Friday, November 30, 2012

Diserang Demam Denggi.

Salam.

Minggu lepas aku kena demam denggi.Dekat rumah aku tu memang banyak nyamuk pun.

Mula-mula tak sedar kena demam denggi. Ingat kena food poisoning. Chess. Selalu tapau dekat luar.

Pergi la beli air 100 plus dengan vitagen. Kebetulan masa tu memang aku minta cuti rehat. Ingat nak balik kampung (JB). Last-last duduk dekat rumah. 3 hari kerja aku asyik tidur je. Bangun pun pergi mandi, solat, makan roti pastu tidur balik. Bayangkan 3 hari tu aku makan roti dengan bubur je.

Hari ke-6 tu dah ok sikit tapi gigih ok tak pergi hospital gara-gara demam dah baik. Cuma muntah-muntah sikit dengan rasa lenguh-lenguh. Aku ni jenis cepat lenguh kaki kalau sejuk. Kebetulan musim hujan kan.

Hari ahad petang pergi ambil angin, joging dekat Tasik Titiwangsa. Dah alang-alang pergi keluar terus pergi HKL. Cakap dengan doctor itu ini pastu ingat nak minta ubat untuk tak muntah jer.

Doctor suruh ambil darah. Tak pasal-pasal kena cucuk jarum. Dah la aiii fobia dengan jarum-jarum ni.

Nasib baik pergi lepas pukul 6 petang. So, tak lama nak tunggu. Lagipun result darah dapat masa tu jugak.

Lepas dah ambil darah tunjuk result dekat doctor. Terus doctor cakap kena tahan wad sebab denggi. Tapi untuk make sure balik dia suruh ambil darah lagi sekali. Rasa nak balik masa tu jugak T__T

Dah ambil darah terus kasi dekat bahagian lab darah tapi staff/aunty tu marah-marah tanya kenapa nak ambil dua kali. Mana la aku tau dah doctor suruh. Sibuk sangat mengait apa ntah sampai nak buat kerja 2x pun nak marah-marah. Report dekat KKM kang.

Bila dah tunjuk result yang kedua baru doctor kata memang confirm kena tahan wad. Normal platlet darah 150 tapi aku punya platlet 50 je. Memang darah cair, kalau badan terhentak cepat lebam dan cepat berdarah. Doctor tanya ada tak anggota berdarah? Baru aku ingat, gosok gigi keluar darah. Gusi berdarah. Ingat salah berus gigi, baru aku nak lempar dalam tong sampah. Hahahaha.

Doctor suruh masuk wad dengan baju tshirt, seluar tracksuit, kasut sukan. Memang idokkkkk ler.

Aku minta kebenaran nak balik ambil barang tapi doctor tak kasi. Dia suruh beli je dekat hospital. Kaya pula makcik nak beli barang macam shoping dekat pasaraya gitewwww. Dah la gaji lambat.

Setelah puas memujuk rayu akhirnya doctor kasi balik tapi dengan syarat kena sign satu borang atas tanggungjawab sendiri kalau jadi apa-apa.

Balik rumah terus kemas barang mana yang patut. Naik teksi pergi HKL. Tak nak drive sebab rasa macam kena duduk lama je dalam wad. Lagipun parking kena bayar.

Sampai hospital macam biasa kena duduk wad kelas-3. Dah hafal dah prosedur.

Baru nak berehat-rehat atas katil, dengar satu suara dari katil sebelah.

"aiiii.. besar beg. Dah tau keeeee nak masuk hospital?..."

Pastu tengok-tengok beg. Cakap dalam hati. Besar ke beg aku ni?

Terus cakap dekat makcik tu.

"saya duk sorang kat sini....Tak de orang nak hantar barang saya nanti..."

Nampak mulut makcik tu sebut..."ooooooooooo..."


Esoknya doctor hodoh hensem datang cucuk jarum nak masukkan air. Dia tanya tidur lena tak semalam? Ofkossssssss la tak lena. Siapa boleh tidur lena kalau katil hujung tu menjerit-jerit maki nurse sebab angkat kaki dia. Aku tengok kalau nurse tak ada dia boleh angkat kaki sendiri okkk. Nak je aku cucuk ubat tidur dekat dia.

Lepas dengar bebelan maut dari aku terus doctor suruh nurse semak wad kelas pertama ada kosong tak.
Tengah hari makan lauk tawar pastu nurse suruh kemas barang pindah wad.
Gumbiranyaaa hati dapat duduk dalam aircond.

