Monday, January 21, 2013

Tutorial delete akaun nuffnang.

Cari dekat google macam mana cara nak delete akaun nuffnang tak dapat-dapat, maka aku buat satu tutorial untuk korang yang nak delete akaun nuffnang.

Aku ada 2 akaun nuffnang bawah nama aku dan bila aku search laman web nuffnang, kita tidak dibenarkan mempunyai 2 akaun nuffnang dalam satu masa.


Macam mana aku tahu? Ok. Korang buka laman web nuffnang.



Then korang akan nampak FAQ dekat bawah sekali. Daripada situ la aku dapat tau yang kita tak boleh ada dua akaun nuffnang.



Aku nak delete akaun nuffnang aku yang lagi satu, sama juga dengan korang yang nak delete akaun nuffnang korang.




Macam nak delete account nuffnang?

1.Klik button CONTACT US. Dekat laman web nuffnang bawah sekali.





2.Tick 'technical support' dan klik button NEXT.



3.Isi butiran yang diperlukan dan yang paling penting korang kena bagi tahu nama akaun nuffnang dan nombor kad pengenalan. Nak letak nombor telefon pun boleh.




4.Kalau korang nak nuffnang reply cepat boleh tukar priority LOW kepada HIGH. Klik button SUBMIT.

Macam aku buat, dalam hari tu juga dapat respond.

5. Lepas tu nuffnang akan reply melalui emel yang korang kasi macam ni.




Sekarang, dah settle delete akaun nuffnang.

Untuk kepastian korang atau untuk korang nak reply respond daripada nuffnang, korang kena log in dulu akaun nuffnang baru boleh klik link to ticket seperti di atas.

Tak klik link yang diberikan tu pun tak pe sebab nuffnang dah bagi respond melalui emel korang.


Macam ni la rupa ticket yang diberi nuffnang. Aku hantar email tengah hari, petang tu dah dapat respond. Dekat bawah tu respond yang diberi nuffnang.Sama je dengan respond yang diemel dekat korang.


Siapa tak paham sila letak tangan atas keyboard dan hantar dekat komen box aku. Hiksss.



 


Tukar link.

Akisah link blog lama sudah bertukar daripada

http://ardajamil.blogspot.com/       

kepada                

http://ardaahmad.blogspot.com/

kerana

nama ingin sama dengan akaun pesbuk.

ok. sumpah. ini last tukar link blog :)

Monday, January 14, 2013

Onyang dan Cicit.

Ni gambar Zahin dengan moyang dia. Aku nak tutup rambut opah sikit punya susah. Ambil rambut palsu tepek je dekat sini. Nak tergelak pulak aku tengok gambar ni.Zahin tak boleh duduk diam.



Mom Besday~49 years old

 



5 Januari 2013 genap umur emak 49 tahun.



Kami beli bunga ros dengan kek untuk celebrate besday emak. Petang tu ambil mak balik kerja terus pergi kedai makan dekat Bomba Larkin. Makan kacang pool + ABC dekat situ. Memang terbaik. Mula-mula nak kasi lepas makan pergi dekat Taman Merdeka tapi kebetulan tak ramai orang masa makan. So, pergi dekat kereta ambil kek dengan bunga ros senyap-senyap lepas tu terus pass dekat abah. Abah yang kasi bunganya. Bila kami buat suprise mak macam tak terkejut pun. hahahaha. Mak, susah nak agak apa perasaan dia. Dia seorang perempuan yang tabah. Walaupun dia sedih, dia tak pernah tunjuk dekat anak-anak. Pernah satu hari tengok dia selsema teruk lepas bangun tidur.

Bila aku tanya, " mak menangis eh?.."
Mak jawab, "tak la.mak kan ada resdung.."

T___T

See. Tak boleh nak agak kan perasaan dia?




Eda beria-ria cakap muka dia macam mak. Ok. Fine. Comel lettew.

 Muka adik macam muka aku. Bezanya adik gemok sket. Hahahahahaha.

Aku tak tau malapetaka apa bila aku balik JB tak ada baju mereka yang aku muat. Terasa gedabak diri ini. Cardigan ni buat aku nampak lagi gemuk. *salahkan cardigan*. Masa ambil gambar ni, abah pergi bilik air. Tak ada la gambar dia dengan emak. Bunga ros tu cantik kan. Aku suka. Beli dekat Taman Pelangi. Nyonya tu kasi harga 6 tangkai bunga ros RM45. Ok la tu daripada tak ada apa-apa nak kasi kan.

Untuk emak, Selamat Hari Jadi. Harap-harap emak dipanjangkan umur nanti boleh tengok uda kawen. Pfffff. Terima kasih sebab jadi emak yang tak kuat membebel. I dont loike emak yang suka membebel tak tentu hala. Love u mommy sebab dia cool!