanan semua dah tawar. Taste orang tua tak sama la dengan orang muda. Kadang-kadang kita kena sedar diri sikit.

Tapi tak terluah pulak dekat mulut aku ni. Tersekat dekat kerongkong barang kali. Heee.

Dah kenyang makan segala mak nenek jenis makanan, aku balik bilik dengan harapan nak sambung kerja balik. Sekali tu, ternampak pulak present atas kerusi.

Terharunya aku. Orang yang nak pindah kasi orang yang tak pindah. Ok la tu kan...


Dalam paper beg tu ada jam. Sempat lagi dia pergi beli. Huaaaa. Sedihnya aku bila dia dah nak pindah.






Bantal ni aku letak dekat dalam kereta je. Cikpatik ada hati nak rembat bantal aku. Pantang nampak benda cantik sikit sibuk je kan nak ambil jugak.

Tengok la gambar-gambar makanan ni. :)



No comments:

Post a Comment