Aku cepat-cepat kemas barang, nurse suruh duduk atas wheelchair padahal masa tu boleh je jalan kaki sendiri tapi nurse tak bagi sebab tu memang prosedur hospital. Bagus larhhhhhh. Kesian budak laki tu kena tolak aku yang berat ni. Muhahahahaha.

Masuk wad kelas pertama doctor terus tanya itu ini pastu tanya berat badan. Aku main jawab je 75kg. Sebenarnya aku 65kg tapi sebab mamai aiii tersalah jawab. Doctor macam terkejut tengok aku kiri kanan. Terus doctor suruh nurse bawak penimbang datang katil aku. Bila naik penimbang, berat aku 60kg je. Turun 5 kg???? Terkejut mokcik.

Bila dah duduk wad kelas pertama, makanan boleh pilih nak apa.
Dua kali aku bantai makan chicken chop. Sedap jugakkkk.

Lepas makan makcik katil sebelah tegur:

 "aiiii.. besar beg. Dah tau keeeee nak masuk hospital?..."

Adui. Ni deejavu ke apa? Terus aku senyum tak bercakap. Aku rasa nak termuntah sebab kena minum air 100 plus berbotol-botol.

Masuk air berbotol-botol + air 100 plus. Ambil darah 3 x sehari sampai tangan sakit-sakit.

Nasib baik tinggal dekat wad 4 hari je sebab aku tak demam masa tu.
Dekat wad aku sorang je yang muda. Lagi 3 orang dah berumur.

Ada sorang nenek tu anak-anak dia ramai. Tapi aku tengok tak ada sorang pun yang sanggup tukarkan pampers dia. Nak suap makan pun aku tak nampak. Kesian dekat nenek tu. Masa ni rasa rindu dekat emak. So, pengajaran jangan layan orang tua kita macam tu. Tak berkat hidup. Jaga la dia sehingga akhir hayat. 






Monday, October 8, 2012

Legoland?

situasi: rumah parents.

aku: eh semua....jom kita pergi Legoland.

kak ngah: eeeee...panas la..tunggu la pokok tu tumbuh dulu.

abah: abah dah tua, duduk rumah je.

mak: ala bah. teman anak-anak berjalan macam kat singapore dulu.
        alang-alang dah beli tiket sehari baik kita ambil tiket tahunan.

kak long: nak bawa Zahin jugakkkkk.

abg ipar: *jeling-jeling*

adik: Siapa nak belanja kami?

 aku: menyampahnya cakap dengan korang ni. Diva sangattttttttt.

Kita tengok siapa paling eksited.  Abah jalan paling depan sambil tersengih masuk USS dulu. Konon beria-ria tak nak pergi sebab dah tua katanya... Drama sangat. Bapak siapa la ni.

Monday, September 10, 2012

Mungkin.....2012

Bismillahirrahmanirrahim

Salam.

I dont know how to start this entry. Aku menulis entry ini bukan untuk menarik simpati siapa-siapa tetapi untuk kenangan dalam hidup aku yang tak mungkin aku lupa. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mengambil berat dan memberi sokongan untuk aku membuat keputusan.

Sejak abah confirm ada sakit, dia buat kemoterapi ikut jadual. Masa dapat tau result dia dapat kanser, aku tak tunjuk perasaan sedih sebab aku tahu orang yang menghidap kanser perlu dapat sokongan daripada family members.

Well. Hari makin hari. Dengan harapan after buat kemo kami semua harap batuk dia semakin berkurangan dan dia boleh sembuh.

Aku pantau kesihatan dia selepas dia habis sesi kemoterapi. Alhamdulillah. Badan dia tak kurus mendadak malah dia makan makin banyak daripada biasa. Rambut mula gugur tapi aku nampak dia tak tunjuk yang dia ada sakit.

Berapa bulan lepas tu, aku tengok dia dah mula tersenyum. Gembira dia sebab rambut dia dah tumbuh. Tak ada rambut putih lagi. Dah macam orang muda, dia tak pakai topi bila ke keluar rumah. Batuk dia pun dah berkurangan.


Tapi selepas aku balik JB untuk sambut Hari Raya Aidilfitri, aku tak boleh lelap bila nak tidur. Batuk abah silih berganti. Kadang-kadang dengar macam dia sesak nafas. Aku buka pintu bilik tengok dia sedang duduk sambil tangan menekan dada. Aku datang dan ambil minyak panas di sisi dia, aku urut belakang dia, dan aku pergi ambil air panas untuk dia minum. 10 minit lepas tu, baru dia lega. Perkara yang sama berlaku setiap 30 minit sehingga dia lelapkan mata.

