Tuesday, October 26, 2010

Nothing Less~


Hari sabtu memang hari untuk bergembira bersama kawan-kawan.

Lebih-lebih lagi kalau dapat tiket yang disponser oleh kawan. Ahaks.

Rehearsal Konsert P. Ramlee~Di Mana Kan Ku Cari Ganti khas untuk tetamu jemputan.

Walaupun dapat tiket nombor depan tetapi kena duduk belakang sebab lambat beberapa minit.

Ni sume sebab jalan depan dataran tutup. Chet!



Sampai bangunan DBKL, disambut oleh staff DBKL walaupun nampak dari jauh macam pakcik guard yang sedang bertugas.

Bila sampai entrance, kena sergah pulak dengan staff DBKL lagi sorang sebab datang lambat.

Rasa macam dah lambat giler masuk tapi rupanya baru nak start main alat muzik.

Bila dah test-test bunyi tu, lagu tak start-start jugak.

Aku cakap dekat Yana.

Kalau 15 minit lagi macam ne, aku nak balik r....

Krew dekat atas pentas tu macam dengar je aku cakap. Tetiba dia pegang microfon.

Anda semua diharap bersabar sebab ada masalah teknikal sedikit. Dalam 5 minit akan mula. Anda semua adalah tetamu jemputan kami blablabla.

Ok. Boleh tarik nafas lega.

Tetiba nampak pakcik macho jalan atas pentas.

Pastu dengar budak belakang cakap:

Eh.. M. Nasir!

Baru aku nampak ada artis. Dah start. Dah start.

Muka excited giler vavi.


Gambar di atas adalah gambar Noh Hujan. Saya suka dia. OMG.




Noh lagi. I lup u i lup u. Tapi rambut dia tak comel la. Huh.











Wednesday, October 13, 2010

Tolong Jemput Bos Baru.

Esok unit aku ada manage untuk kursus pasal road pavemen dekat Hotel Quality.

It's ok la kalau jadi urusetia tapi part kaki dan tangan tak cukup tu memang adat la.

Selagi kursus ni tak selesai, selagi tu juga la aku asyik tido awal je dekat rumah.

Konon kerja mengalahkan jawatan Pengarah Kerja Raya. :)

Dalam duk sibuk dum dam tu, tetiba terdengar lak suara minta jemput bos baru aku masuk sekali joint untuk tengok kursus ne. Kusut-kusut.

Surat pertukaran kaler pink bos baru tu tak sampai lagi dekat tangan aku tapi nak invite dia datang tengok.

Dengar-dengar tarikh kuatkuasa pertukaran ialah 16hb ni tapi kursus esok.

Agak-agak dia nak datang tak? Lagipun kami dah setup tempat duduk untuk peserta dan tetamu jemputan. Last minit bagi tau buat apa?

Ishhhh..ni yang aku nak emo ni.



Tuesday, October 5, 2010

Mandi manda di Starhill Golf and Country Club







Hai frens.

Hari sabtu lepas aku dengan adik beradik aku pergi Starhill. Nak mandi kolam katanya. Kebetulan eda nak belajar berenang. Aku pun tak faham apa kena mengena study course Tourism tapi kena belajar berenang. Memang kena tau berenang eh kalau nak ambil course tourism. Adik-adik aku kata best pergi sana. Siap tunjuk video yang abang umar ambil lagi. Nak tak nak aku pergi je la sebab nak support eda belajar berenang. Support la kononnya.



Kalau jadi adik ni best sebab semua kakak yang uruskan. Kasi duit je, lepas tu dia sendiri yang pergi kaunter bayarkan.

Kak Long gelak besar sebab dia gumbira la tu tunang tersayang sanggup datang dari Port Dickson ke JB semata-mata nak jumpa dia.

Harga tiket sorang dalam Rm15 lebih. Dah bayar, dapat gelang yang tak seberapa ne.



Ok. Dah siap pakai. Sila abaikan selipar jepun aku.


Terserlah muka-muka excited nak mandi macam tak pernah mandi kat swimming pool.




Pakai baju ne terus terjun swimming pool tapi adik aku...


Adik : uda, nak pakai baju ne ke?
Aku : ye la, pakai baju ne.

Adik : uda nak pakai baju ne?

Aku : ye la. apa masalah ko ne tanya banyak kali. Nak pelempang?

Adik : tak nak (buat muka slumber)

Entah apa masalah ntah aku pakai baju ne.


ANTARA VIEW-VIEW MENARIK KAT SINI.




Lepas berenang dekat sini, aku dengan yang lain-lain malas nak pergi mandi dekat shower.


Lepas baju dah kering, kita balik rumah. Lagipun dari rumah aku ke Starhill tu tak sampai 15 minit.


Sesapa yang bosan-bosan hujung minggu tu tak tau nak pergi mana, boleh la mandi manda dekat sini. Tiket harga Rm15 lebih.

Starhill Golf and Country Club
Jalan Kampung Maju Jaya
Kempas Lama, Johor Bahru, Johor