Thursday, November 13, 2014

status facebook

Semalam tengah makan.

Kawan aku buka cerita.

Si A ni aku tengok macam sakit.

Ye ke? mana kau tahu?

Ala...dkt facebook dia ada la.

Meh sini aku nak baca.



Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya sakit ini adalah penghapus dosaku. Aku redha dengan ujianMu ya Allah. Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhnya....

dan panjang lagi doanya.

Doa yang aku rasa doa yang kau perlu duduk atas sejadah sambil angkat tangan.

dan bukan doa yang kau duduk atas kerusi dan tangan kau di keyboard.



Monday, November 10, 2014

Setahun sudah berlalu...

Sedar tak sedar rupanya dah setahun aku tak update blog. Aku ada la log in dua tiga kali tapi tak tau nak mula entry yang mana satu. Banyak sangattttt benda yang jadi dalam hidup aku. Blog ini sebenarnya macam diari kan sebab kita boleh baca balik previous post yang lepas-lepas tu pastu boleh teremosi sorang-sorang sambil lap air mata. Bodohnya aku percaya dkt lelaki tak guna. *sambil nyanyi lagu yuna*

Alkisahnya baru lepas putus cinta lepas tu cuba menenangkan diri yang lara dan kesepian tapi sebenarnya aku tengah berusaha mencari jodoh. hakhakhak. ehhhhh..tak boleh jadi ni nak hidup sorang-sorang sampai ke tua ke? hari-hari la aku berdoa dipertemukan jodoh yang baik-baik saja sampailah satu hari Allah makbulkan doa aku.

Kisahnya nak bercerita first time jumpa dengan bakal suami. ewahhhhh...

Tahun lepas masa bulan Syawal kakak kepada kawan baik aku, cda ada buat open house dkt dgn rumah aku. Masa ni kakak cda ada la melawak sikit ckp dengan aku ada sorang ni baik budaknya. Aku macam....ok.foine kita tengok baik sgt ke??  aku pun bawak la mak dgn adik-adik aku. Macam biasa la kena berangkut sume karang sensitip plak mak aku kena duduk umah sorang-sorang. Masa aku datang tu mmg family aku dah siap makan pun, dah nak balik dah tetiba ada pulak sorang mamat ni dgn kawan dia baru sampai.

Masa dia sampai tu kakak cda dah cakap dengan aku. Tu la Luqman yang akak cakap tu.

Aku terus paling tengok dia. *eksited sgt kan terus paling*. Dia tertunduk-tunduk. Segan agaknya  mak aku pun tengok dia. Aku tengok mak aku pun senyum-senyum. Eh ni sapa yang nak kenal ni. Dalam perjalanan balik tu aku borak la dengan mak aku.

Kakak cda kata Luqman tu baik orangnya. Tengok muka macam pemalu tapi tak tau la kalau dah kenal.

Masa ni mak aku tak ada la membantah cakap apa-apa macam sebelum-sebelum ni.

Sampai la satu hari aku tengah teman mak aku beli barang dapur dekat Giant, aku dapat call dari Kakak Cda bagi tau dia ada bagi nombor telefon aku dkt somebody. Dia minta maaf la sebab tak bagi tau aku dulu.

Dkt sapa akk kasi nombor saya? Sapa lagi kalau bukan Luqman. Aku cakap tak pela akak pun dah kasi. Sebab akak pun dah kenal dia. Ewahhh. Bagi la hint yang aku pun nak kenal juga *gatal*

Lepas selang berapa minit aku dapat sms.

Assalammualaikum awak. Boleh kenal tak?

Tetiba kan anta sms terus cakap nak kenal. Aku pun cakap la dah tau ni sapa. Hahahahaha! Direct je cakap malas nak berbunga-bunga ayat.

Dia pun bagi tau la nak kenal dengan aku. Sebenarnya its take time jugak nak tunggu Luqman bagi tau nak first date dengan aku. Tengah fikir-fikir cara macam mana aku nak tengok muka dia depan-depan ni sebab aku duk la tengok gambar profile dia dkt Wechat. Tak kan nak jumpa dia dekat office kot walaupun office kitaorang sebelah-sebelah je.

