Tuesday, November 30, 2010

Tak mati lagi!

Member aku ni kalau dia sakit mula la call aku buat suara kesian.

Sakit la. Pening kepala ni... Selsema... Badan panas. Blablablabla.

Macam dia sorang je demam annn.

Dah la call aku pukul 3.00 pagi. 3.00 pagi okay.

Aku ni pun duk la melayan. Ye la. Orang sakit kena layan, nanti dia kecik ati.

Aku sakit dia just cakap, " ala.. kesiannya. jangan lupa makan ubat."

grrr.. tak ada pun nak borak-borak layan aku cakap. ok. fine.

Kalau dah call pukul 3.00 pagi tu macam biasa la. Aku mesti mamai :)

member : Sakit la. Pening kepala ni... Selsema... Badan panas. Blablablabla.

aku : off la air cond tu. kasi badan berpeluh...

member : dah nak MATI dah...

aku : issshhh..apa ni cakap pasal mati??? tak baik tau.

member : mati apa pulak ni? orang dah matikan air cond la.

aku : gulppp... haaa..ye ke? lain kali cakap la dah off kan air cond. (nak menang jugak)

member : ye la.. dah off kan aircond. siap pakai pakai sweater, seluar jeans sebab sejuk sangat.

aku : Kesian... orang demam... (pakai seluar jeans masa tidur? alololo... baiknya.. anak sape la ni. Kuar dengan aku ko pakai suar pendek je)

Member aku ni waktu sakit je dia jadi budak baik.

tapi aku tak suka masa dia sakit.

sebab....

kalau dia sakit mesti aku kena 'sakit' jugak.

contohnya :

kalau mata kiri dia masuk habuk, secara automatik mata kiri aku merah.

hari tu makan kat kedai kaki kanan dia kena gigit nyamuk, aku yang gatal kaki kanan.

hari tu dia eksiden, belakang badan aku sengal-sengal.

tangan dia tersepit mesin, tangan aku rasa lenguh-lenguh.

kaki dia sakit sebab tulang retak, kaki aku rasa macam nak tercabut.

ni dia demam, hidung aku pulak yang ada hingus.

sadis betul.

kalau aku sakit, dia tak pulak rasa apa-apa.

pelik.

benda ni dah banyak kali terjadi. mula-mula aku ingat kebetulan je tapi setiap kali aku rasa sakit aku call tanya dia ok ke? tapi memang betul pun dia sakit.

kitaorang bukannya kembar tapi setiap kali dia nak cakap apa, aku macam dah boleh agak.

kiranya aku ni macam ahli nujum kan. hahahahaha.



Monday, November 29, 2010

Tapak kaki gatal.

Selalunya kalau ada sindrom tapak kaki gatal ni aku nak g berjalan jauh.

Sebab setiap kali dapat panggilan kursus je tapak kaki aku gatal. ngehngehngeh. Lawak gila.

tapi kali ni nak pergi makan angin kot. (^_^)/

Bestnya kalau ada orang sponser. tapi yang nak tunggu kena sponser tu macam nk tunggu putera raja datang meminang. :)


Thursday, November 25, 2010

isu housemate. (Part 1)

Salam readers.

Kelmarin aku ada terbaca status kawan aku di facebook. Kawan masa aku study dulu dekat poly.

Statusnya berkait dengan isu:

Dapur yang tak dilap dan lantai berminyak gara-gara kwn serumah memasak.

Mungkin kawan aku dah hilang had kesabaran sebab kawan serumah dia tak nak kemas lepas masak. Isu macam ni memang tak boleh elak.

Lagi satu isu aku ada terbaca dalam satu blog :

Kereta aku selalu kena parking kat luar, kereta kau sedap je parking ada berbumbung. Jiran sampai tanya kenapa aku je selalu kena parking dekat luar, siap kasi nasihat lagi suruh tolak ansur.

Lepas balik kerja, 2 jam aku duduk dekat dalam kereta tak keluar-keluar sebab pikir masalah ni...

Lebih kurang macam gitu la luah perasaan budak ne.

Aku punya reaksi :

Wadefak. Ada juga orang macam gini.

Kalau aku jadi dia, dah lama aku sound : Macam ko sorang je bayar duit sewa rumah sampai parking berbumbung depan rumah asyik kereta kau je dekat situ.

Kalau lah, kalaulah aku jadi mangsa buli macam tu.

