Monday, May 30, 2011

Review Karak at KLCC.

Assalammualaikum.

Semalam aku pergi tengok movie Karak dekat KLCC dengan kakak-kakak ofis.







Excited la duk dengar-dengar housemate cerita pasal Karak ni kan. Lagi pun ada kena mengena la dengan aku sebab aku balik rumah nenek aku lalu jalan Karak tu.

Harapkan cerita ni gempak la sebab kumpulan KRU yang buat kan. Tapi macam hampa je. Ni pendapat aku la sebab aku tengok citer ni boleh gelak-gelak lagi dengan Kak Wani. Mesti orang seat depan macam bengang je kan.

Ok.

Lets start.

Permulaan cerita.

~Masa mula cerita memang kita akan rasa macam zaman dulu. Kira cerita lagenda jalan Karak la bila laki akak tu mati atas kereta sebab hantu makan badan dia. Kesian akak tu, tak pasal-pasal jadi janda. Polis pulak siap pakai uniform polis lama lagi. Memang rasa macam zaman dulu. Ni aku tak citer full la sebab nanti tak suspend pulak korang tengok.

Pertengahan.

~ Aku agak pertengahan nya bila perempuan yang nama Sheera Aiyob ni kena kacau dengan hantu belaan isteri kepada Tok Malam. Hantu belaan ni kan lawak jugak sebab boleh angkat 2 orang sekali gus. Masa tu kau akan rasa. ehhhh. hantu ni main-main pulak ye.

Penutup.

~haaaaa. Scene ni la yang aku rasa macam boring gila. Yup, mesej memang sampai dekat penonton. Hayati maksud bacaan ayat Kursi. Tapiiiiiiiii kenapa Sheera macam kasi ceramah dekat hantu-hantu yang keliling dia? Aku macam nak hantuk kepala dekat seat je.


Kalau tengok cerita ni dengan bf boleh la rasa macam feeling-feeling in love gitu sebab perempuan ni cuba selamatkan bf dia daripada kena tarik dengan tangan-tangan hantu dalam kubur. Masa ni aku fokus dekat tangan hantu tu. Ehhhhh. kau raba Syahir ehh? Hahahaha.


Daripada 5 bintang cerita ni, aku kasi 2.5 bintang je la. Tu pun sebab kawan dia banyak buat lawak especially dialog part papan tanda angin lintang tu.


Kalau nak diikutkan mana ada angin lintang dekat dalam hutan,

Habis tu, kau nak kerajaan buat signboard,

"awas, hantu melintas, sila bawak laju"


Wawawawa. memang kelakar. Kalau ada signboard macam tu, sumpah aku tak lalu.

Next time KRU boleh buat sound yang lagi suspend, hantu tu jangan la kerap sangat tunjuk rambut yang belit-belit orang tu. Mak bosan la uolsssss.

Lastly, dialog memang best.

Ok. Itu review daripada aku. Kalau korang memang support cerita melayu, tak salah pun tengok. Sesekali tengok hasil anak seni Malaysia macam Kak Wani kita ni....






Lepas tengok cerita ni, aku ngan akak-akak ofis pergi lepak dekat SF.




Lepak dekat SF best sebab buy 1 free 1. Tengok la yang tukang promote ni.

Wednesday, May 25, 2011

Happy Birthday to me uolsss.

Happy birthday to meeeeeee. Saja wish diri sendiri bikin gempak.

Sudah genap 23 tahun pada 22 Mei 2011. Sambut hari jadi dengan opah dekat kampung. Terbaik dapat makan tomyam satu periuk dengan buah durian 2 biji. Nenek kau ada nak belikan segala?

Dapat wish yang tak berapa daripada hadiah.

SEMOGA CEPAT KAWIN!

Terima kasih la pada sapa-sapa yang doakan tu. Aminnnnnnn.

Sama tarikh lahir jugak dengan 3 orang member aku :

1. Encik A :)
2. Cik Yuk.
3. Cik Zila.


Bila agaknya nak dapat celebrate sama-sama. Cik Yuk, cepat la balik. Aku merinduimu. Cheh.. Dia sibuk pergi kursus dekat Sarawak. Aku tidur sorang-sorang dalam bilik. Tak pernah rasa sunyi macam gini *geli*

Ok la uolssss. Dekat sini ada beberapa benda yang aku rasa tanpa mereka, siapalah aku. Sobsobsob. Kira macam bersyukur la adaaaa semua ni.

1. Ada kawan-kawan satu rumah yang sporting moting boleh gelak kuat-kuat sampai kena baling hanger dengan jiran sebelah, pergi joging sama-sama, pergi makan sama-sama, pergi tengok wayang sama-sama.

