Monday, January 31, 2011

Banjir Ohhh Banjir.

Baru sampai JB.

Sekarang musim tengkujuh.

Lalu dekat highway utara-selatan macam biasa.

Sekali tu tengok dari jauh jalan ditutup kepada satu lorong.

Hujan renyai-renyai. Tak ada la lebat mana.

Tapi....







Sungai Tangkak dah melimpah ke jalan. Huuuu. Takutnya. Tawakal je la lalu dekat situ.
Alhamdullilah. Selamat sampai.

Sampai JB terus call mak. Rupanya mak jumpa kawan lama dia dia dekat Plaza Angsana.
Pastu mak cakap nak belanja makan pizza. Best best.


Pizza baru.Whoa. Ranggup je lebih + manis.

Adik dengan baju Mekdi.



Aaron kata muka kami sama. Ye ke?

Tuesday, January 18, 2011

25 perkara yang kau tak tau tentang aku.

Ini adalah hasil tag kawan seopis aku @ kawan seperjuangan di ofis. Ececece.

Cik ruby, here i go.

1. Aku sangat allergik dengan orang yang biasa tapi berlagak kaya dan orang yang tak tau tapi berlagak dia tau semua.

2. Kaki aku secara automatiknya akan mengigil apabila aku drive kereta dekat Jalan Bukit Bintang. Fobia barangkali sebab aku telah menyebabkan 2 kali kejadian kereta di sebelah aku kena langgar bumper sebab aku suka/terpaksa masuk line mereka secara tiba-tiba *mati la kalau bapak aku tau*

3. Aku sangat tidak suka makan di kedai mamak sebab selalu terbayang bulu-bulu di tangan mamak itu ketika mengunyah roti canai.

4. Aku tak minum air Anggur sebab aku akan pening lalat selepas itu.

5. Aku selalu lempar buku latihan atau buku sekolah kakak aku dari tingkat 3 rumah kami bila kakak aku buat dajal dengan aku. Kalau tak lempar, aku koyak buku dia sampai aku puas. *keji*

6. Masa kecik aku suka gaduh dengan orang iaitu dengan cara menguris tangan mereka menggunakan kuku aku. Dengan melihat corak di tangan mereka aku rasa puas. *gila*

7. Aku pernah menulis surat mohon maaf kepada mak aku lepas tu selit dekat bawah bantal mak aku sebab aku rasa bersalah dan membuatkan mak aku menangis-nangis baca surat aku.


8. Jiwa aku lebih kepada ingin menjadi polis tapi adalah sangat tidak adil bagi aku bila bapak aku buat-buat tak dengar bila aku mintak tolong dia ambilkan borang Polis. Sudahnya aku jadi Setiausaha yang sentiasa berusaha.

9. Aku ada 2 kakak dan dua adik perempuan tapi aku tak pernah muat pakai baju mereka. Size baju mereka hanya S, S dan SSSSSSSSSS sahaja. Mak fedup tau.

10. Berat badan aku adalah sangat tidak teratur. Sila beri tekanan yang melampau pada aku, aku boleh turun hampir 10 kg.

11. Aku akan termuntah-muntah dan nafsu makan yang melampau bila nak datang bulan.

12. Aku senang nak maafkan orang tapi aku susah nak lupa apa yang dah orang buat dekat aku.

13. Jiwa aku lebih kepada seni. Aku suka tengok lukisan dan mendengar muzik. Pernah bercita-cita untuk menjadi ahli muzik iaitu pemain biola. *sila muntah hijau sekarang*

14. Aku tak ada kampung halaman yang tetap sebab atuk aku dari negara seberang, Indonesia. Moyang aku berbangsa cina dari Perak dan nenek aku lahir di Selangor dan menetap di Pahang ikut rancangan Felda. Aku lahir di Pahang dan terus menetap di Johor selama berbelas tahun.
Kalau cikgu tanya aku dari mana aku akan diam macam budak bisu. *mengong*

15. Orang pertama yang kena tampar dengan bapak aku sebab jadi kanak-kanak yang paling nakal.

16. Masa darjah 5, aku pernah menghabiskan masa dan duit di cyber cafe iaitu dengan menghabiskan duit sebanyak RM5 x 1 jam. Aku lepak dekat cyber cafe semata-mata nak chatting dekat forum mamak. Paling lama aku duduk dekat situ 4 jam. Satu hari aku boleh masa RM20. *kerja gila*

17. Aku pernah kena sound direct oleh Ustazah sekolah rendah semata-mata aku tak pakai tudung masa pergi kedai beli barang mak aku pesan. Sudahnya ustazah bagi tazkirah dekat depan kelas.