Bila batuk dia dah kurang, aku pergi ke bilik aku. Selalunya aku tidur di bilik, aku tutup pintu bilik aku. Kali ni aku biarkan pintu bilik aku terbuka sedikit. Aku tarik bantal dan aku tak perasan air mata aku mengalir.

Perkara yang sama berlaku keesokkan harinya. Adik aku, Eda silih bergantinya suaranya dengan batuk Abah dan aku tahu dia sedang berjaga. Aku diam.

Terngiang suara kakak aku, kak ngah siang tadi.

"balik ni kamu pulak yang berjaga sebab kamu tak ada, kak ngah yang berjaga..."

aku faham... dalam keadaan macam tu, siapa sahaja yang boleh melelapkan mata. Sentiasa berjaga-jaga sebab abah boleh pitam kalau batuknya tak reda.

Dia bercerita....."abah jatuh motor dekat tepi jalan..nasib baik kawan abah kejutkan..."

Kami terdiam. Tak dapat aku bayangkan seorang lelaki tua batuk lalu pengsan dan dihempap motor dan itu ialah ayah aku.

Aku sebak.
Tak menunjukkan perasaan aku sebab aku tak mampu nak menangis di depan dia.
Aku keras hati.

Aku terus cakap dengan dia, abah pergi la kerja bawa kereta Kancil Abang Umar tu (abang ipar aku) dan terus dia jawab, "susah bawa kereta tak boleh berhenti tepi jalan, kalau naik motor boleh berhenti-berhenti..."

Aku terdiam. Susah nak mengagak reaksi dan perasaannya. Sudah beberapa kali pegawai mengingatkan dia tak perlu bekerja di luar pejabat atau mengajar polis-polis baru menunggang motosikal berkuasa besar tetapi dia degil. Jawapan yang pasti, "alaaaa.abah naik kereta peronda je..."

Aku tersenyum. Sebelum pergi mengajar di luar pejabat, tangannya lincah melakar peta jalan untuk-untuk polis-polis baru mahir menunggang motosikal. Adakalanya mulutnya becok bercerita pegawai polis perempuan yang mahir dan kadang-kadang terjatuh ketika menunggang motor yang berat itu.

Aku tersenyum dan bergurau dengan adik tentang ketinggan abah yang tak seberapa dengan motor itu. Kami selalu usik mengenai ketinggian abah. Terus dia bangun sambil kaki menjengket. "Tengok ni, siapa kata abah rendah...."

Gelak besar kami dengan gelagat abah.

Raya tahun ni abah tak dapat bersama dengan kami sebab dia kena bertugas masa hari raya pertama. Setiap berapa jam dia akan call adik bertanyakan tentang kami. Mungkin dia rasa sunyi bekerja ketika hari raya.

Selepas aku pulang ke KL, aku terima call daripada officemate aku yang salah seorang our best friend dekat office bapanya meninggal.

Bergegas aku dengan kawan aku pergi melawat jenazah bapanya.

Aku sedekahkan bacaan Yasin lalu aku menutup Yasin yang aku pegang dan mataku tertumpu pada kaki jenazah.

Terdetik di hati...."Ya Allah...Kau telah berikan nikmat yang tidak ternilai kepada aku iaitu ibu bapa ku yang tidak pernah jemu melayan kerenah aku dan menjaga aku ketika aku sakit di hospital. Ya Allah, kau berikan peluang untuk aku menjaga bapa aku sakit dan kini aku menetap di sini sedangkan aku punya peluang untuk meminta tukar tempat bertugas...."

I dont know how to give my expression when i made this decision.

Aku terpaksa tinggalkan tempat kerja yang selesa, serta merta kemudahan yang aku ada sekarang belum tentu akan ada di tempat kerja baru. Rakan-rakan pejabat yang sentiasa bergelak tawa dan sentiasa ada ketika aku sedih. Walaupun ada yang ingin bertanya apa masalah yang aku hadapi. Aku hanya tersenyum. Mungkin aku lebih suka berdiam diri kerana perkara itu sentiasa berlegar di fikiran aku.