Aku baru teringat yang album tunang cda dah siap tinggal nak bagi je dkt dia. Kebetulan kakak cda tu satu office dgn dia aku terus cakap nak jumpa untuk bagi album cda.

Padahalllllllllllll nak tengok muka live. Pemalu sangat kan dia sebab take a long time nak jumpa aku.Bila dah jumpa tu masing-masing nervous gila muka. Tu la first time kami jumpa dekat office aku dkt Menara TJB tu.

Bila dah kenal baru la ajak nak tengok wayang sama-sama.

Ni la gambar first time dating. Aku kan pemalu so haruslah ambil gambar tutup mulut. hahahaha.



Sedar tak sedar dah setahun kami kenal dan sebulan je lagi bakal bergelar suami isteri. Sekarang  aku tengah sibuk buat persiapan. Perasaan tu bercampur baur rasa macam sekarang jugak nak ambil cuti kawen. Overrr sangat.

Sementara aku dah lama tak update blog boleh la tengok satu gambar prewedding aku.



Tema: vintage.
Photographer: kawan-kawan.
Props: beli sendiri.
Vespa: pinjam orang.




Sunday, September 22, 2013

Wedding at Street View Hotel, JB

Wedding anak kawan baik mak. Hotel Street View ni jarang ada majlis kenduri kahwin malay couple. Mostly chinese la yang ramai tapi kalau ada yang cadang nak buat dekat sini pun boleh order katering dari luar.


Meja bulat tu boleh la letak banyak cuma dewan ni saiz sederhana.




Abang ipaq dan kakak yang selalu ikut ke mana kitaorang pergi. Rajin je abg dayat dengan bini dia ikut kalau tak kerja. Kerja polis ni kadang-kadang tak tentu masa.


Me and my youngest sista. Pantang nampak cermin nak stop sat.



Pengantin perempuan. Husband dia pergi salam-salam dengan guest kat tepi.



Ini pelamin dia. Simple je aku tengok. Kek yang besar tu jangan terpedaya tengok. Kek replika tapi nampak macam real je. First time sampai tengok oooo mak aiiiii, besarnya kek dia.



Ini yang entrance nak masuk dewan. Tempat letak doorgift jugak tapi agak sempit dan gelap la.


Dekat depan dewan @ receptionist.



Mak dengan kawan baik dia. Slim melim je aku tengok aunty ni. Tetiba rasa nak makan nasi separuh tapi tambah dua kali. Mihihihi.

Ni nak tunjuk parking kat luar sebenarnya. hehehe. Parking banyak dekat sini so tak payah risau guest ramai. If b2b yang nak buat wedding dekat sini pun ok. Price around RM2k kalau tak silap untuk tempah dewan.

Thursday, September 19, 2013

Album perkahwinan atau pertunangan.

Ada tak sesiapa yang nak dapatkan album yang berkualiti dengan harga yang berpatutan?

Arda nak cadangkan korang dengan satu syarikat ni. Nama syarikat ni PIXAJOY.




Ni contoh album yang ditempah. Kalau siapa nak tempah boleh klik link dekat bawah. Pasti puas hati. Harga pun berbaloi dengan kualiti. Tak percaya? cubalah tempah satu.

Dapatkan album serendah RM38 sekarang.
Untuk maklumat lanjut blh klik link di bawah.

TEMPAHAN ALBUM GAMBAR

Wednesday, June 26, 2013

Cda Engagement Day.

Kawan baik aku Cda dah bertunang dengan Farid pada 15 Jun 2013.

Sampai je rumah dia dekat Petrajaya Kota Tinggi, dah penuh sedara mara dekat depan rumah. Meriahnya sbb aku sedara mara tak ramai. Lepas sampai terus salam-salam. 




Ini gambar mini pelamin Cda.




 Ini hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki. Tema warna pink purple. Semua kakak Cda yang gubah.




 Gubahan sireh junjung. Cantik kan pakai fresh flower.


Gambar tuan belog harus ada satu buat kenang-kenagan katanyer.




 Cda dan hantarannya. Amboi cda muka hang senyum sampai telinga :p



 Mak bakal perantin. Mak cda kalau masak kari maveles aku habaq hang.


