Thursday, January 5, 2012

Balik kampung. Hohohohoho. Balik kampung.

Aku semangat nak balik kampung dekat rumah opah sebab sekarang kan musim buah.
Cousin aku sms cakap opah aku tanya aku balik tak sebab sekarang musim rambutan, manggis, durian.

DURIANNNNNN? Durian tu memang feveret aku dari kecik. Memang hantu durian.

Aku balik JB ke balik Pahang ke dah biasa drive sorang-sorang. Janji ada radio la. Kalau tak memang aku boleh terbabas kot.

Masa nak balik rumah nenek aku dekat Pahang ni aku ikut line kanan sekali dekat Jln Gombak. Ikut belakang myvi hitam pastu tiba-tiba ada bunyi batu dekat cermin. Tengok-tengok dah retak.
Dah spoil la mood nak balik kampung tu kan tapi nak buat macam mana. Hidup harus diteruskan.


Masa lalu dekat jalan nak ke Karak ni rasa tenang aman dan bahagia sebab tak ada kereta. Boleh lalu tengah-tengah jalan sambil menyanyi riang tersenyum senang. Ewahhhhhhh.




Haaa. Dekat sini sepanjang jalan selisih kereta tak sampai 10 bijik. Jadi kita tawakal je la.





Cantik kan gambar awan tu. Ektuali dekat depan tu ada projek pembinaan untuk bina ibu pejabat polis. Abah cakap nak cuba mintak tukar sini. Memang dah siap ada masjid, kuarters, pejabat semua. Tapiiiii semua tak setuju sebab sepanjang jalan tu kiri kanan semak samun. Lebih elok je la duduk dekat Johor tu.


Masa dah sampai rumah opah aku tengok orang tua tu pergi baring dekat dapur tengok tv kecik pastu aku tengok ada tv besar.



aku : Opahhhh. Ni siapa punya tv ni? Besarnyaaaaa. *jakun*

opah : Pak Lan baru beli tv baru. Dia kasi aku.

aku : *senyum* Kenapa opah tak tengok tv besarrrr ni?

opah : Aku mana reti bukak, tengok je la dekat sini senang.

alolololo. Comelnya opah aku ni.

Pastu aku ambil remote tekan-tekan tak appear pun dekat skrin. Gelakkan lagi orang tua tu. Aku dah fedup tekan-tekan tak boleh. Sekaliii entah macam mana ada channel. Wahhhh. Berjaya.

Sepanjang aku bukak tv, opah tengok la sekali dengan aku. Dia kata bila dia sorang tak ada orang nak tengok tv ni. Kesian nenek aku tapi kalau weekend ada je anak cucu balik.

Masa nak balik tu salam opah aku dengar budak sebelah menangis terjerit terlolong.

aku : Opah. tu dah kena sampuk ke?

0pah : Ha ah. Pukul berapa dah ni?

aku: *sabar je la dia tanya aku pukul berapa* Dah pkul 11 pagi la pahhh.

opah : *terkejut, angkat bahu. Memang comel la opah buat-buat terkejut* Pagi pun kena ya.

aku : Ok la pah, uda balik dulu.

Sebenarnya aku seram jugekkkk. Opah kata sejak jiran sebelah ni tambah rumah dekat tepi, anak dara dia selalu kena kacau. Kadang-kadang nampak kelibat orang lalu. Kadang-kadang nampak orang besar tinggi ada bulu-bulu. Macam tu la opah aku cerita. Kalau opah aku tipu bermakna aku tipu korang jugekkkkk. Hahahahaha.

No comments:

Post a Comment