Aku cuba bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi dalam hidup aku. Beberapa kali terfikir, bukan tiada sesiapa yang boleh menjaga abah tetapi sampai bila aku mengharapkan mereka. Kak Long sudah punya keluarga, Kak Ngah bakal mendirikan rumah tangga tahun depan, adikku Eda baru memulakan pekerjaan dan adikku yang bongsu sedang belajar di Tangkak dan emak. Emak tidak kuat seperti dulu, lututnya sentiasa sakit dan sekarang masanya untuk aku membalas jasa kedua orang tua aku.

Dugaan besar yang pasti untuk aku dan kini aku berdiri kaku sambil memegang surat pertukaran. Tak dapat aku bayangkan perasaan dan air muka bos aku bila aku minta dia sign surat pertukaran aku. Dia terlalu baik....menganggap aku seperti anak dia. Tak mungkin aku lupa.... 5 tahun di KL dan sekarang aku menunggu kekosongan tempat bertugas.

Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Ameen.






Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri.




Suram je office dah hujung puasa ni.

Ramai dah cuti raya.

Kata single suka hati je kan nak balik kampung bila-bila masa.

Saja je aku snap picture office ni.

Gelap kan.

Actually raya tahun ni tak semeriah sebelum ni.
Mungkin aku kena bertabah.
Sebab 2 orang kawan baik aku akan pergi tinggalkan aku.
For a better living.
Insyaallah aku doakan yang terbaik untuk korang.

For Mr. A and Miss C.

I will miss u forever.
Kalian tetap di hati aku.
Don't worry about me ok.


~Selamat Hari Raya.
~Maaf zahir & batin.


Tuesday, August 14, 2012

Little pantry restaurant IOI mall is totally out.

This entry is not related to the invitation one of my friends.

Demi memenuhi jemputan iftar bersama-sama ex-classmates. Maka aku gagahkan juga dengan kawan aku pergi ke sana.

Harga buffet setelah disurvey di internet dan berpandukan pada iklan ialah RM38.

Buffet pada mulanya aku fikir seperti BUFFET, boleh dikatakan harga agak berpatutan.

Read: pada mulanya.

Kali pertama datang ke restoran ini, decoration memang menarik.

Bak kata budak-budak sekarang, "gempakzzz gilewww seyhhh..."

Tapi decoration bukan salah satu faktor untuk menaikkan nafsu makan aku.

Setelah puas mengelilingi tempat makanan, aku decide ambil nasi like nasi beryani dan daging serta seafood curry. Macam tu la lebih kurang.

Puas aku cari di manakah tempat air sebab bulan puasa ni sedap juga kalau berbuka dengan hot coffee. Dah duduk dekat meja baru perasan.

Segelas air buah = RM9.

Buffet hanya disediakan air putih dan air pandan manis sahaja.

Air buah is side order.

Makanan agak mengecewakan.

Nasi adalah kering dan keras. Sotong dan daging adalah liat.

Dan disusuli dengan air pandan manis.

Maka, aku decide nak makan dessert pulak.

Dessert adalah aiskrim, kek yang seperti di kedai runcit biasa dan kerabu!

Kerabu juga terselit di tempat dessert. Kerabu ada macam-macam dan yang paling 'tak boley blahhhh' bak kata budak-budak zaman sekarang ialah kerabu seperti tertumpah cuka.

Apa kata tag makanan itewww letak KERABU PERISA CUKA.

Setelah menikmati dessert yang ala-ala tak ada kecuali aiskrim coklat chip sahaja yang sedap, aku nak bilas tekak dengan ambil air kosong sejuk.

Tempat air rosak dan air menitik keluar sampai lantai basah
dan yang paling best ialah
supervisor terjerit-jerit pada crew kitchen sebab tak masak ikut waktu.
Nice huh.

Pekerja wanita juga berpakaian seperti tak sedap mata memandang.
Warna hitam boleh menyorokkan lemak di badan tapi kalau dah ketat, nipis dan tak cukup kain adalah seksa mata memandang.

Sedang menikmati makanan yang 'sangat super sedap',
pekerja is sibuk minta bayar dulu dan tergopoh gapah nak keluarkan duit.
Kau tau kita tengah nak makan.

Price totally is RM40** per head. included goverment tax katanya.



Sekian sahaja review yang tak sedap. Nak letak gambar pun tak selera.

Tapi Alhamdulillah dapat jumpa kawan-kawan sekelas yang dulu walaupun 8 orang je termasuk aku. (mood puasa, say Alhamdulillah)






Wednesday, July 25, 2012

Penyelesaian masalah bibir kering.

Siapa ada masalah bibir kering?

Aku duduk dalam ofis, jarang-jarang keluar.

