Saturday, January 21, 2012

Day 2

Hari ni mak nak belanja makan lunch. Dia gembira dan senang hati, maka kami pun pergi la mencari port best tempat makan. Ni yang aku suka bila duduk Johor ni mewah makanan.

Pusing-pusing kedai makan yang nak pergi tu tutup pulak. Kami makan dekat Nasi Padang tempat abah dengan kawan-kawan dia selalu lepak. Fuhhh. Dekat kedai makan dah terserempak dengan anak buah Abah dekat tempat kerja. Ni yang tak suka ni, semua segak-segak kau.

Makan ambil sendiri je. Kitaorang makan ikan bakar.


Sebelum



Selepas



Licin semua. Abah siap sound lagi, "aiii.dekat umah tak habis pun..."

Mak belanja bah kena habiskan nanti kena marah. Hahahaha. Padahal masing-masing tengah lapar masa tu.

Muka orang terlebih sihat dan muka orang yang tak sihat. Mana-mana berkepit je. Anak manja!




Hantar mak dekat kerja terus singgah carwash cuci kereta. Jumpa lagi anak buah Abah, 3 orang. Siap cakap macam malu-malu je. Motif?


Kereta dah cun terus pergi tempat kerja Abah dekat IPK Johor ambil kelambu adik.





Anak manja ni tak boleh nak kena gigit nyampuk. Complaint terus dapat kauuuu kelambu.

Siap tanya lagi. Adik lagi bah? Banyak cantik muka kau, orang dah kasi satu nak dua pulakkkk..



Malam tu dah lepak dekat rumah tapi lapar. Nak masak pun tak cukup bahan. Start enjin kereta terus pergi kedai makan Wak Radol. Mak aiiii. Ramai gila orang. Dalam dah full seats. Nak duduk luar hujan pulak, dah tu semua tengok aku macam aku ni alien. Entah apa-apa je. Aku order sate dengan nasi goreng terus cakap ambil kejap lagi. Tak kuasa aku nak tunggu dekat situ, aku tunggu dekat dalam kereta je. Bila dah siap kita buli la budak manja ni ambil. Muahahahaha.

Dah kenyang lepak tengok tv terus nak tidur. No insomnia. Hoyeahhhhhh..


Selamat malam!

Friday, January 20, 2012

Cuti CNY-Johor Bahru-Day 1

Cuti sampai hari Selasa elok la kita pulang ke kampung tengok orang tua. Nanti rindu pulak asyik tanya bila nak balik :P

Aku minta dekat bos half day hari Jumaat. Its oke la sebab bos ada meeting dekat Putrajaya. Siapkan dokumen dia nak bawak meeting pastu settle.

Pukul 12 bertolak dari office terus balik JB. Sepanjang jalan tak hujan. Sampai Tangkak ambil adik aku yang bongsu belajar dekat Kolej Komuniti, ambil dia dekat rumah sewa. Dia kan bos kecik...

Sampai-sampai JB je terus ambil mak dekat tempat kerja.




Adik beria-ria nak suh tangkap gambar dekat sini. Macam oversea katanya, aku pun tak faham oversea tang mana ntah.



Pastu pergi kedai makan Remaja dekat BBU. Layankan mak nak makan cendol tapi memang sedap wooooo...


Sampai rumah adik bawak balik kek yang dia buat dekat kelas. Kek crumble. Sedap jugak. Ni pun dah tinggal separuh.


Dah kenyang-kenyang nak berborak dengan dia tapi tengok la ni. Aku cakap sorang-sorang je. Kuang ajo. Dia dekat sana tak ada laptop. Susah nak online, tu yang dia tak layan aku. Sibukkk nak tengok pesbuk.



Monday, January 9, 2012

This entry is special for my mom.

Macam mana aku boleh late wish

HAPPY BESDAY TO MY MOM or HAPPY BESDAY CIK YAH. Cik Yah tu nama glamerrr la sangat.

Ok let count berapa umur dia. She born on 05011964. Jadi umur sekarang ialah kejap, aku ambil kalkulator. Ohhhh. Dah 48 rupanya. Patutlah sensitip sangat kebelakangan ni.