Since dah kena tinggal berjauhan dengan family ni, aku terpaksa survive sorang-sorang dan cari rumah yang sesuai untuk disewa.

Nasib aku baik sebab dapat jumpa orang sekampung walaupun bukan satu kampung. Kak teha dari Pontian, Johor dan aku dari Johor Bahru. Thanxz god because aku boleh jumpa dia masa mula-mula kursus masuk kerja dulu.

And now dah genap 2 tahun aku tinggal dengan mereka. Macam-macam pengalaman yang aku dapat bila tinggal dengan kawan serumah ni. Tambah pula aku dah menyewa luar sejak zaman study lagi. Hampir setahun.

Maknanya aku dah ada pengalaman 3 tahun duduk menyewa.

Selalu orang tanya aku.

Encik A : Duduk satu rumah berapa orang?

Aku : 6 orang.

Encik A : Ishhh.. ramainya. Tak sempit ke?

Aku : Tak de la. Ok je. Satu bilik 2 orang.

Encik A : Kan tak ada privacy tu. Kalau saya, saya tak boleh duduk ramai-ramai ni. Tu sebab saya selesa duduk sorang-sorang.

Dalam hati aku, tu kau. Ni aku. Kenapa pulak kau nak samakan aku dengan kau.

Soal privacy, pada aku tak ada masalah. Sebab aku bukannya jenis manusia yang suka duduk sorang-sorang dan soal privacy tu tak timbul sebab aku ada kawan serumah yang memahami.

Aku akan jadi manusia yang lebih matang sebab aku boleh kongsi saat-saat sedih dan gembira dengan rakan yang sentiasa "ada di depan mata aku"

sometimes aku perlukan rakan yang boleh dengar masalah aku.

they always listening what im say.
(sangat beruntung aku rasa).

Tapi biasalah......kalau hidup semuanya manis, aku boleh kena penyakit kencing manis. hahahaha. ok. tak lawak.

Dalam hidup mesti ada pahit manisnya.

Manisnya bila:

Lepas masing-masing balik kampung je mesti ada bawa balik macam-macam.

Sorang bawa kek, sorang bawa lauk mak masak dari rumah, sorang bawa kuih, sorang bawa beras, sorang bawa cerita movie yang dah download dari kampus.

Sangat best. Masa ni memang aku suka.

Sekarang ni, kami akan adakan satu aktiviti keluar ramai-ramai.

Tak caya? Tengok picture ni :)



Baju hijau tu adik Kak Ija dan Kak Linda. Weekend je dia lepak rumah kitaorang. Best sebab dia la yang selalu bawa balik movie. Masa ni kami pergi Port Dickson mandi manda.



Sambut birthday aku & yuk sebab besday kami sama. 22 May 1988.
Kak teha belanja makan secret recipe. Syok2!


Kenduri kawin kakak Yana. Aku selalu lari tema. Huhuhu.





Buka pose dekat Midvalley. The Chicken Rice Shop.


Kenduri kawin Harlimi. Our fren.


ICT SHAH ALAM.




Kursus Induksi 9 Ogos 2009.

Tu lah saat-saat indah dalam hidup aku. Siapa kata hidup dengan housemate ni selalu tak best?
I can prove it. :)

Nanti sambung part 2 sebab aku ada kerja nak buat. heeeee.

See u when i see u :)


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. ..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang pa lin g tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Saturday, November 13, 2010

Nak Ikea jugak.

Firstly im present u...


* TADAAAAAAAAAAA *





Haruslah makan di IKEA. Dah lama tak pergi since Kak Long pindah balik JB.

So, tak tau sangat jalan nak ke sana.

Nasib baik Teha ingat jalan.

Tapi rupanya dia pun ingat-ingat lupa.

Ngeh ngeh ngeh.

Tengok-tengok je dah ke TTDI.

Call Abg Chik husband kak Mid.

Oh. Very concern.

Clap-clap to Kak Mid sebab dapat suami prihatin macam Abg Chik.

Because kami dah sampai Ikea pun Abg Chik mesej tanya dah sampai ke belum.

Ok. Kami selamat sampai dengan jayanya dan sangat excited mencari parking.

Walaupun banyak tapak parking kosong bila ada memandu ke hadapan lagi. :)

dan betul la kata orang ramai,

Bila anda pergi Ikea dengan muka pura-pura tak nak beli apa-apa barang, konon perabotnya sangat mahal.