Masalah bibir kering ni memang selalu ada walaupun dah pakai lipbalm.

Minum air masak berliter-liter. tapi still tak ada perubahan.

Sampai la kawan aku kata cuba pakai lipgloss, jangan pakai lipbalm.

Aku pergi watson hari tu.

Singgah dekat SilkyGirl. Aku ternampak lipgloss Limited Edition. Wahhhh. Macam menarik je colour dia. *jakun kejap*





Dekat situ, Blush je yang tinggal. Aku beli je.

Tak ingat harga dia berapa. Tak sampai RM13 :)

Murah je. Nak pakai pergi office hari-hari, kalau tak best pun boleh lanting dalam tong sampah. *diva sangat*

So far pakai memang best.

PRODUCT RECOMMEND!



Monday, July 23, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Selamat berpuasa kepada semua.

Dah nak masuk hari ke-3 puasa aku baru sibuk nak wish. Hari ni hari pertama aku puasa. hewhewhew. Macam nak mintak pelempang je.

Syahdu je hari pertama tarawih tak boleh nak pergi masjid. Dengar imam baca doa dari rumah pun boleh nangis. sedih oke. sedih.

Bulan ni berlumba-lumba kan orang nak buat amal ibadat. Yer la, setahun sekali tu. Kalau panjang umur dapat la ramadhan tahun depan pulak.

Sepanjang bulan Ramadhan ni harap-haraplah dapat buat amal ibadat dengan ikhlas. Jaga adab, jaga percakapan, jaga mata, jaga mulut. Kalau nak mengumpat tu elak-elakkan la. Nanti raya jangan lupa mintak maaf. ehhhhhhhhhhhh.

Selamat berpuasa uolssss. Jangan makan banyak-banyak. Nanti susah nak semayang tarawih.

Thursday, July 12, 2012

Pulut Mangga.

Semalam pergi hunting kedai makan yang sedap dan murah.

Nampak ada mangga dengan pulut depan kedai dekat stall.

Sah ni ada pulut mangga.

"bang, kerabu mangga satuuu.." *confident*

apa dia? kerabu mangga? kerabu mangga ya? *sleng indon*

ehhh. silap... pulut mangga.

haaaa..makan la sampai sakit gigi sebab manis nyewwwww...

nak buat sendiri malas katanya nak pergi pasar beli mangga.

RM5 je untuk sepinggan. Boleh la sekali sekala buat dessert ala-ala makan dekat hotel padahallll makan tepi jalan je.

Pulut mangga letak bijan atasnya.




Meh sini close up sketttt kasi anda terliur.








Lepas aku tengah amik feel nak makan tiba-tiba tukang ambil order behenti jalan tepi meja aku. Muka macam nak suruh aku puji.

Pastu nak bayar, cepat-cepat dia pergi dekat kaunter padahal dah ada orang jaga. Tersengih-sengih dia. Sesuatu pulak aku tengok dia ni *jalan laju-laju*

Saturday, June 2, 2012

Wedding Ayun~2 Jun 2012

Wedding ayun buat dekat kampung dia, Ayer Baloi, Pontian. Nasib baik jalan dari Johor Bahru ke Pontian ni terus je. Ikut signboard sahaja. Sampai simpang nampak papan tanda ke rumah pengantin.

Kali ni wedding tema warna gold. Asalnya ayun hanya book satu baju tetapi mak andam bawa dua helai baju. Satu lagi warna purple & hitam. It's awesome.

Aku jadi pengapit memang awal-awal dah beli warna peach then last minute pengapit lelaki kawan abang ayun. Aku, ayun dengan husband dia relaks-relaks je dekat pelamin tetapi pengapit lelaki berpeluh-peluh. Siap cakap dia neves, tak kahwin lagi. Neves mengalahkan pengantin. LOL.

Maaf ya. Gambar pengantin pakai baju warna gold tak sempat aku nak snap sebab jadi pengapit katanya.






The hantaran








Tuesday, May 29, 2012

Review Wedding Nursharliza & Anuar ~ 26 Mei 2012


Wedding paling relax pernah aku pergi. Alhamdulillah. Dipermudahkan.....

Walaupun datang selepas akad nikah, gambar tetap ada :)

Mula-mula ambil Kak Wani dekat stesen Universiti. Aku datang lambat 10 minit sebab kunci rumah hilang. Masa macam ni semua nak hilangkan. Tak pernah-pernah.

