Monday, February 13, 2012

Dua belas hari di hospital.

Salam.

Aku rasa ramai yang dah tahu aku kena admitted hari tu sebab kena jangkitan kuman pada buah pinggang. Terpaksa update status dekat facebook sebab perlukan sokongan mental dan fizikal dari kawan-kawan. Hari pertama admitted tak nak bagi tau sesiapa sebab tak nak orang risau.

Mak tanya ok tak? Jawab okkkk jeeee. Tapi dalam hati bila mak nak datang sini. Konon-konon boleh survive sorang-sorang tapi mengaku diri tak kuat.

Masa pergi check up as a pesakit luar. Tanya staff hospital macam mana nak check up dia jawab nak tak nak je sebab aku still boleh berjalan lagi tapi dalaman rasa macam nak tercabut pinggang aku.


Bila jumpa doc terus tangan mengigil. Doc suspek sakit tiriod atau hepatitis. Ok. Tetiba sakit hepatitis kannn.

Doc pun tak tau sakit apa sebenarnya. Bila check darah terus dapat detect kena jangkitan kuman. Sayu hati bila doc suruh buat x-ray sekarang jugak sebab takut pankreas pecah.

Berdebar-debar pergi buat x-ray tapi bila check nasib baik tak ada apa-apa. Doc kata kena tahan wad jugak hari ni. Doc tulis panjang lebar dekat report, dia suruh tunggu. Aku tunggu dekat pintu masuk, ada staff tanya aku macam nak marah. Tunggu siapa dik?

Tunjuk report, kata doc suruh tunggu. Staff tu baca report terus ambil wheelchair suruh duduk. Baru perasan rupanya aku dekat tempat separa kritikal.

Masuk-masuk wad je katil dah penuh, kena tidur atas troli yang kecik tu. Nurse kasi kain sarung dengan baju hospital. Troli duduk betul-betul tepi pintu masuk. Pertama kali tidur pakai kain sarung. Tidur lena tak lena. Kejap-kejap doc kejut tanya keadaaan.

Hari kedua check tekanan darah. Nurse tunjuk mesin check tekanan darah pada doc. Ada cakap sikit-sikit. Terus masukkan aku dalam bilik rawatan. Masukkan tiub pada pundi kencing, masukkan jarum paling besar dekat tangan kiri.


Meraung-raung sakit sampai nurse gilir-gilir cakap sabar. Rupanya tekanan darah aku 45, doc takut aku pengsan dalam bilik air sebab diaorang dah get ready nak masukkan berbotol-botol air dalam badan aku. Berat aku naik sampai 7kg.




Doc kata kes aku paling dramatic sebab sakit tiba-tiba, aku demam sampai 39c. Nurse asyik suruh mandi je. Aku tak larat nak bawak beg plastik yang penuh air kencing dengan botol yang penuh air. Basahkan tuala letak dekat kepala sampai basah bantal dengan baju. Lepas dah masuk air banyak-banyak, kencing pun kena sukat T__T



Mak datang dengan abah. Ok. Masa ni rasa nak menangis sambil peluk cium tapi cover-cover lagi sebab tak nak mak risau. 2 malam mak tidur dekat kerusi. Sayu hati tengok abah tidur dekat kerusi sambil berdengkur kuat. Kepenatan agaknya. Masa ni memang menangis senyap-senyap ;(

Malam dah sakit rasa cucuk-cucuk dekat buah pinggang. Mengadu dekat mak sambil nangis cakap tak tahan. Rasa kalau dah ajal memang redha sebab sakit sangat. Mak tekan-tekan dekat kaki aku masa tidur. Kalau dah tak timbul balik, maksudnya ajal dah dekat. Mak ingat aku tidur agaknya.huhuhuhuhu.

Mak dah nak balik baru dapat tukar dari kelas tiga ke kelas dua. Lega rasa sebab tak nak dengar orang menjerit-jerit sakit malam-malam. Mak nak balik rasa lemah semangat tapi apa boleh buat, abah pun tak sihat.

Bila mak dengan abah balik, menangis lagi........ tapi online facebook tengok kawan-kawan komen jadi kuat semangat balik.

Demam dah reda, dapat tukar first class. Ohhhhhhh. Lega gila rasa, tak payah nak jalan jauh-jauh pergi balik air. Rasa macam nak terkencing dalam seluar sebab bilik air jauh gilaaaaaaaaaa.

Masa ni dah boleh makan lebih 3 sudu. Baru rasa nikmat makan.




Demam dah beransur-ansur reda tapi ada doc cakap sel darah merah makin kurang. Doc suspek aku sakit Anemia. Doc tanya keturunan ada sakit tu ke? Aku jawab tak dee. Sihat je doc. Doc angguk kepala. Kasi appoinment, nanti datang sini lagi ambil darah.

Khamis ni aku kena datang HKL lagi ambil darah. Doa-doa tak ada apa-apa.