Friday, May 24, 2013

Saat yang paling pilu.....

aku sekarang ada dekat JB ni, tinggal berdua je dengan eda dekat rumah.

emak dengan adik aku ada dekat hospital jaga abah.

aku bengang giler hari ni. tak tau la mood PMS aku ke apa. Rasa nak mengamuk je.

Ok. Tadi aku pergi tengok abah. Last aku balik 2 minggu lepas. Abah sekarang dah kurus. Totally different aku tengok dia sebelum ni. Badan dia dah kurus. Muka dah cengkung dan paling yang aku tak tahan sedih sebak pilu bila dia dah mula cakap yang bukan-bukan.

Sebelum aku nak balik JB lagi Kak Ngah dah call suruh balik cepat sikit. Abah ada sebut nama aku. Pastu semalam dia cakap dengan mak aku, "uda nak makan, masak nasi...."
Memang dulu masa abah sihat, kalau abah masak apa-apa aku suka gurau dengan dia. Bah, masak lebih sikit bah, uda nak makan jugak. Saja-saja cakap macam tu tapi aku tak tau pulak yang dia ingat.

Aku paling sedih bila tengok mulut dia macam mengunyah makanan tapi sebenarnya dia tak makan apa-apa. Tiba-tiba dia cakap abah banyak sangat makan padahal itu cuma ilusi dia je.

Masa nak balik dari jenguk dia abah ada cakap dengan Kak Ngah pergi la beli makanan apa-apa, ambil duit dalam wallet abah. Kita dah tak susah macam dulu.........

Aku terus menangis.

Baru aku tahu macam mana pengorbanan seorang bapa nak menyara 5 orang anak. Dia sanggup susah sebab nak besarkan kami adik beradik sampaikan aku dah kerja pun abah jarang nak minta tolong kami...

Alhamdulillah, kami dapat selesaikan hampir semua masalah yang abah tanggung. Aku yakin rezeki dan walau susah macam mana pun pasti ada rezeki untuk abah.


Pasal proses perpindahan aku dari KL ke JB tu tak berjalan dengan lancar. Entah kenapa boss aku yang aku anggap seperti ayah sendiri tak ada perasaan timbang rasa dan empathy. Sebelum ni boss ada suarakan untuk tolong aku tapi bila aku mohon kelulusan untuk mohon pengganti aku dihantar kemudia kelak terus dia berubah jadi keras hati. Aku hilang rasa hormat. Mood kerja jadi tak menentu. Hati tak tenang setiap kali terima panggilan dari keluarga. Bimbang kalau jadi apa-apa pada abah.

Lepas tak dapat kelulusan boss, aku cuba nasib pergi ke pengarah. Mana tahu usaha aku berhasil. Puas aku menangis, merayu. Aku cakap aku dah tak larat nak balik JB setiap minggu. Masa dan duit banyak habis. Bukan aku merungut tapi kalau boleh harap pengarah faham masalah yang aku hadapi. Pengarah tengok muka aku dan dia suruh aku tunggu sekejap. Rupanya dia minta pandangan boss aku. Boss aku tak bagi juga dan akhirnya aku balik dengan hampa.


Aku genggam borang pertukaran tu. Terngiang-ngiang kata pengarah aku, "janganlah disebabkan kakak2 awak dah berkahwin, adik beradik lain letak tanggungjawab tu dekat awak...."

Dah la tak luluskan pertukaran aku, malah kata-kata negatif dihamburkan pada aku.......


Ingin aku melawan....ingin aku menjawab...tapi aku sebak....air mata aku laju...suara aku tersekat di kerongkong..


Saya nak pindah bukan sebab biar adik beradik saya letak tanggungjawab untuk mejaga ayah saya pada saya tapi saya pindah sebab tanggungjawab saya pada ayah saya masih belum cukup terlaksana....

Kalau pengarah terbaca blog saya ni, saya nak bagi tahu Dr bahawa di saat penghabisan hujung nyawa ayah saya, kami adik beradik tak berkira tanggungjawab siapa yang lebih.....


Aku cuti hari ni dengan semalam pun sebab nak settlekan hal abah mana yang patut. Kami bincang macam mana nak bawa abah balik. Perlukan kelengkapan yang cukup. Tilam angin sebab ada bedsore, katil yang boleh laras dan tong oksigen tapi badan kebajikan tu buka separuh hari sahaja dan perlukan cagaran RM200.  Saat begini, duit dan tenaga kami dah tak berkira.....

Rasa kesian pada adik. Siang tadi abah paling kuat meracau. Dia menjerit suruh tarik handbreak, katanya adik aku nak bunuh dia sebab kereta tak boleh break. Menangis-nangis adik....Nasib baik nurse nampak terus kasi abah ubat penenang.

Mak pula jarang menangis. Entah la. Mungkin dia tak nak tunjuk yang dia sedih depan kami.

Abah sekarang selalu tidur mata celik, nampak mata putih je. Kadang-kadang dia selalu pandang atas. Kadang-kadang dia berbual macam dia sihat. Dia kata dia tengok tv cerita cartoon, robot boleh bercakap la, dia suruh on laptop, dia suruh alih motor, kadang-kadang dia cakap dia dekat pasar. Memang semua aktiviti tu dia buat masa dia sihat...


Rasa rindu pada abah. Rindu nak dengar dia marah sebab berebut tengok tv dengan dia. Rindu nak rasa masakan keli sambal....rindu nak tengok abah pura2 jalan kaki senget sebelah...Rindu nak dengar abah nyanyi kuat2 suruh kami bangun pagi...


Abah...uda rindu semua kenangan tu ;(

1 comment:

  1. al-fatihah, walaupun abah dah kembali ke rahmatullah, kenangan bersama x akan pernah terpadam, walau di mana pun dia, walau di mana pun kita, abah tetap tersemat di hati...

    semoga arda dan keluarga tabah menghadapi ujian dariNya...daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...

    ReplyDelete