Sampai dekat masjid, tengok ada 2,3 pasangan yang nikah dekat situ. Call kak liza tak angkat. Ingatkan kak liza dah balik, rupanya tengah ambil gambar dengan family. Sampai-sampai terus ambil gambar dengan Kak Liza.

After akad nikah pukul 11 pg, terus drive bawak Kak Liza pergi make up dekat rumah makcik dia sebab rumah dia crowded sangat.



Sampai rumah makcik dia, MUA dah ada. Terus tukar baju, makeup. Pastu pukul 12.00t/hari dah siap makeup. Gosip-gosip dekat dalam bilik, pukul 1.20ptg baru gerak dari rumah.




Elok je aku parking kereta, rombongan pengantin lelaki dah sampai.

Ambil kipas dari mak andam terus kipas diri sendiri dulu, panas uolssssss.



Masa ni aku pelik kenapa perempuan kena berdiri sebelah kanan. Aku diamkan je pastu pakcik dia tegur salah. Kenapa Kak Liza buat muka macam tu. Neves agaknya :)
Tak habis-habis aku cakap, kak...senyum kak...hahahahaha.



Berdiri tak sampai 10 minit, bunyi kompang dentum-dentum.

Nasib baik hari tu tak panas sangat. Lepas family tepung tawar terus pergi dekat meja beradap. Ajak makcik dengan pakcik kak liza makan dekat meja. Ewahhhh. Macam kenduri aku pulak ye. Elok je ajak-ajak diaorang terus aku pergi dekat meja yang ada staff office.
Borak-borak dengan diaorang. Sempat lagi ambil gambar dengan si kecik ni.



Dah settle makan terus pergi photoshoot dekat luar. Credit to Miss Wanniey untuk semua gambar di atas.



kamera dari photographer.








photographer : Love Machine Photography

MUA : makeup by Fiza

Friday, May 25, 2012

Tuesday, May 8, 2012

Wedding Peej

Aku dapat invite dari Peej untuk reception dia, 29 April 2012. Tempat of course i tak tau. Katanya main redah je pergi ke Kem abang tentera :)

Kak midah, my ex officemate pun dapat invite sekali dari Peej. So, dia jadi GPS aku la. Memang dekat map ada JPJ. Kami dah jumpa ok tapi terlepas simpang, pergi la lalu ikut gate belakang tapiiii tutup. Pusing balik lalu baru jumpa gate depan.

Sampai-sampai terus cari pengantin.

Ehh.ehhh. Tu bukan ben ke?


Kenapa aku tak tau ni? Ke memang aku je yang slow. Sangat suprise. Tu la namanya jodoh kan :)

Datang-datang terus salam aunty, then masuk dewan je.

Fuhhhhh. Nampak mewah dan suci gitu. Dengan kain putih dekat belakang pelamin tu. Then nampak peej dengan baju dia. Memang looks everything perfect!



Pelamin aku suka sebab simple tapi cantik, dengan lampu-lampu berjurai tepi dewan. Tengok lampu berjurai tu aku teringat dulu aunty memang suka lampu macam tu sampai nak letak dekat rumah. Tu idea dia ke peej? :)

Aku dengan Kak Mid duduk sebelah meja zetty and ayol. Popia kecik tu pun ada. Duduk atas meja lagi ko. Siap tepuk-tepuk tangan lagi. Rasa nak culik je. Then nampak Noy macam bz layan kawan-kawan. Nak bergambar tapi macam segan pulak.



Ayol dengan kawan-kawan dia.




Centerpiece dekat meja.





Masa ni Ben tengah bercakap-cakap dengan tetamu dekat depan. Peej nampak aku hala kamera terus senyum. Sweet la both of u. Baju pun cantik.


Last picture, gambar pelamin and i wish both of u happy dan dapat anak yang comel2 ;)

Monday, March 19, 2012

Have a good time with my youngest sister @ adik

Last weekend, my youngest datang sini. I ask her to come. Boring katanya duduk dekat rumah sewa. Dia belajar dekat IKBN Tangkak, course buat kek. Nasib baik dia datang sini bawak 2 jenis kek. Nasib baik sebab kalau tak aku sangat hampa sebab tak merasa dia buat. Kek dia buat sedap macam dekat kedai. Bukan nak promote tapi memang enakkkk. Tak ambil gambar sebab kek dah senget benget. Bawak naik bas la katakan.