2. Kereta ok tak banyak buat hal, jimat minyak, dapat naik hari-hari walaupun pergi mana-mana selalu sesat jalan.

3. Ada nenek yang penyayang, kau cakap je nak apa, insyaalah boleh tunaikan tapi kena dengar ceramah free seround dua baru dapat.

4. Ada pc yang tak selalu buat hal, jarang-jarang hang. So, nak buat kerja dekat ofis senang.

5. Dapat bos yang tak susah nak uruskan. Boleh bertolak ansur, boleh dengar pendapat aku, boleh borak-borak.

6. Duduk ofis dekat tengah-tengah bandar, senang nak pergi mana-mana, dekat Bukit Bintang, dekat Shopping Complex, dekat HKL. Motif?

7. Tahun ni dapat sah jawatan. Alhamdullilah. Rezeki.

8. Dapat ofismate yang boleh jadi teman yang paling rapat iaitu Miss Liza in the house yoooo.

9. Terima kasih kepada pengusaha nasi nenas thailand dekat The Gardens, masa stress-stress memang enak dimakan begitu sahaja.

10. Rumah yang lengkap, dekat dengan Midvalley *macam iklan sewa rumah lak*

and lastly a big hand to..........

my parents and my family.

. Thanks bagi support dari segi emosi dan duit, walaupun rasa kadang-kadang azab je kena marah balik tapi percayalah.........

Marah tandanya sayang. Gulp.


dan paling akhir-akhir sekali ialah :

SEMOGA SAYA JUMPA ORANG YANG IKHLAS DAN MENYAYANGI SAYA SEPENUH HATI SAYA SEHINGGA SAYA TUA YANG AKAN MEMIMPIN JALAN SAYA APABILA SAYA TIDAK DAPAT MELIHAT, BERCERITA TENTANG KISAH LALU KETIKA SAYA NYANYUK, MEMBERI SAYA UBAT KETIKA SAYA SAKIT DAN MENJAGA SAYA JIKA SAYA TIDAK DAPAT MENJAGA DIRI SENDIRI.

KADANG KALA, SUSAH MENCARI BAKAL SUAMI YANG BOLEH MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB DARIPADA IBU BAPA SAYA.

Susah sebenarnya mencari orang yang betul-betul
IKHLAS MENYINTAI KITA.


Tuesday, May 3, 2011

Seharian di JJ Tebrau.

Ada orang nak layan citer fast & furious 5, gua layan kan je la pergi JJ Tebrau.

Kaunter tiket wayang dekat JJ servis memang tiptop. Kejap-kejap je dah sampai kaunter depan. Tak payah nak tunggu lama-lama.

Lepas gua beli tiket wayang, gua nak makan dekat foodcourt. Gua order dekat pekerja bangla tu tiba-tiba gua dengar sorang makcik pekik kat tepi gua, " macam gini rm 6.50? i nak jumpa manager u!"

Gua tengok ada 2 ketul sotong yang dah hiris dengan 2 ketul udang yang tak berapa nak ada + nasi dengan kuah apo ntah. Gua diam je la. Malas nak campur hal orang tua katanya.

Gua beli nasi ayam, gua amik tray yang kotor sebab gua tengok tray yang bersih dah tak ada. Gua cari sudu garfu, gua jumpa garfu je.

Gua makan nasi ayam, gua geleng kepala. Memang patut pun makcik tu pekik. Tak sampai 5 minit, gua dah habis makan. Nak balik, gua terpijak pulakkkk air yang budak tu tumpahkan dekat lantai. Lantai tak payah cerita la. Macam-macam kaler ada.

Lagi 15 minit wayang nak start, gua nak beli popcorn tapi beratur panjang-panjang. Mana taknya, 3 kaunter je bukak, lain semua buat perhiasan.
Gua tengok pekerja laki amik popcorn macam amik gelang emas, amik air macam buat susu anak. Kena sukat betul-betul. Gua geleng kepala.

Sampai turn gua, sarsi tak nak ais tapi penuh yang amat sampai tumpah kat baju gua. Tak pe, sabar lagi.

Gua beratur elok-elok nak masuk panggung wayang, tetiba ada kapel ca alif ya nun potong line gua. Dengan segala kuasa terkumpul, gua sound sebijik-sebijik. Gua tak tau la orang dengar ke tak tapi gua tengok bf dia tunduk-tunduk sambil tengok muka gua. Bodoh punya olang. Tak ada kesedaran sivik langsung. Gua pun dah terlambat jugak.

Pergi lagi sekali harus gua komplen. Patut kan?