18. Percaya atau tidak, seorang guru Bahasa Melayu masa aku Form 1 tak suka tengok muka aku. Dia selalu kenakan aku dengan bertanya soalan yang menyebabkan orang tak boleh jawab. Mungkin muka aku sama dengan bakal adik ipar tak jadi beliau.

19. Aku akan cop orang yang pengotor secara automatik kalau nampak orang korek hidung depan aku.

20. Bila terlampau banyak berfikir, aku memang tak dengar orang sebelah tanya/bercakap dengan aku. kalau aku diam maknanya memang aku tak dengar.

21. Aku akan terlalu sayang pada seseorang dan akan menjadi terlalu benci pada seseorang.

22. Kalau aku rasa sangat stress dan terlalu rimas, tapak tangan dan tapak kaki aku akan berpeluh. Aku terpaksa bawa sapu tangan yang tebal setiap kali ada exam.

23. Aku pernah menukar kad pengenalan 3 kali gara-gara salah nama ejaan nama dan salah alamat.

24. Sekarang ni masih mencuba menjadi teman yang setia walaupun banyak kali sakit hati. Pernah dulu aku tipu seorang budak sosial yang nak berkawan dengan aku, alasan mak aku tak kasi kawan dengan dia padahalllllll mak aku tak pernah ambil port pun aku kawan dengan sapa.

25. Aku sekarang suka menyanyi-nyanyi dalam kereta sambil goyang kepala dengar lagu rock lepas balik kerja. Puas barangkali? Tersedar bila stop di traffic light, brader kereta sebelah pandang sambil senyum2. Kenapa? nak joint sekali?

Sekarang ni, aku nak tag Kak Linda pulak. Kak Linda... Apa lagi? Sila buat entry tag ini ok.

Friendship never end.



Gambar salingan, donut ni hasil tangan mak kepada yuk. Sedapppp....



Orang yang kita sayang mesti dia akan pergi dulu.

Ni bukan entry kesedihan melampau tapi just nak bagi tahu yang department aku banyak rombakan. Ramai staff yang kena tukar sebab nak ikut kepakaran masing-masing.

Sampai terkeluar dialog aku dengan sorang staff ni,

aku : ko memang nak tukar ke? *ayat sedih*

dia : tak ada la. ko ingat aku suka ke kena tukar?

aku : abes tu muka ko gembira je.

dia : ye la.. dah nama pun kerja, terpaksa la aku ikut orang atasan.

aku dengan staff lain panggil aku kau je. Dah macam abang kandung pulak kan.

tu lelaki tau, muka dah sedih. Kalau nak diikutkan muka aku je la yang staff yang bertahan.

Sekejap je masa berlalu. Staff baru masuk, staff lama keluar pastu masuk balik datang sini.

Tapiiiiiiii setiap kali staff baru masuk mesti aku dah tak senang duduk.

Banyak sangat fikir. Nanti dia macam mana. Senang ke nak deal dengan dia? Dia tu cerewet ke?

So far, yang tak betul tu ada la dua, tiga orang yang aku jumpa.

Masalah dalaman atau emosi tak stabil kot. Ada yang mengarah lebih daripada boss pun ada.

Pendek kata, bossy.

Kadang-kadang ikutkan mulut ni, nak je sound setepek dua tapi sebab selalu kena ingat.

Kerana mulut badan binasa. Jangan cakap lebih-lebih sebab apa yang kita cakap tu kadang-kadang orang boleh buat jadi dendam.


Sekarang ni dah la main kerja santau-menyantau. Cikpatik siap bagi lagi doa-doa dgn petua supaya tak kena santau tapi aku ni biasa la kan. Cakap sepuluh kali pun tak dengar, dah kena baru nak ingat.

Sebelum mereka-mereka tu pergi kitaorang memang ada buat farewell. Makan-makan tu wajib la bagi aku. Siap bawa cheese cake dari Midvalley lagi tapi kurang asam la. Dulu cheese cake tu RM10 tau, sekarang dah jadi RM12. Naik RM2, 2 hengget pun berharga.

Buat majlis makan-makan ni ada la jemput department lain. Kebetulan masa tu aku nak ambilkan cheese cake tu untuk member aku. Dan dan la pulak ada senior staff ni tanya aku buat ke beli cake tu. Aku jawab la beli je.