Pick up dia dekat Terminal Bersepadu Selatan @ TBS. Senang je nak cari tempat tu, ikut signboard Bandar Tasik Selatan atau Sg. Besi. Jumpa la. Sebelum pergi, aku google beria. tapi kadang-kadang tak boleh harap google sangat. Pening jadinya.




Selepas parking memang hobi ambil gambar nombor parking. Untuk orang pelupa macam saya. Parking caj per entry RM3. Tak kesah la kau nak duduk berapa lama dekat dalam tu, cuma kena RM3 je.



Esoknya bawa dia jalan-jalan dekat Times Square, lunch dekat sana. Dia makan claypot mee tapi masa nak order tu dia cakap, "uda, ceplot satu..."

Barai gelak. Apakah ceplot itu?

Jawapannya : Claypot.

Whatever sista.



Rufaidah dan CEPLOT nya

Lepas makan tu, kitaorang jalan-jalan. Dia cakap aku dah kurus. Ye ke? ye ke? Aku suruh dia try ambil gambar aku. Dah lama tak ambil gambar penuh ni.



Amik kau, sinaran lampu lagi menjadikan kulit aku lagi berminyak-minyak. *salahkan sinaran lampu*

Lepas pergi Times Square, pergi Midvalley pulak. Nak cari tshirt hitam. Jalan-jalan-jalan terlepak pulak dekat Paparich, The Gardens. Nak makan ringan katanya.




Ni, dia punya kerja, boring lettew.



Masa ni kitaorang ada beli spek mata baru, nak tengok ok ke tak? Padahal nak dekat setengah jam duduk dalam kedai tu.



Ni cermin mata dia, aku tengah pikir nak pose macam mana, dia dah ambil gambar. *gelojoh*



Kasi balik dekat dia. Tak nak kalah jugak T__T




Last gambar, ada orang confius muka kitaorang sama. hehehehehe.









Monday, February 13, 2012

Dua belas hari di hospital.

Salam.

Aku rasa ramai yang dah tahu aku kena admitted hari tu sebab kena jangkitan kuman pada buah pinggang. Terpaksa update status dekat facebook sebab perlukan sokongan mental dan fizikal dari kawan-kawan. Hari pertama admitted tak nak bagi tau sesiapa sebab tak nak orang risau.

Mak tanya ok tak? Jawab okkkk jeeee. Tapi dalam hati bila mak nak datang sini. Konon-konon boleh survive sorang-sorang tapi mengaku diri tak kuat.

Masa pergi check up as a pesakit luar. Tanya staff hospital macam mana nak check up dia jawab nak tak nak je sebab aku still boleh berjalan lagi tapi dalaman rasa macam nak tercabut pinggang aku.


Bila jumpa doc terus tangan mengigil. Doc suspek sakit tiriod atau hepatitis. Ok. Tetiba sakit hepatitis kannn.

Doc pun tak tau sakit apa sebenarnya. Bila check darah terus dapat detect kena jangkitan kuman. Sayu hati bila doc suruh buat x-ray sekarang jugak sebab takut pankreas pecah.

Berdebar-debar pergi buat x-ray tapi bila check nasib baik tak ada apa-apa. Doc kata kena tahan wad jugak hari ni. Doc tulis panjang lebar dekat report, dia suruh tunggu. Aku tunggu dekat pintu masuk, ada staff tanya aku macam nak marah. Tunggu siapa dik?

Tunjuk report, kata doc suruh tunggu. Staff tu baca report terus ambil wheelchair suruh duduk. Baru perasan rupanya aku dekat tempat separa kritikal.

Masuk-masuk wad je katil dah penuh, kena tidur atas troli yang kecik tu. Nurse kasi kain sarung dengan baju hospital. Troli duduk betul-betul tepi pintu masuk. Pertama kali tidur pakai kain sarung. Tidur lena tak lena. Kejap-kejap doc kejut tanya keadaaan.

Hari kedua check tekanan darah. Nurse tunjuk mesin check tekanan darah pada doc. Ada cakap sikit-sikit. Terus masukkan aku dalam bilik rawatan. Masukkan tiub pada pundi kencing, masukkan jarum paling besar dekat tangan kiri.


Meraung-raung sakit sampai nurse gilir-gilir cakap sabar. Rupanya tekanan darah aku 45, doc takut aku pengsan dalam bilik air sebab diaorang dah get ready nak masukkan berbotol-botol air dalam badan aku. Berat aku naik sampai 7kg.




