Monday, December 19, 2011

Team Building di Selesa Resort Bukit Tinggi.

Entry ni ditaip sambil makan rojak dan tengok tv. Kau mampu?

Salam uolsss..

Minggu lepas aku pergi teambuilding yang tak mendapat sambutan hangat. Hanya orang-orang tertentu je yang pergi. Aku suka sebab teambuilding kali ni santai. Tak ada aktiviti-aktiviti yang berat.

Mula-mula masuk dewan, fasilitator kasi kad uno. Ingatkan fasi kasi kad untuk bahagikan kumpulan ikut warna kad uno tapi fasi kata setiap kali jawab dapat kad uno. Jadinya boleh dapat hadiah hamper. Semua dah jadi hyperactive sebab nak dapat hamper.


Masa untuk memperkenalkan diri fasi masing-masing aku terkejut ok. Muka ketua fasi tu macam muka ex-boss aku. Huhuhuhu.




Pastu ada sorang staff tu muka macam orang yang paling rapat dalam hidup aku. Aku suka tengok dia. *gatai*

Kitaorang dapat apartmen. Satu apartment, dua bilik.





Dekat resort tu ada orang yang menetap tetap dekat situ sebab ada yang beli apartment. Macam hari tu, sebelah rumah ada budak-budak maintenance resort. So, tak ada la rasa sunyi ke apa.








Tapi rasa tak selesa sebab depan apartment tu ada kelawar ke burung layang-layang.




Ha.... Ni pemandangan dekat belakang apartment, nampak la highway Karak.




Ni rate dekat resort tu : rate resort.

Tapi duduk dekat resort ni memang santai la. Ramai orang jepun datang sebab nak main golf. Makanan tak beberapa sangat sebab tak ada dessert. Hehehe.

Ok la, tu je review.



Ni game yang last. Domino!

Tapi tak jadi sebab ada sorang grooup aku terjatuh kan satu domino pastu semua jatuh. Penat aku dengan Hafzan susun comey-comey.


No comments:

Post a Comment