Monday, January 3, 2011

Kursus Kahwin.










Ini bukan azam tahun baru tapi cari pengalaman baru.

Kau pergi kursus kawin tu nak kahwin dengan siapa?

Elok je mak punya soalan.

Macam anak dara dia dah tak ada orang nak.

Persediaan awal la mak. Nanti dah ada jodoh tak payah dah nak pergi kursus.

Jawapan penyelamat.


Pergi kursus kahwin dekat Masjid Negara ni ada niat sampingan.

Temankan bakal pengantin kita Cik Teha.


Kesian dia tak ada kawan (ciri-ciri kawan sejati)



Ramai juga yang pergi dengan pasangan masing-masing tapi kita pun ada pasangan.

Tak ada la bosan sangat cuma.....

Pergi kursus dekat sini macam pergi kursus perniagaan.

Ada juga masa untuk memperkenalkan produk ya.

Aku rasa tak relevan langung masa dihabiskan dengan ayat-ayat....

Kita nak kahwin ni, perlukan banyak duit, dengan modal sebanyak blablablabla....

Ada tu siap tidur lagi dekat belakang.


Lepas tu balik rumah dapat lah sekeping fail dengan sebuah buku.

Ceramah banyak review hukum-hukum dalam perkahwinan dan perpisahan.

Betul la cakap penceramah, dekat sekolah agama Johor memang lengkap.

Dekat Johor kursus kahwin Rm120, up sikit daripada dekat tempat lain, RM80.

1 comment:

  1. wah... adda da gi kursus kawen... i belum lg... huhu... sila lah langkah bendul... *nak cincin yang comel2 eh* eh... klu junior dlm jawatan kawen dulu ada langkah2 bendul x??? hoho....

    ReplyDelete