Tuesday, June 14, 2011

Preview Kungfu Panda 2 dan Gangster KL.

Assalammualaikum.

Kali ni aku nak update movie 2 in 1 sekaligus. Bz-bz nak pindah ofis pun sempat lagi relaks-relaks tengok citer wayang.


Movie Kungfu Panda 2.

Kali ni tengok movie dah feel penuh siap subtitle bila duduk seat depan sambil makan popcorn tapi rasa nak muntah balik sekarang sebab baru ingat sorang staff cinema kata ada popcorn yang jatuh diaorg kaut balik pakai penyapu lantai. Macam mana benda randoms macam tu aku boleh lupa. Mungkin terlalu rindu dengan mak di kampung. Hekkkk. Lepas ni bawak popcorn dari rumah yang beli kat pasar malam. Boikot popcorn cinema.

OK. Berbalik pada cerita Panda gemuk ni. Memang terbaikkkk. 5 bintang, aku kasi 5 bintang la sebab tergoda dengar budak gemuk sebelah aku mengekek-ngekek ketawa. Aku pun ketawa sambil hentak-hentak kaki. Dialog dia memang kelakar habis. Dengan memek muka panda gemuk serta perut yang bulat tu, pasti kau tersenyum sorang-sorang bila teringat balik. Memang best!


Movie Gangster KL.
Wahhhh. movie ni kalau 5 bintang aku kasi 4 bintang la tu pun 1 bintang hilang sebab director berebut-rebut nak kejar glamer sama dengan pelakon kesayanganku Aaron Aziz. Rasanya lebih baik director kasi watak tu kat pelakon yang muka baru. Baru la rasa fresh je nak tengok kan, tapi kalau setakat tatu dekat leher tu, aku boleh tampalkan. Muhahahaha. Bukan tatu yang jadi isu tapi director selalu berlakon muka ala-ala macho. Macam budak sekolah menengah baru nak jadi gangster. "lu apa hal beb?" *muka legend, tapi hati kiut"....

Aaron Aziz memang hayati watak dengan baik lagi-lagi dia suka pakai singlet sambil jalan pandang depan. Wahhh. kau tergoda ke nok? Memang, memang. Aku ada feel bila tengok cerita Nora Elena. *tetiba*

Adik Gangster KL pun tak kurang hebatnya. Adik perempuan ye uolsss. Kau tengok dia tak habis-habis je kan nak pergi clubbing sambil jual pil kuda? pil ectasy? Kau tak de life ke? Balik-balik tunjuk badan pakai baju ketat. Ohhh. Clubbing dengan gangster memang tak dapat dipisahkan.

Kesian mak Gangster KL kena duduk tepi jalan sambil jual kerepek. Memang kesian. Tapi apa kata sebelum jual kerepek, makcik merasa duduk dekat rumah Bungalow dulu! Aku ingat ada scene makcik kena halau dari rumah sebab anak kesayangan masuk penjara tapi rupanya makcik kena keluar rumah sebab Gangster lain mengamuk nak cari anak makcik yang baru pulang dari pasar tu. Ohhhh. memang horror kalau kau tengok perut Zizan kena rodokkkk dengan pisau. Sib baik lu tak pakai cermin mata Oakley lu. Gua suka lawak lu Zizan.

Kesimpulan kecil cerita ni, choreography memang terbaik. Rasa nak joint sekaki lawan sama-sama.

Kesimpulan besar cerita ni, kalau lu orang tengok macam mana gangster-gangster tu punya watak, memang sama, serupa! Tak sia-sia director jumpa gangster-gangster ni dulu.

Yes, aku pernah jumpa watak sama dengan gangster ni.

Gua pergi dulu derrrr... See u when i see u.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

No comments:

Post a Comment