Masa rombongan lelaki datang dah kecoh-kecoh. Katanya 15 ke 12 biji kereta yang datang. Terketar-ketar Mak Yah (mak aku) takut makanannya tak cukup. Ingatkan dak Wan (tunang eda) gurau-gurau manjer sebab dia tu kalau cakap suka bergurau. Aku kena yakinkan mak bahawasanya makanan adalah cukup. Hahaha. Walaupun dalam hati berdebar-debar takut makanan tak cukup.
Tema adik aku pilih warna purple putih pink. Eh. Bukan adik aku pilih, aku yang pilih. Semuanya mengikut citarasa dan anak tekak aku. Mihihihi.
Hantaran dari pihak lelaki. Tema hitam putih. Pakcik yang pakai baju putih biru tu orang blok rumah aku. Dari akak aku sampai adik aku dia ada. Baguih pakcik ni, jadi wakil bapak yang selalu cakap slow motion. Lambat na nak bercakap sebutir-sebutir. Katanya harus dengan penuh perasaan tapi sebenarnya dia pun ketaq lutut. Sebelum majlis harus kena sound sebijik dua, "bah cakap tu cepat sikit ye, orang lapar nak makan..." Walaupun kasar bunyinya tapi tu la hakikat kalau anak perempuan ramai, cakap dengan nada bergurau ye.
Duduk di hadapan, tudung pink tu la bakal mak mentua eda.
Tahun 2013 ni semua warna kusam-kusam. Katanya nak mengikut trend semasa.
Tudung pink tu la Cik Yah. Dia tgh neves lettewww. Pikir makanan dia cukup ke idokkk..
Bapak tengah pikir apa nak cakap.
Eda tangan dah mengigil. Macam mana ni uda. Ramainyaaaa. Hahaha. Ayat sama duk ulang sepuloh kali
Adik yang ala-ala najwa letih. Hahaha.
Abah tak sihat tapi gagah jugak dia.
Pengantin lama sibuk nak berposing. Udah-udah ler tu. Zaman hangpa dah berlalu.
Sumpah lawak giler aku tengok muka zahin masa ni.
Benda alah ni pun hakuuu yang buat. Ada kesilapan oh my english di situ. Sila abaikan
Cik Yah dan tawan-tawan.
Ini la tunang eda, Wan namanya.
Kek |
Cuba teka ini kain untuk siapa? Hehehehe. |
Kain untuk nikah. |
Sireh Junjung Coklat. *malas nak rotate* |
Perfume set Victoria Secret + Omnia |
Eda dan saudara mara belah lelaki.
Eda dengan kawan-kawan
dan last sekali...
Umar Zahin bin Umar Syahiddi
Orang kuat majlis yang asyik tidur. Ni pun baru bangun.