Ini anak sedara Cda. Actually ada kembar lagi sorang tapi dia tido pulak. Ambil gambar malu-malu. Cer tak ramai orang, letih nak melayan.



 Cda dan kawan-kawan dia. Tak silap aku diaorang ni semua kawan sejak zaman tadika lagi.


 Us. Kawan sejak zaman poly. Nak dekat 5 tahun dah. Gaduh sama-sama. Gembira sama-sama.


Aku tak masuk dalam gambar. Sapa nak gambar kalau aku masuk sekali. Sob sob.



Rombongan dari pihak lelaki.


Letih sangat aku tengok Pakcik ni. Jalan jauh agaknya. 



 Nenek Farid sarungkan cincin. Aku rasa nenek ni pun neves.

 

 Bestnya dapat cincin :)




Hantaran daripada pihak lelaki. Biru putih.


 Cda dan mak ayah farid.


Sedara-mara belah Farid.





 Mak Cda.




Adik beradik Cda.


Bakal suami Cda, Farid namanya.



The hantarans.


                                                                   The sireh junjung.







Farid dengan bakal mak mertua :)


Kami bertiga.....Dear cda and maz, aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila ;)

Thursday, June 6, 2013

Tiada pengganti abah......

بسم الله الرحمن الرحيم.


29 May 2013, 6.00am.

Dapat call abah dah tak ada. Masa tu aku baru je mimpi abah datang. Berdiri sambil tersenyum. Di belakang dia ada cahaya. Abah senyum, tenang. Rasa rindu masa mimpikan dia.

Tak sangka hari Ahad tu adalah hari terakhir jumpa dia. Sempat cium tangan dia dalam keadaan yang lemah sebelum balik KL. Sampai tertinggal bas masa tu...

Abah pergi tinggalkan kami semua hari Rabu. Genap umur aku 25thn 1 minggu dan seumur hidup aku hari jadi tahun ni adalah sambutan hari jadi yang paling memilukan.....

Sepatutnya kami bawa abah balik rumah hari Khamis. Katil dan tong oksigen dah siap dekat rumah, tinggal nak arrange ambulans sebab abah tak boleh balik naik kenderaan biasa. Badan dia lemah, sensitif dan lumpuh separuh badan.

Seminggu sebelum abah nak pergi dia cakap dengan mak nak balik. Banyak kali dia cakap macam tu. Mak serba salah sebab keadaan tak mengizinkan tapi kata doktor, we should spend more time with him. Kami sepakat nak bawa abah balik rumah tapi everything yang ada dekat hospital mesti ada dekat rumah.

Kak Ngah susah payah deal dengan badan kebajikan untuk pinjam katil dan tong oksigen tapi dengan syarat perlu ada cagaran RM200 + transport cost around RM1++. Alhamdulillah, barang-barang selamat sampai rumah. Duit dah tak jadi kiraan, sumbangan daripada orang-orang melawat ada. Rezeki abah murah masa tu.

Mak jaga abah masa malam tu...mak terlelap, nurse datang nak ambil darah tengok2 abah dah tak ada.

Meraung mak.....nyawa abah ditarik dengan lembut oleh Allah.......

Abah dikebumikan di Pahang, dekat dengan kubur ibu bapanya. Permintaan arwah sebelum dia tak mampu bercakap.....

Kami sekeluarga redha dengan ketentuan ini. Abah menderita selama 2 tahun penyakit kanser paru-paru.
Kemoterapi yang ke 77 adalah kemoterapi terakhir. Lumpuh separuh badan kerana sel kanser merebak ke tulang belakang. Akhir sekali sel kanser telah merebak ke otak dan jangkitan kuman bedsore di punggung abah juga adalah sebab abah menderita.

Ramai yang tanya kenapa tak berubat atau ikhtiar? Kami dah cuba berbagai-bagai cara, tradisional dan moden tapi masa dapat kesan kanser dah tahap 4. Tahap terakhir. Tak ada tanda awal-awal yang abah menghidap kanser paru-paru tahap 4 kecuali batuk teruk yang berlanjutan.


