Thursday, August 25, 2011

Bersesak di Jln TAR.

Finally, dapat juga pergi Jln TAR dengan perasaan yang bercampur baur.

Bukan apa, tahun lepas office dkt Jln TAR, boleh kata hari-hari aku dengan Kak Liza pergi. Sampai boleh tahu kedai mana yang murah, kedai mana yang mahal. Sekarang nak pergi sana pun kena naik lrt.

Dah sampai sana memang fokus nak beli baju melayu abah je pun. Dengan tangan bawak pita pengukur je. Macam dekat kedai baju tu tak ada kan. Tapi kesian la tengok budak yang jual tu, lemah je. Tanya sepatah, sepatah jawab. Memang aku tak beli la. Lagipun macam layan customer nak tak nak je. Tak pe la. Banyak lagi kedai lain.


Last-last beli baju melayu kaler biru. Abah bagi tahu dia selesa pakai baju melayu Johor. Dah berabad duk Johor mesti dah selesa pun.




Baju melayu biru torquise

Dah settle beli ni ingat nak pergi cari tudung tapi nak termuntah pulak sesak-sesak. Dengan parents bawak stroller budak lagi. Ehhh. kalau dah tau sesak-sesak pun still nak bawa stroller ke? Kalau jenis yang reti bawak stroller beradab tu tak pe, ni jenis main langgar je orang. Tapi kalau dah terlanggar bahu tu adat la. Dah nama pun Jalan TAR. Tadi aku terlanggar bahu brader ni. Ala, terlanggar sikit je pun. Dia pandang aku atas bawah. Nasib baik aku tak sound dia, "bang, kalau tak nak langgar bahu pergi Pavillion la." tapiiiiii tak manis lak dah pakai baju kurung sound-sound orang kan :) Langgar bahu sikit pun tak boleh. Lain la kalau muka kau hensemmmmm..

Opsss. terkutuk pulak.

Ok la. Bulan puasa ni tak baik la mengumpatsss. Kalau tak puasa tu lain la. Hehehehe.





Thursday, August 18, 2011

Payung Lace untuk disewa.



Annoucement.


Cik Arda nak buat pengumuman dekat sini.

Kepada bakal pengantin atau bride to be (b2b) yang tengah nak cari payung lace untuk buat photoshoot pre wedding/weeding/perarakan tu, i boleh sewakan kepada korang.



Sepasang.
Material : cotton.
Colour : white




Close up



dari atas



dari bawah




Terms and condition :

1) Siapa cepat, dia dapat.

2) Lokasi ambil dan pulang di dalam Kuala Lumpur sahaja iaitu Stesen Kg. Baru/Stesen Titiwangsa.

3) RM50 deposit untuk confirmation tarikh. (akan kembalikan semula selepas payung dipulangkan dengan baik)

4) Lambat pulang payung deposit burn.

5) Harga sewaan sepasang RM40

6) Tarikh guna 1 minggu (bergantung kepada kekosongan tarikh sewaan selepas itu).

7) I akan update tarikh di tepi side bar ni. Nanti boleh tengok tarikh mana yang kosong.


Sesiapa yang berminat boleh emel i : syuhada_1806@yahoo.com.my

Lain-lain :

- Penyewa yang berminat perlu pulang payung pada tarikh yang ditetapkan.
- Tempat untuk ambil payung hanya di Kuala Lumpur sahaja seperti di atas.

Emel seperti di bawah :

Tajuk : Sewa payung lace.

Nama :
Tarikh sewa :
Tarikh pulang :
Tempat ambil payung :
No. telefon :