Tuesday, September 6, 2011

Tragedi 4 Syawal

Salam.

Tahun ni adalah tahun yang aku rasa paling tragik.

Kalau nak diikutkan, aku cucu yang paling cepat balik tapi tahun ni aku lengah-lengah nak balik KL. Aku fikir balik KL hari Sabtu raya Ke-5 terus pergi kenduri kahwin kawan dekat Putrajaya petang tu. Dalam masa yang sama boleh beraya sekali rumah member-member.

Tapi hari Jumaat petang tu, makcik aku satu family ditimpa kemalangan jalan raya.

Masa cousin aku pergi masjid, aku tengok dekat luar hujan panas. Rasa tak sedap hati.

Cousin aku bergegas nak balik sebab nak uruskan kemasukan register kolej dekat Uitm. Masa nak bertolak biasalah salam peluk cium.

Aku sempat tegur makcik aku bagi tahu baju anak dia yang bongsu dah kering dekat ampaian. Nanti tertinggal.

Dia kata, "tak pe la, nanti kami pulang balik...."

Sebelum diaorang bertolak, aku dengan nenek sempat bagi tahu makcik bungkus kuih raya tapi dia nampak macam nak tak nak je. Mungkin makcik aku penat kot.

Diaorang bertolak dalam pukul 3 petang. Lepas tu aku terus ambil bantal nak tidur. Belum sempat lelap lagi aku dengar bunyi telefon. Mungkin sedara belah nenek telefon nak datang beraya. Aku dah senang hati sebab lauk dah siap tinggal nak hidang je.

Sekali tu dengar nenek aku menjerit "Ya Allah..Dekat mana tu?..."

Aku terus lari dekat nenek tanya kenapa.


Cousin aku satu family eksiden. Rasa macam nak pengsan dengar.

Nenek aku terus jerit bagi tahu nak pergi Hospital Temerloh. Aku macam blur-blur tak tahu nak buat apa.

Kali kedua cousin aku call aku angkat. Dengar cousin aku yang kecik tu melalak. Dengan bunyi orang ramai bising nak tolong. Aku rasa nak nanges masa tu.

Dengan baju tshirt, aku terus capai sweater dengan handbeg. Bajet kena tidur hospital jaga orang sakit.


On d way nak pergi hospital tu nenek aku boleh buat lawak. Mula-mula dia cakap gigi palsu dia tertinggal, baru dia ingat dia nak pergi hospital je bukan nak pergi mengorat. Pastu sepanjang jalan dia bagi tahu aku suh tengok dekat tepi jalan kalau-kalau ternampak gulai daging sebab tengah hari tu makcik aku bungkus lauk. Dia sibuk nak tahu kawasan kemalangan.

Dalam cemas-cemas tu pun nenek aku sempat buat lawak.

Sampai-sampai hospital je tunggu pakcik aku dengan anak dia sebab diaorang balik rumah awal dulu sebab pakcik aku keje. Aku tunggu tengok cousin aku tak ada pun. Tak kan tak sampai hospital lagi kot.

Dalam duk menunggu tu kami nampak ambulans datang. Bila pintu terbukak je aku nampak cousin aku berdarah-darah dekat muka, dekat baju. Cousin yang kecik tu pengsan. Adik-adik dia ada yang patah kaki, ada yang kaki terseliuh, ada yang luka berjahit dekat kepala.

Aku tak tau nak tengok yang mana satu. Dah la masa tu tinggal aku dengan nenek je. Rasanya kalau orang tengok aku masa tu dah macam orang gila. Kejap-kejap aku pergi tanya cousin aku.

"Ni darah sapa kat baju ni?"


"Darah mak...."

Aku lupa pasal makcik aku. Patut la tak nampak dia tadi. Bila tanya-tanya baru tahu dia sampai hospital awal sebab kecederaan parah dekat kepala.

Nenek aku cakap kalau dah teruk baru call sedara mara. Masalahnya kulit kepala makcik aku dah nampak isi kot. Aku tak tengok sebab takut.

Baru la terhegeh-hegeh nak call sedara mara. Orang first aku call ialah abah. Nangis-nangis jugak la aku call orang tua tu bagi tahu sekarang ada dekat hospital. Lepas tu aku call yang lain. Penat jugak nak bagi tahu sebab nak kena cerita dari awal sampai akhir. Makcik aku yang lain satu family bergegas balik dari Batu Pahat ke Pahang.

Daripada pukul 4 petang sampai pukul 11 mlm kami dekat hospital. Tengah malam tu makcik aku dari Batu Pahat terus pergi hospital. Aku sampai rumah pukul 12 lebih. Bila aku nak lelap dalam pukul 1 pagi tu aku dengar bising-bising. Rupanya cousin aku dengan adik-adik dia dah boleh keluar hospital. Yang tinggal makcik aku dengan anak dia yang no. 5 sebab patah kaki.

Aku dengan nenek dah boleh tarik nafas sebab makcik aku tolong tengok-tengokkan diaorang.

Yang kelakarnya nenek aku bagi tahu darah tinggi dia dah naik sambil terbaring dekat katil.

Lepas tu aku menyampuk, bukan darah tinggi opah je yang naik, uda pun dah hampir kena darah tinggi.

Terbaring la nenek dengan cucu dekat katil mengalahkan orang yang sakit. Demam aku dengan nenek pun makin teruk masa tu.

Esoknya terus lawat makcik aku. Tak sampai hati nak tangkap gambar. Kakak-kakak aku sibuk suruh ambil gambar tapi aku tak kuat nak tengok dia. Sedih.......


Bila aku pergi dekat wad kanak-kanak tu baru aku perasaan kaki si kecik tu tak simen lagi. Meraung la dia kena masuk bilik tu sebab doktor nak tarik kaki dia baru simen. Kesian aku dengar sebab aku tunggu dekat depan bilik tu ;(


Lepas dah simen tu doktor kasi balik rumah. Pakcik dia belah sana nak angkat si kecik tu pun meraung-raung dia sebab sakit.

Alhamdullilah semua dah boleh balik rumah kecuali makcik aku.

Semalam x-ray baru tahu tulang rusuk dia patah.

* tolong doakan dia cepat sembuh*

Dekat bawah ni gambar kereta yang sempat orang lain snap. Aku tak ada kekutan nak tengok.







No comments:

Post a Comment