Thursday, June 6, 2013

Tiada pengganti abah......

بسم الله الرحمن الرحيم.


29 May 2013, 6.00am.

Dapat call abah dah tak ada. Masa tu aku baru je mimpi abah datang. Berdiri sambil tersenyum. Di belakang dia ada cahaya. Abah senyum, tenang. Rasa rindu masa mimpikan dia.

Tak sangka hari Ahad tu adalah hari terakhir jumpa dia. Sempat cium tangan dia dalam keadaan yang lemah sebelum balik KL. Sampai tertinggal bas masa tu...

Abah pergi tinggalkan kami semua hari Rabu. Genap umur aku 25thn 1 minggu dan seumur hidup aku hari jadi tahun ni adalah sambutan hari jadi yang paling memilukan.....

Sepatutnya kami bawa abah balik rumah hari Khamis. Katil dan tong oksigen dah siap dekat rumah, tinggal nak arrange ambulans sebab abah tak boleh balik naik kenderaan biasa. Badan dia lemah, sensitif dan lumpuh separuh badan.

Seminggu sebelum abah nak pergi dia cakap dengan mak nak balik. Banyak kali dia cakap macam tu. Mak serba salah sebab keadaan tak mengizinkan tapi kata doktor, we should spend more time with him. Kami sepakat nak bawa abah balik rumah tapi everything yang ada dekat hospital mesti ada dekat rumah.

Kak Ngah susah payah deal dengan badan kebajikan untuk pinjam katil dan tong oksigen tapi dengan syarat perlu ada cagaran RM200 + transport cost around RM1++. Alhamdulillah, barang-barang selamat sampai rumah. Duit dah tak jadi kiraan, sumbangan daripada orang-orang melawat ada. Rezeki abah murah masa tu.

Mak jaga abah masa malam tu...mak terlelap, nurse datang nak ambil darah tengok2 abah dah tak ada.

Meraung mak.....nyawa abah ditarik dengan lembut oleh Allah.......

Abah dikebumikan di Pahang, dekat dengan kubur ibu bapanya. Permintaan arwah sebelum dia tak mampu bercakap.....

Kami sekeluarga redha dengan ketentuan ini. Abah menderita selama 2 tahun penyakit kanser paru-paru.
Kemoterapi yang ke 77 adalah kemoterapi terakhir. Lumpuh separuh badan kerana sel kanser merebak ke tulang belakang. Akhir sekali sel kanser telah merebak ke otak dan jangkitan kuman bedsore di punggung abah juga adalah sebab abah menderita.

Ramai yang tanya kenapa tak berubat atau ikhtiar? Kami dah cuba berbagai-bagai cara, tradisional dan moden tapi masa dapat kesan kanser dah tahap 4. Tahap terakhir. Tak ada tanda awal-awal yang abah menghidap kanser paru-paru tahap 4 kecuali batuk teruk yang berlanjutan.


Urusan pengebumian berjalan dengan lancar...semuanya dipermudahkan oleh Allah. Mungkin hikmah abah dan kami diuji dengan ujian yang hebat. Hanya Allah yang tahu bagaimana abah dan kami sekeluarga diuji dengan tahap ketahanan mental dan fizikal yang begitu tinggi. Hanya Allah yang tahu....


Rezeki abah tak henti-henti. Ramai kawan-kawan arwah dan orang sekeliling bagi sumbangan. Alhamdulillah.....

Terima kasih kepada kalian yang ambil berat...bagi sumbangan ikhlas...bagi moral support. Hanya Allah yang dapat balas jasa kalian.....


Al-Fatihah untuk arwah abah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...


Al-Fatihah








No comments:

Post a Comment