Urusan pengebumian berjalan dengan lancar...semuanya dipermudahkan oleh Allah. Mungkin hikmah abah dan kami diuji dengan ujian yang hebat. Hanya Allah yang tahu bagaimana abah dan kami sekeluarga diuji dengan tahap ketahanan mental dan fizikal yang begitu tinggi. Hanya Allah yang tahu....


Rezeki abah tak henti-henti. Ramai kawan-kawan arwah dan orang sekeliling bagi sumbangan. Alhamdulillah.....

Terima kasih kepada kalian yang ambil berat...bagi sumbangan ikhlas...bagi moral support. Hanya Allah yang dapat balas jasa kalian.....


Al-Fatihah untuk arwah abah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...


Al-Fatihah








Friday, May 24, 2013

Saat yang paling pilu.....

aku sekarang ada dekat JB ni, tinggal berdua je dengan eda dekat rumah.

emak dengan adik aku ada dekat hospital jaga abah.

aku bengang giler hari ni. tak tau la mood PMS aku ke apa. Rasa nak mengamuk je.

Ok. Tadi aku pergi tengok abah. Last aku balik 2 minggu lepas. Abah sekarang dah kurus. Totally different aku tengok dia sebelum ni. Badan dia dah kurus. Muka dah cengkung dan paling yang aku tak tahan sedih sebak pilu bila dia dah mula cakap yang bukan-bukan.

Sebelum aku nak balik JB lagi Kak Ngah dah call suruh balik cepat sikit. Abah ada sebut nama aku. Pastu semalam dia cakap dengan mak aku, "uda nak makan, masak nasi...."
Memang dulu masa abah sihat, kalau abah masak apa-apa aku suka gurau dengan dia. Bah, masak lebih sikit bah, uda nak makan jugak. Saja-saja cakap macam tu tapi aku tak tau pulak yang dia ingat.

Aku paling sedih bila tengok mulut dia macam mengunyah makanan tapi sebenarnya dia tak makan apa-apa. Tiba-tiba dia cakap abah banyak sangat makan padahal itu cuma ilusi dia je.

Masa nak balik dari jenguk dia abah ada cakap dengan Kak Ngah pergi la beli makanan apa-apa, ambil duit dalam wallet abah. Kita dah tak susah macam dulu.........

Aku terus menangis.

Baru aku tahu macam mana pengorbanan seorang bapa nak menyara 5 orang anak. Dia sanggup susah sebab nak besarkan kami adik beradik sampaikan aku dah kerja pun abah jarang nak minta tolong kami...

Alhamdulillah, kami dapat selesaikan hampir semua masalah yang abah tanggung. Aku yakin rezeki dan walau susah macam mana pun pasti ada rezeki untuk abah.


Pasal proses perpindahan aku dari KL ke JB tu tak berjalan dengan lancar. Entah kenapa boss aku yang aku anggap seperti ayah sendiri tak ada perasaan timbang rasa dan empathy. Sebelum ni boss ada suarakan untuk tolong aku tapi bila aku mohon kelulusan untuk mohon pengganti aku dihantar kemudia kelak terus dia berubah jadi keras hati. Aku hilang rasa hormat. Mood kerja jadi tak menentu. Hati tak tenang setiap kali terima panggilan dari keluarga. Bimbang kalau jadi apa-apa pada abah.

Lepas tak dapat kelulusan boss, aku cuba nasib pergi ke pengarah. Mana tahu usaha aku berhasil. Puas aku menangis, merayu. Aku cakap aku dah tak larat nak balik JB setiap minggu. Masa dan duit banyak habis. Bukan aku merungut tapi kalau boleh harap pengarah faham masalah yang aku hadapi. Pengarah tengok muka aku dan dia suruh aku tunggu sekejap. Rupanya dia minta pandangan boss aku. Boss aku tak bagi juga dan akhirnya aku balik dengan hampa.


Aku genggam borang pertukaran tu. Terngiang-ngiang kata pengarah aku, "janganlah disebabkan kakak2 awak dah berkahwin, adik beradik lain letak tanggungjawab tu dekat awak...."

Dah la tak luluskan pertukaran aku, malah kata-kata negatif dihamburkan pada aku.......