Baiklah, kalau hantar sms wish mesti dia reply :

Uda doakan mak lepas solat pun cukuplah.

ataupun

Uda jaga diri elok-elok dekat sana.

Baikkkkk kan mak aku. Tak ada nak demand lebih-lebih walaupun kalau pergi shopping dengan dia, dia kasi hint pakai muncung je kalau nak suh orang belanja. Dah faham sangat la. Ikut perangai siapa? Perangai aku jugak. Ehhhhhh...

Sempena hari yang bersejarah ini, aku nak wish dekat dia tapi tak wish lagi sebab nanti aku takut aku pulak yang sentap lebih nangis sorang-sorang sambil baca sms. Tengok la nanti aku belanja makan ke. Aku belanja makan mak aku je, yang lain nak ikut kena 'self service'. Keji kannn..tapi aku tak keji sebab belanja abah sekali la. Ermmm. Hadiah apa nak beli ni ek. Nak kasi emak hadiah tak akan abah nak tengok je. Mak la kasi abah hadiah. . Hadiah baby. Pangggg sekali.




Ok la, aku suka tengok gambar ni. Belakang tu bukan aku eh tapi adik bongsu aku. Ramai yang kata kitaorang kembar. Eiyeewwww. Kau suka kan dik orang cakap macam tu sebab kerja kau menyengih je. Betul kata Kak Long, tengok gambar ni rasa rindu nak balik JB. Bagi orang lain mungkin biasa je tapi bagi aku yang dah biasa membesar sendiri. Yer la, lepas SPM je aku memang dah tak duduk dengan emak. Masa aku sekolah pun aku dah biasa duduk rumah jaga adik-adik tapi sebenarnya banyak main sebab mak aku kerja. So, ciri-ciri anak kesayangan tu memang tak ada dekat aku langsung la. Lagi-lagi aku keras kepala. Banyak yang buruk dari baik sebenarnya aku ni *muhasabah diri*, yang buruk datang dari kita, yang baik datang dari Allah. Sekian, ceramah saya pada kali ni. Assalammualaikum....


Nota hati : Teringat macam mana mak ajar bacaan solat sambil baca kuat-kuat supaya aku dengar. Ohhh. Syahdunya masa tu. Uda sayang emak!

Back to basic.

Thursday, January 5, 2012

Balik kampung. Hohohohoho. Balik kampung.

Aku semangat nak balik kampung dekat rumah opah sebab sekarang kan musim buah.
Cousin aku sms cakap opah aku tanya aku balik tak sebab sekarang musim rambutan, manggis, durian.

DURIANNNNNN? Durian tu memang feveret aku dari kecik. Memang hantu durian.

Aku balik JB ke balik Pahang ke dah biasa drive sorang-sorang. Janji ada radio la. Kalau tak memang aku boleh terbabas kot.

Masa nak balik rumah nenek aku dekat Pahang ni aku ikut line kanan sekali dekat Jln Gombak. Ikut belakang myvi hitam pastu tiba-tiba ada bunyi batu dekat cermin. Tengok-tengok dah retak.
Dah spoil la mood nak balik kampung tu kan tapi nak buat macam mana. Hidup harus diteruskan.


Masa lalu dekat jalan nak ke Karak ni rasa tenang aman dan bahagia sebab tak ada kereta. Boleh lalu tengah-tengah jalan sambil menyanyi riang tersenyum senang. Ewahhhhhhh.




Haaa. Dekat sini sepanjang jalan selisih kereta tak sampai 10 bijik. Jadi kita tawakal je la.





Cantik kan gambar awan tu. Ektuali dekat depan tu ada projek pembinaan untuk bina ibu pejabat polis. Abah cakap nak cuba mintak tukar sini. Memang dah siap ada masjid, kuarters, pejabat semua. Tapiiiii semua tak setuju sebab sepanjang jalan tu kiri kanan semak samun. Lebih elok je la duduk dekat Johor tu.


Masa dah sampai rumah opah aku tengok orang tua tu pergi baring dekat dapur tengok tv kecik pastu aku tengok ada tv besar.



aku : Opahhhh. Ni siapa punya tv ni? Besarnyaaaaa. *jakun*

opah : Pak Lan baru beli tv baru. Dia kasi aku.

aku : *senyum* Kenapa opah tak tengok tv besarrrr ni?

opah : Aku mana reti bukak, tengok je la dekat sini senang.

alolololo. Comelnya opah aku ni.