Tapi bila anda masuk sahaja, benda yang kecik-kecik pun ada akan berfikir.

Eh, murahnya. Baru bape hengget. Mesti beli.

dan inilah hasilnya.




Beg plastik besar : RM 3.80.
Kegunaan : Untuk isi baju kotor balik umah mak. Huahuahua.

Balang makanan : RM 5.5o
Kegunaan : Untuk isi makanan dekat ofis.

Hanger baju (5x): RM 3.00
Kegunaan : Alasan hanger dekat giant kecik.

Squeegee : RM 2.40
Kegunaan : Lap cermin kereta. (Mesti member aku nak cilok bila dia nampak dalam kereta, baik sorok! Gila kedekut.

Bolmen Bathroom S3 : RM 9.90
Kegunaan : Letak sabun dalam bathrom dan letak berus gigi. Dengan alasan selalu tak nampak berus gigi pagi-pagi. Sebenarnya aku malas nak bangun pagi. Ngehngehngeh.

Ok. Done!

See. Beli barang untuk keperluan sahaja.

Total : RM 24.60.

Sangat berbaloi.

Tapi tapi.

Kenapa aku nampak katil warna putih tu?

Oh, sangat cantik ok.

Hanya RM549!

katil cantik

Sudahlah Syuhada.

Duduk rumah sewa bukan rumah sendiri.

Nanti nak berangkut susah.

Akhirnya tinggal kenangan.

Burbye katil putih. I will miss U!



Tuesday, November 9, 2010

Percubaan pertama.

Yeah.

Percubaan pertama gue sudah berjaya.

Walaupun tidak sihat, still ada lagi deria rasa untuk masak-memasak.

Kali pertama buat dah jadi.

PUDING KASTARD


Weekend ne nak masak ne pulak.


NASI AYAM!

Harap-harap jadi la, kalau housemate aku tak sakit perut maknanya masakan aku menjadi. :)


Thursday, November 4, 2010

part 1 Bengkel

Lepas aku masuk bilik aku,

Encik Azmi call bagi tau dah letak nama aku, tinggal sign je. Done.

30/11/2010

Kak wani dengan Nisa dah janji nak gerak saing aku. Kira diaorang gerak satu kereta, aku drive kereta aku sorang. Sebelum nak gerak aku dah mesej kak wani kalau dah nak kuar rumah msg aku.

Aku tunggu-tunggu tak mesej. Last-last aku mesej Kak Wani tapi in the end rupanya dia kata dia terlupa nak mesej aku. Fine. Aku gerak gila-gila vavi punya sebab tak nak diaorang tunggu lama dekat tol Sg. Besi.

Before gerak tu, aku isi minyak dulu.

Sebelah pam minyak kereta aku, ada kereta Wira aeroback kaler hitam.

Perempuan berlagak pakai spek mata hitam.

Aku perhatikan je.

Lepas dah isi minyak, aku follow belakang kereta dia.

Tiba-tiba, dia berhenti dekat simpang lama giler.

Bila aku cross dia baru dia nak bukak pintu kereta,rupanya kereta dia bergesel dengan kereta depan.

Hishhh.. Dah tau nak bertekak tu behenti la dekat tepi jalan.

Last-last aku dengar suara,

pompuan kete Honda : U yang salah...

pompuan kete wira aeroback : U la yang salah...

Nak je aku buka cermin luas-luas jerit :
Aku tak bersalahhhhhh...

ok. Stress punya pasal.

Bila dah tengok drama swasta tu, aku drive terusssssss ke Cheras tanpa masuk ke simpang jalan ke Seremban.

Damn! Aku terlepas simpang.

Pulak tu dah satu keje aku patah balik.

Bila call Kak Wani, dia cakap jumpa dekat hotel je.

Ok! Fine ! Fine! Fine!

Dia tak tau aku punya la berkejar takut dia tunggu lama last-last tunggu dekat hotel.

Tak pe, aku kan penyabar orangnya.

Akhirnya sampai juga dekat Hotel Seri Malaysia.

Ne nak habaq mai.

Awat la makan tak sedap, macam beli dekat warung sebelah ja.

Makan pun macam style dekat Bandung, Indonesia tu.

ehem ehem paham-paham je la.


Masa aktviti bengkel tu banyak aktiviti memerah otak.



Dah macam bengkel Bagaimana memajukan ekonomi negara.






Bila otak penat, badan pun letih. Tidur tak hengattttt...


ZzzzzZZ...