Monday, September 10, 2012

Mungkin.....2012

Bismillahirrahmanirrahim

Salam.

I dont know how to start this entry. Aku menulis entry ini bukan untuk menarik simpati siapa-siapa tetapi untuk kenangan dalam hidup aku yang tak mungkin aku lupa. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mengambil berat dan memberi sokongan untuk aku membuat keputusan.

Sejak abah confirm ada sakit, dia buat kemoterapi ikut jadual. Masa dapat tau result dia dapat kanser, aku tak tunjuk perasaan sedih sebab aku tahu orang yang menghidap kanser perlu dapat sokongan daripada family members.

Well. Hari makin hari. Dengan harapan after buat kemo kami semua harap batuk dia semakin berkurangan dan dia boleh sembuh.

Aku pantau kesihatan dia selepas dia habis sesi kemoterapi. Alhamdulillah. Badan dia tak kurus mendadak malah dia makan makin banyak daripada biasa. Rambut mula gugur tapi aku nampak dia tak tunjuk yang dia ada sakit.

Berapa bulan lepas tu, aku tengok dia dah mula tersenyum. Gembira dia sebab rambut dia dah tumbuh. Tak ada rambut putih lagi. Dah macam orang muda, dia tak pakai topi bila ke keluar rumah. Batuk dia pun dah berkurangan.


Tapi selepas aku balik JB untuk sambut Hari Raya Aidilfitri, aku tak boleh lelap bila nak tidur. Batuk abah silih berganti. Kadang-kadang dengar macam dia sesak nafas. Aku buka pintu bilik tengok dia sedang duduk sambil tangan menekan dada. Aku datang dan ambil minyak panas di sisi dia, aku urut belakang dia, dan aku pergi ambil air panas untuk dia minum. 10 minit lepas tu, baru dia lega. Perkara yang sama berlaku setiap 30 minit sehingga dia lelapkan mata.

Bila batuk dia dah kurang, aku pergi ke bilik aku. Selalunya aku tidur di bilik, aku tutup pintu bilik aku. Kali ni aku biarkan pintu bilik aku terbuka sedikit. Aku tarik bantal dan aku tak perasan air mata aku mengalir.

Perkara yang sama berlaku keesokkan harinya. Adik aku, Eda silih bergantinya suaranya dengan batuk Abah dan aku tahu dia sedang berjaga. Aku diam.

Terngiang suara kakak aku, kak ngah siang tadi.

"balik ni kamu pulak yang berjaga sebab kamu tak ada, kak ngah yang berjaga..."

aku faham... dalam keadaan macam tu, siapa sahaja yang boleh melelapkan mata. Sentiasa berjaga-jaga sebab abah boleh pitam kalau batuknya tak reda.

Dia bercerita....."abah jatuh motor dekat tepi jalan..nasib baik kawan abah kejutkan..."

Kami terdiam. Tak dapat aku bayangkan seorang lelaki tua batuk lalu pengsan dan dihempap motor dan itu ialah ayah aku.

Aku sebak.
Tak menunjukkan perasaan aku sebab aku tak mampu nak menangis di depan dia.
Aku keras hati.

Aku terus cakap dengan dia, abah pergi la kerja bawa kereta Kancil Abang Umar tu (abang ipar aku) dan terus dia jawab, "susah bawa kereta tak boleh berhenti tepi jalan, kalau naik motor boleh berhenti-berhenti..."

Aku terdiam. Susah nak mengagak reaksi dan perasaannya. Sudah beberapa kali pegawai mengingatkan dia tak perlu bekerja di luar pejabat atau mengajar polis-polis baru menunggang motosikal berkuasa besar tetapi dia degil. Jawapan yang pasti, "alaaaa.abah naik kereta peronda je..."

Aku tersenyum. Sebelum pergi mengajar di luar pejabat, tangannya lincah melakar peta jalan untuk-untuk polis-polis baru mahir menunggang motosikal. Adakalanya mulutnya becok bercerita pegawai polis perempuan yang mahir dan kadang-kadang terjatuh ketika menunggang motor yang berat itu.

Aku tersenyum dan bergurau dengan adik tentang ketinggan abah yang tak seberapa dengan motor itu. Kami selalu usik mengenai ketinggian abah. Terus dia bangun sambil kaki menjengket. "Tengok ni, siapa kata abah rendah...."

Gelak besar kami dengan gelagat abah.

Raya tahun ni abah tak dapat bersama dengan kami sebab dia kena bertugas masa hari raya pertama. Setiap berapa jam dia akan call adik bertanyakan tentang kami. Mungkin dia rasa sunyi bekerja ketika hari raya.

Selepas aku pulang ke KL, aku terima call daripada officemate aku yang salah seorang our best friend dekat office bapanya meninggal.

Bergegas aku dengan kawan aku pergi melawat jenazah bapanya.

Aku sedekahkan bacaan Yasin lalu aku menutup Yasin yang aku pegang dan mataku tertumpu pada kaki jenazah.

Terdetik di hati...."Ya Allah...Kau telah berikan nikmat yang tidak ternilai kepada aku iaitu ibu bapa ku yang tidak pernah jemu melayan kerenah aku dan menjaga aku ketika aku sakit di hospital. Ya Allah, kau berikan peluang untuk aku menjaga bapa aku sakit dan kini aku menetap di sini sedangkan aku punya peluang untuk meminta tukar tempat bertugas...."

I dont know how to give my expression when i made this decision.

Aku terpaksa tinggalkan tempat kerja yang selesa, serta merta kemudahan yang aku ada sekarang belum tentu akan ada di tempat kerja baru. Rakan-rakan pejabat yang sentiasa bergelak tawa dan sentiasa ada ketika aku sedih. Walaupun ada yang ingin bertanya apa masalah yang aku hadapi. Aku hanya tersenyum. Mungkin aku lebih suka berdiam diri kerana perkara itu sentiasa berlegar di fikiran aku.

Aku cuba bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi dalam hidup aku. Beberapa kali terfikir, bukan tiada sesiapa yang boleh menjaga abah tetapi sampai bila aku mengharapkan mereka. Kak Long sudah punya keluarga, Kak Ngah bakal mendirikan rumah tangga tahun depan, adikku Eda baru memulakan pekerjaan dan adikku yang bongsu sedang belajar di Tangkak dan emak. Emak tidak kuat seperti dulu, lututnya sentiasa sakit dan sekarang masanya untuk aku membalas jasa kedua orang tua aku.

Dugaan besar yang pasti untuk aku dan kini aku berdiri kaku sambil memegang surat pertukaran. Tak dapat aku bayangkan perasaan dan air muka bos aku bila aku minta dia sign surat pertukaran aku. Dia terlalu baik....menganggap aku seperti anak dia. Tak mungkin aku lupa.... 5 tahun di KL dan sekarang aku menunggu kekosongan tempat bertugas.

Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Ameen.






3 comments:

  1. x dpt nak baca n3 ni smpi abis... mata da merah berair2 da ni...i sensitive skit bab ayah2 ni... lagi pon hari ni da genap 1 bulan ayah akak pergi... thank arda sbb dtg umah akak hari tu...

    ReplyDelete
  2. welcome akk..taip entry ni pun nanges2...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. da, sementara ada peluang, baliklah, walaupun hati ni berat nk berpisah dgn korang, tp mak & ayah da da lg memerlukan awak...walaupun kita akan terpisah jauh, tp itu hanyalah jarak, dlm hati tetap dekat...

    ReplyDelete