Boleh tak dia cakap cake tu tak sedap. Bagus eh. Orang dah jemput kau, cakap la terima kasih. Dan dan kau siap kutuk lagi makanan tuan rumah. Orang macam ni memang tak reti bersyukur.


Aku memang dah nak tercakap,

Itu orang tua macam encik ni memang rasa makanan semua dah tawar. Taste orang tua tak sama la dengan orang muda. Kadang-kadang kita kena sedar diri sikit.

Tapi tak terluah pulak dekat mulut aku ni. Tersekat dekat kerongkong barang kali. Heee.

Dah kenyang makan segala mak nenek jenis makanan, aku balik bilik dengan harapan nak sambung kerja balik. Sekali tu, ternampak pulak present atas kerusi.

Terharunya aku. Orang yang nak pindah kasi orang yang tak pindah. Ok la tu kan...


Dalam paper beg tu ada jam. Sempat lagi dia pergi beli. Huaaaa. Sedihnya aku bila dia dah nak pindah.






Bantal ni aku letak dekat dalam kereta je. Cikpatik ada hati nak rembat bantal aku. Pantang nampak benda cantik sikit sibuk je kan nak ambil jugak.

Tengok la gambar-gambar makanan ni. :)



Tuesday, January 11, 2011

Kenduri tak kenal sedara.

Weekend tak ada buat apa. Just datang jemputan kenduri sedara belah nenek.



Semua dah semangat-semangat datang termasuk la opah aku yang gigih juga nak jumpa sedara mara dia.

Abah pun sibuk la khabar kan jemputan untuk anak sulung dia.

Dah la datang awal, pusing punya pusing. Rupanya dekat je dengan rumah sewa aku.
Google map pun nampak macam jauh je.

Beria-ria ok sanggup tidur dekat rumah Pakcik aku dekat Gombak semata-mata takut sesat jalan.

Datang awal haruslah kan tangkap gambar dulu.

Percaya tak cousin aku semua kecik-kecik lagi. Yang besar-besar sume adik beradik aku and cousin aku sorang.


So, dah macam pangkat anak-anak buah dah.

Sampai kan opah aku sanggup cakap dekat Bella,

Suruh Mak Uda angkatkan tu.



Haaa.. Mak uda kau. Terus keluar pangkat makcik kan.

Masa tunggu orang katering tu serve, muka masing-masing dah tak sabar nak makan.


Bawah ni kakak-kakak kepada Bella.


Ni bapa saya. Dia suka buat muka macam tu bila lapar.

Adik aku yang sorang ni je yang pergi, yang lagi sorang keje dekat Mekdi.
Sibuk cari rezeki :)

Lapar sangat la tu. Bila dah siap-siap makan baru nak tanya cousin aku.


Eh. Sedara kita pengantin lelaki ke pengantin perempuan?

Pengantin lelaki la uda.

Melampau kau. Sedara sendiri pun tak kenal, tapi aku rasa boleh dimaafkan la sebab sedara jauh. Ingat pun muka sorang dua.

Sedara pengantin lelaki tetapi tempat duduk di meja pengantin perempuan. Boleh?

Monday, January 3, 2011

Kursus Kahwin.










Ini bukan azam tahun baru tapi cari pengalaman baru.

Kau pergi kursus kawin tu nak kahwin dengan siapa?

Elok je mak punya soalan.

Macam anak dara dia dah tak ada orang nak.

Persediaan awal la mak. Nanti dah ada jodoh tak payah dah nak pergi kursus.

Jawapan penyelamat.


Pergi kursus kahwin dekat Masjid Negara ni ada niat sampingan.

Temankan bakal pengantin kita Cik Teha.


Kesian dia tak ada kawan (ciri-ciri kawan sejati)



Ramai juga yang pergi dengan pasangan masing-masing tapi kita pun ada pasangan.

Tak ada la bosan sangat cuma.....

Pergi kursus dekat sini macam pergi kursus perniagaan.

Ada juga masa untuk memperkenalkan produk ya.

Aku rasa tak relevan langung masa dihabiskan dengan ayat-ayat....

Kita nak kahwin ni, perlukan banyak duit, dengan modal sebanyak blablablabla....

Ada tu siap tidur lagi dekat belakang.


Lepas tu balik rumah dapat lah sekeping fail dengan sebuah buku.

Ceramah banyak review hukum-hukum dalam perkahwinan dan perpisahan.

Betul la cakap penceramah, dekat sekolah agama Johor memang lengkap.

Dekat Johor kursus kahwin Rm120, up sikit daripada dekat tempat lain, RM80.