Monday, May 30, 2011

Review Karak at KLCC.

Assalammualaikum.

Semalam aku pergi tengok movie Karak dekat KLCC dengan kakak-kakak ofis.







Excited la duk dengar-dengar housemate cerita pasal Karak ni kan. Lagi pun ada kena mengena la dengan aku sebab aku balik rumah nenek aku lalu jalan Karak tu.

Harapkan cerita ni gempak la sebab kumpulan KRU yang buat kan. Tapi macam hampa je. Ni pendapat aku la sebab aku tengok citer ni boleh gelak-gelak lagi dengan Kak Wani. Mesti orang seat depan macam bengang je kan.

Ok.

Lets start.

Permulaan cerita.

~Masa mula cerita memang kita akan rasa macam zaman dulu. Kira cerita lagenda jalan Karak la bila laki akak tu mati atas kereta sebab hantu makan badan dia. Kesian akak tu, tak pasal-pasal jadi janda. Polis pulak siap pakai uniform polis lama lagi. Memang rasa macam zaman dulu. Ni aku tak citer full la sebab nanti tak suspend pulak korang tengok.

Pertengahan.

~ Aku agak pertengahan nya bila perempuan yang nama Sheera Aiyob ni kena kacau dengan hantu belaan isteri kepada Tok Malam. Hantu belaan ni kan lawak jugak sebab boleh angkat 2 orang sekali gus. Masa tu kau akan rasa. ehhhh. hantu ni main-main pulak ye.

Penutup.

~haaaaa. Scene ni la yang aku rasa macam boring gila. Yup, mesej memang sampai dekat penonton. Hayati maksud bacaan ayat Kursi. Tapiiiiiiiii kenapa Sheera macam kasi ceramah dekat hantu-hantu yang keliling dia? Aku macam nak hantuk kepala dekat seat je.


Kalau tengok cerita ni dengan bf boleh la rasa macam feeling-feeling in love gitu sebab perempuan ni cuba selamatkan bf dia daripada kena tarik dengan tangan-tangan hantu dalam kubur. Masa ni aku fokus dekat tangan hantu tu. Ehhhhh. kau raba Syahir ehh? Hahahaha.


Daripada 5 bintang cerita ni, aku kasi 2.5 bintang je la. Tu pun sebab kawan dia banyak buat lawak especially dialog part papan tanda angin lintang tu.


Kalau nak diikutkan mana ada angin lintang dekat dalam hutan,

Habis tu, kau nak kerajaan buat signboard,

"awas, hantu melintas, sila bawak laju"


Wawawawa. memang kelakar. Kalau ada signboard macam tu, sumpah aku tak lalu.

Next time KRU boleh buat sound yang lagi suspend, hantu tu jangan la kerap sangat tunjuk rambut yang belit-belit orang tu. Mak bosan la uolsssss.

Lastly, dialog memang best.

Ok. Itu review daripada aku. Kalau korang memang support cerita melayu, tak salah pun tengok. Sesekali tengok hasil anak seni Malaysia macam Kak Wani kita ni....






Lepas tengok cerita ni, aku ngan akak-akak ofis pergi lepak dekat SF.




Lepak dekat SF best sebab buy 1 free 1. Tengok la yang tukang promote ni.

No comments:

Post a Comment