Ingin aku melawan....ingin aku menjawab...tapi aku sebak....air mata aku laju...suara aku tersekat di kerongkong..


Saya nak pindah bukan sebab biar adik beradik saya letak tanggungjawab untuk mejaga ayah saya pada saya tapi saya pindah sebab tanggungjawab saya pada ayah saya masih belum cukup terlaksana....

Kalau pengarah terbaca blog saya ni, saya nak bagi tahu Dr bahawa di saat penghabisan hujung nyawa ayah saya, kami adik beradik tak berkira tanggungjawab siapa yang lebih.....


Aku cuti hari ni dengan semalam pun sebab nak settlekan hal abah mana yang patut. Kami bincang macam mana nak bawa abah balik. Perlukan kelengkapan yang cukup. Tilam angin sebab ada bedsore, katil yang boleh laras dan tong oksigen tapi badan kebajikan tu buka separuh hari sahaja dan perlukan cagaran RM200.  Saat begini, duit dan tenaga kami dah tak berkira.....

Rasa kesian pada adik. Siang tadi abah paling kuat meracau. Dia menjerit suruh tarik handbreak, katanya adik aku nak bunuh dia sebab kereta tak boleh break. Menangis-nangis adik....Nasib baik nurse nampak terus kasi abah ubat penenang.

Mak pula jarang menangis. Entah la. Mungkin dia tak nak tunjuk yang dia sedih depan kami.

Abah sekarang selalu tidur mata celik, nampak mata putih je. Kadang-kadang dia selalu pandang atas. Kadang-kadang dia berbual macam dia sihat. Dia kata dia tengok tv cerita cartoon, robot boleh bercakap la, dia suruh on laptop, dia suruh alih motor, kadang-kadang dia cakap dia dekat pasar. Memang semua aktiviti tu dia buat masa dia sihat...


Rasa rindu pada abah. Rindu nak dengar dia marah sebab berebut tengok tv dengan dia. Rindu nak rasa masakan keli sambal....rindu nak tengok abah pura2 jalan kaki senget sebelah...Rindu nak dengar abah nyanyi kuat2 suruh kami bangun pagi...


Abah...uda rindu semua kenangan tu ;(

Sunday, April 14, 2013

Majlis persandingan Intan & Irfan

Hujung bulan 3 hari tu aku ada pergi attend wedding Intan (blogger). Aku kenal dia masa mula-mula nak blogging. Kebetulan aku ada buat payung lace untuk sewa. First time emel dia dulu takut-takut kalau dia tak reply emel aku. Minta tolong untuk publish dekat entry dia pasal payung lace. So supriseee.. She so nice ok. Iolsss ingat dia sombong.

Ok. Back to the story, memang ada niat nak kasi dia FOC untuk payung lace andddd jodoh dia dah sampai :) eksited ok nak pergi kenduri.

Before the wedding and before the sanding tu memang agak tak keruan tak tau nak bagi hadiah apa. Akhirnya kasi handbouquet dekat dia, at least boleh la dia guna masa the wedding kan.

Intan request untuk brooch handbouquet. Team kawen-kawen rentals buatkan. Aku saja pilih-pilih warna yang comel-comel. Harap-harap chacha pun suka la.Hahaha.

Ini gambar yang di tag untuk aku dekat facebook. Terharu pulak.





Gambar dekat bawah ni pulak dari kamera Kak Ngah. 


Masa ni Intan baru lepas makeup. 




The Hantarans.









Meja makan beradab.Cantik terusun kan...





Kalah mak pengantin.


Tuan Blog pun mesti ada gambar satu.




Guestbook corner. Tak sempat kita nak tulis sebab nak kejar masa balik KL.



Salam dengan Mak Intan. Sempat lagi pesan mak dia suruh kirim dekat Intan. Hahaha.



The Banner. Actually banner ni banyak membantu. Kami takut tersalah datang kenduri. Tgk banner ni baru rasa confident nak masuk. Hahaha.


Last snap before balik.

Wish untuk Intan!


Dear Intan,

tq for helping me for the first moment i ask u to help me publish the payung lace. u are the adorable girl.
Semoga dikurniakan anak yang comel, soleh dan solehah dan bahagia hingga ke akhir hayat...amin..