Doc kata kes aku paling dramatic sebab sakit tiba-tiba, aku demam sampai 39c. Nurse asyik suruh mandi je. Aku tak larat nak bawak beg plastik yang penuh air kencing dengan botol yang penuh air. Basahkan tuala letak dekat kepala sampai basah bantal dengan baju. Lepas dah masuk air banyak-banyak, kencing pun kena sukat T__T



Mak datang dengan abah. Ok. Masa ni rasa nak menangis sambil peluk cium tapi cover-cover lagi sebab tak nak mak risau. 2 malam mak tidur dekat kerusi. Sayu hati tengok abah tidur dekat kerusi sambil berdengkur kuat. Kepenatan agaknya. Masa ni memang menangis senyap-senyap ;(

Malam dah sakit rasa cucuk-cucuk dekat buah pinggang. Mengadu dekat mak sambil nangis cakap tak tahan. Rasa kalau dah ajal memang redha sebab sakit sangat. Mak tekan-tekan dekat kaki aku masa tidur. Kalau dah tak timbul balik, maksudnya ajal dah dekat. Mak ingat aku tidur agaknya.huhuhuhuhu.

Mak dah nak balik baru dapat tukar dari kelas tiga ke kelas dua. Lega rasa sebab tak nak dengar orang menjerit-jerit sakit malam-malam. Mak nak balik rasa lemah semangat tapi apa boleh buat, abah pun tak sihat.

Bila mak dengan abah balik, menangis lagi........ tapi online facebook tengok kawan-kawan komen jadi kuat semangat balik.

Demam dah reda, dapat tukar first class. Ohhhhhhh. Lega gila rasa, tak payah nak jalan jauh-jauh pergi balik air. Rasa macam nak terkencing dalam seluar sebab bilik air jauh gilaaaaaaaaaa.

Masa ni dah boleh makan lebih 3 sudu. Baru rasa nikmat makan.




Demam dah beransur-ansur reda tapi ada doc cakap sel darah merah makin kurang. Doc suspek aku sakit Anemia. Doc tanya keturunan ada sakit tu ke? Aku jawab tak dee. Sihat je doc. Doc angguk kepala. Kasi appoinment, nanti datang sini lagi ambil darah.

Khamis ni aku kena datang HKL lagi ambil darah. Doa-doa tak ada apa-apa.

Saturday, January 21, 2012

Day 2

Hari ni mak nak belanja makan lunch. Dia gembira dan senang hati, maka kami pun pergi la mencari port best tempat makan. Ni yang aku suka bila duduk Johor ni mewah makanan.

Pusing-pusing kedai makan yang nak pergi tu tutup pulak. Kami makan dekat Nasi Padang tempat abah dengan kawan-kawan dia selalu lepak. Fuhhh. Dekat kedai makan dah terserempak dengan anak buah Abah dekat tempat kerja. Ni yang tak suka ni, semua segak-segak kau.

Makan ambil sendiri je. Kitaorang makan ikan bakar.


Sebelum



Selepas



Licin semua. Abah siap sound lagi, "aiii.dekat umah tak habis pun..."

Mak belanja bah kena habiskan nanti kena marah. Hahahaha. Padahal masing-masing tengah lapar masa tu.

Muka orang terlebih sihat dan muka orang yang tak sihat. Mana-mana berkepit je. Anak manja!




Hantar mak dekat kerja terus singgah carwash cuci kereta. Jumpa lagi anak buah Abah, 3 orang. Siap cakap macam malu-malu je. Motif?


Kereta dah cun terus pergi tempat kerja Abah dekat IPK Johor ambil kelambu adik.





Anak manja ni tak boleh nak kena gigit nyampuk. Complaint terus dapat kauuuu kelambu.

Siap tanya lagi. Adik lagi bah? Banyak cantik muka kau, orang dah kasi satu nak dua pulakkkk..



Malam tu dah lepak dekat rumah tapi lapar. Nak masak pun tak cukup bahan. Start enjin kereta terus pergi kedai makan Wak Radol. Mak aiiii. Ramai gila orang. Dalam dah full seats. Nak duduk luar hujan pulak, dah tu semua tengok aku macam aku ni alien. Entah apa-apa je. Aku order sate dengan nasi goreng terus cakap ambil kejap lagi. Tak kuasa aku nak tunggu dekat situ, aku tunggu dekat dalam kereta je. Bila dah siap kita buli la budak manja ni ambil. Muahahahaha.

Dah kenyang lepak tengok tv terus nak tidur. No insomnia. Hoyeahhhhhh..


Selamat malam!