Pastu aku ambil remote tekan-tekan tak appear pun dekat skrin. Gelakkan lagi orang tua tu. Aku dah fedup tekan-tekan tak boleh. Sekaliii entah macam mana ada channel. Wahhhh. Berjaya.

Sepanjang aku bukak tv, opah tengok la sekali dengan aku. Dia kata bila dia sorang tak ada orang nak tengok tv ni. Kesian nenek aku tapi kalau weekend ada je anak cucu balik.

Masa nak balik tu salam opah aku dengar budak sebelah menangis terjerit terlolong.

aku : Opah. tu dah kena sampuk ke?

0pah : Ha ah. Pukul berapa dah ni?

aku: *sabar je la dia tanya aku pukul berapa* Dah pkul 11 pagi la pahhh.

opah : *terkejut, angkat bahu. Memang comel la opah buat-buat terkejut* Pagi pun kena ya.

aku : Ok la pah, uda balik dulu.

Sebenarnya aku seram jugekkkk. Opah kata sejak jiran sebelah ni tambah rumah dekat tepi, anak dara dia selalu kena kacau. Kadang-kadang nampak kelibat orang lalu. Kadang-kadang nampak orang besar tinggi ada bulu-bulu. Macam tu la opah aku cerita. Kalau opah aku tipu bermakna aku tipu korang jugekkkkk. Hahahahaha.

Wednesday, January 4, 2012

First day working 2012.

Hai sayam.

Apa khabar semuaaaa? Sihat keeee? (nada macam Eric Leong) Kehkehkeh.

Hari ni jln jem kan. Aku ingatkan semalam dah start sekolah rupanya hari ni baru nak start. Nampak la mak bapak kelam kabut nak hantar anak pergi sekolah. Selalunya jalan Ampang pagi-pagi tak ada la sibuk sangat tapi hari ni sibuk dia macam dah petang.

Pagi-pagi tadi aku tengah siap dengar orang bunyikan hon kereta. Jenis bunyi hon yang panjang gilerrrrr. Semua orang boleh tersedar. Mengikut firasat aku yang dari kecik sampai ke besar duk umah tinggi-tinggi ni, mungkin diaorang nk pergi kerja tapi ada kereta block tarik handbrek.

Bodoh kan. Dah tau nak block kereta orang tu tarik handbrek tu buat apa?
Yang paling bodoh ialah orang yang keretanya kena block. Macam la tak ada guard. Aku hari tu jerit je suruh guard panggil owner kereta. Tak payah susah-susah nak pekakkan telinga. Boleh makan kacang lagi sambil tunggu owner kereta turun.

Kalau dah tau hari-hari pergi kerja pukul 6.15 pagi tu, tak payah la nak parking dalam. Tengok aku, memanjang je block kereta orang. Nasib kau la kena tolak. Semalam parking belakang sekali, tengok-tengok dah ke depan sampai ke guard. Lagi satu, kena tahan la sebab baru basuh kereta dah ada tapak tangan dekat kereta. Pengotor sangat kau kan. Kejisssss.

Ok la, aku sebenarnya tengah bersabar. Cermin kereta i kena batu jalan uolssss. Ni kontraktor kejisss mana yang buat kerja sepah-sepah ni. Menyusahkan orang. Tak pasal-pasal nak kena pergi kedai cermin. First layer cermin je dah retak, second layer tu aku tengok tak ada apa pun.

Nanti nak tanya kedai la berapa kena. Duit lagi kan. Sabar je la. Memang agaknya aku ni tak boleh update gambar kereta dekat blog or twitter. Nak tau kenapa?

First picture gambar bumper kereta aku letak dekat blog pastu tak lama kemudian bumper aku tergesel dengan tembok rumah.

Second picture gambar cermin depan aku upload dekat twitter sebab tengah tunggu kawan dekat dataran merdeka sekali esoknya kena batu daaaaa...

Ok la, lepas ni tak nak upload gambar kereta lagi. Mungkin sebab orang ingat aku riak. tapi riak kah aku? Kereta pun standard je. Tak ada transform jadi Passo :)