Wednesday, May 25, 2011

Happy Birthday to me uolsss.

Happy birthday to meeeeeee. Saja wish diri sendiri bikin gempak.

Sudah genap 23 tahun pada 22 Mei 2011. Sambut hari jadi dengan opah dekat kampung. Terbaik dapat makan tomyam satu periuk dengan buah durian 2 biji. Nenek kau ada nak belikan segala?

Dapat wish yang tak berapa daripada hadiah.

SEMOGA CEPAT KAWIN!

Terima kasih la pada sapa-sapa yang doakan tu. Aminnnnnnn.

Sama tarikh lahir jugak dengan 3 orang member aku :

1. Encik A :)
2. Cik Yuk.
3. Cik Zila.


Bila agaknya nak dapat celebrate sama-sama. Cik Yuk, cepat la balik. Aku merinduimu. Cheh.. Dia sibuk pergi kursus dekat Sarawak. Aku tidur sorang-sorang dalam bilik. Tak pernah rasa sunyi macam gini *geli*

Ok la uolssss. Dekat sini ada beberapa benda yang aku rasa tanpa mereka, siapalah aku. Sobsobsob. Kira macam bersyukur la adaaaa semua ni.

1. Ada kawan-kawan satu rumah yang sporting moting boleh gelak kuat-kuat sampai kena baling hanger dengan jiran sebelah, pergi joging sama-sama, pergi makan sama-sama, pergi tengok wayang sama-sama.

2. Kereta ok tak banyak buat hal, jimat minyak, dapat naik hari-hari walaupun pergi mana-mana selalu sesat jalan.

3. Ada nenek yang penyayang, kau cakap je nak apa, insyaalah boleh tunaikan tapi kena dengar ceramah free seround dua baru dapat.

4. Ada pc yang tak selalu buat hal, jarang-jarang hang. So, nak buat kerja dekat ofis senang.

5. Dapat bos yang tak susah nak uruskan. Boleh bertolak ansur, boleh dengar pendapat aku, boleh borak-borak.

6. Duduk ofis dekat tengah-tengah bandar, senang nak pergi mana-mana, dekat Bukit Bintang, dekat Shopping Complex, dekat HKL. Motif?

7. Tahun ni dapat sah jawatan. Alhamdullilah. Rezeki.

8. Dapat ofismate yang boleh jadi teman yang paling rapat iaitu Miss Liza in the house yoooo.

9. Terima kasih kepada pengusaha nasi nenas thailand dekat The Gardens, masa stress-stress memang enak dimakan begitu sahaja.

10. Rumah yang lengkap, dekat dengan Midvalley *macam iklan sewa rumah lak*

and lastly a big hand to..........

my parents and my family.

. Thanks bagi support dari segi emosi dan duit, walaupun rasa kadang-kadang azab je kena marah balik tapi percayalah.........

Marah tandanya sayang. Gulp.


dan paling akhir-akhir sekali ialah :

SEMOGA SAYA JUMPA ORANG YANG IKHLAS DAN MENYAYANGI SAYA SEPENUH HATI SAYA SEHINGGA SAYA TUA YANG AKAN MEMIMPIN JALAN SAYA APABILA SAYA TIDAK DAPAT MELIHAT, BERCERITA TENTANG KISAH LALU KETIKA SAYA NYANYUK, MEMBERI SAYA UBAT KETIKA SAYA SAKIT DAN MENJAGA SAYA JIKA SAYA TIDAK DAPAT MENJAGA DIRI SENDIRI.

KADANG KALA, SUSAH MENCARI BAKAL SUAMI YANG BOLEH MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB DARIPADA IBU BAPA SAYA.

Susah sebenarnya mencari orang yang betul-betul
IKHLAS MENYINTAI KITA.


1 comment: